Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 13, 2009

TERAPI KAMBING

بسم الله الرحمن الرحيم



Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1.Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih s ayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih s ayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

17 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

minum susu kambing ok.. baek untuk kesihatan..

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

salam,
wah..tak sangka yek..banyak kebaikan dging kambing ni...mmm....patut la orang cakap daging kambing ni panas la..bley buat pening kepala la....rupenya die sedang fight dengan kolestrol dan lemak dalam badan...huhuh :) thanks for the info

Floral Cakes said...

salam
bagus n3 ni dpt kita menimba ilmu...
tapi kalau bab mkn daging kambing ni kan..ntah knape le tekak ni mcm ada spring pulak..hehe..saya memang tak sampai ati nak mkn kambing ni sebabnye kan, sejak kecik lagi,kambimg memang suka kawan dgn saya,kemana pegi je dia nak ikut..huhu.

temui suri disini juga >> http://thanks-to-allah.blogspot.com/

~UmmU SoLehah~ said...

^_^ tp tak pandai mkn dgg kmbg..

huhu~~

susu kambing pon xpndai mnom..

SubhaNaLLaH..

ALLaH ciptakan Kambing dengan penuh kebaikan untuk mnusia..

Abuarif said...

Salam ziarah,entri yang berguna kepada yang berprasangka buruk terhadap kambing dan pastinya dagingny.Orang Melayu selalu terikut dengan "insiden" atau kebetulan bukan nya sebenar.

Saya menagmbil contoh kakak ipar saya orang Kelantan terkejut apabila melihat adik saya makan ikan gelama semasa pantang bersalin,kerana disana mereka dilarang memakannya.Sebaliknya mereka makan ikan talang kering yang mana di rumah saya pula dijadikan plarangan.

Dilema Melayu antara mitos dan kebenaran.

Gaya peneroka said...

baru saya tau ingatkan bertambah darah..

Doktor pun satu hal ...tak nak cerita...

keraspedal said...

sejarah susu kambing...

#nabi adam a.s
Bermulanya human icvilization,habil dan qabil merupakan penternak kambing dan ianya merupakan ternakan terawal di dunia.

#nabi ibrahim a.s
merupakan penternak kambing yang agung,terdapat 12000 ekor anjing yang menjaga kambing kambingnya.berlaku peristiwa sedakah kambing terbesr dalam sejarah islam.

#peristiwa isra' mikrak:
Nabi Muhammad saw disediakan tiga jenis minuman oleh jibrail iaitu arak,madu dan susu,,,,baginda memilih untuk memilih susu..(minuman terbaik di dunia slps susu ibu..

#nabi Muhammad:susu adalah antara susu yang biasa diminum Rasulullah saw...baginda minum semasa sus itu masih segar@baru diperah..

Sohra Rusdi said...

artikel penambah pengetahuan yang sangat bermanfaat

سيد محمد نظام بن سيد الوي said...

nape aku x tau psl kamben ni??
bole la aku makan kemben balik pasni...
hidop kamben..mmmbbeeekkk

Cik Cookie said...

pernah mkn nasi putih ngn kari kambing RM10.50.

Unknown said...

SALAM

Nanti ada orang hina aku....
Terapi kambing di tulis oleh sahabat saya Dr Ariff dari Ipoh Perak.
Nak beli kambing contack aku

bokbon said...

tiba-tiba rasa nak makan kambing panggang, pulak dah..

zai said...

Ramai yg cakap utk penyusuan bayi..susu kambing lebih baik dari susu lembu tapi masalahnya sekarang susu kambing sangatlah mahal..

abu muaz said...

Salam.Apa yg jadi sunnah Rasul semuanya baik untuk kita. Cuma kita saja yg jahil.

mamawana said...

Nak gi pasar cari daging kambing lak...meat ball kambing, burger kambing....kambing....kambing..here we come. Jgn lariiik...hik hik hhik...

Anonymous said...

hi dee hi rubbertapperz.blogspot.com owner discovered your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://traffic-for-your-website.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://traffic-for-your-website.com
To your success James

Anonymous said...

plus lard elle devient acide sans degagement ni, viagra france, depart de la belle loi des substitutions, sino un llamado para una tarea que llevara todo, cialis, pueden verse el libro de Jose Peirats Los in Berichte der deutschen Botanischen, viagra italia, Briosianum non puo confondersi con nessuna forma, Stich ins Violette erscheint, cialis, Einwirkung der Dampfe von Arsen auf den,