Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, October 1, 2009

QADA' DAN FIDYAH

Bismillahirahmannirahim..

Qada’ dan Fidyah Puasa

by atok

Walaupun bulan Ramadhan telah pun berlalu, tapi masih tidak terlewat rasanya kalau kita berkongsi maklumat mengenai fidyah & qada’ puasa ni. Mungkin ada yang kurang jelas tentang perkara ni.

Fidyah adalah denda yang harus dibayarkan kepada orang faqir/miskin yang disebabkan meninggalkan puasa wajib bulan Ramadhan dan yang menyebabkan seseorang harus membayar fidyah adalah karena beberapa hal, antaranya:

1. Tidak mampu

Orang yang tidak mampu untuk berpuasa seperti orang yang sudah tua maka boleh meninggalkan kewajiban puasa Ramadhan. Dan sebagai gantinya, tidak perlu mengqada‘/mengganti puasa di hari lain, tetapi perlu mengganti dengan membayar 1 cupak makanan kepada fakir miskin satu hari untuk satu orang.

Alah berfirman:

"Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin”. (QS. Al-Baqarah: 184).

2. Sakit
Sakit yang dikategorikan sukar untuk sembuhkan lagi, sehingga tidak mungkin baginya untuk mengqada‘ puasa di hari lain. Karena itu bagi mereka yang menderita sakit seperti ini, perlu mengganti puasa dengan membayar fidyah.

3. Hamil/Menyusui
Wanita yang hamil atau menyusui anak boleh tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Menurut sebagian ulama, untuk menggantinya adalah dengan mengqada‘ dan juga membayar fidyah.

Namun sebagian lain seperti Al-Hanafiyah mengatakan cukup mengqada‘ saja tanpa membayar fidyah.

Hadits Nabi SAW
Dari Ibnu Abbas ra. Berkata, Keringanan buat lelaki dan wanita yang usia lanjut yang tidak mampu puasa adalah boleh berbuka dengan membayar (fidyah), memberi makan 1 orang miskin untuk sehari. Dan keringanan buat wanita hamil dan menyusui kerana khuatirkan anak mereka adalah dengan membayar fidyah.(HR Abu Daud)

Sebab Perbezaan

Para ulama memang berbeza pendapat dalam mengkategorikan wanita hamil dan menyusui, apakah digolongkan sebagai orang sakit atau sebagai orang yang lemah/tidak mampu berpuasa (seperti orangtua dan lain-lain).
Yang mengkategorikan sebagai orang sakit, maka mewajibkan qada‘/mengganti puasa, karena bagi orang sakit memang wajib qada‘. Firman Allah:

Maka barang siapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka wajib mengganti sebanyak hari yang dia tinggalkan itu pada hari-hari yang lain (QS Al-Baqarah: 184)

Sedangkan yang mengkategorikan orang lemah/tidak mampu puasa, mewajibkan bayar fidyah tanpa qada‘.

Dalilnya adalah terusan ayat diatas:
Dan bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak puasa) membayar fidyah)yaitu memberi makan seorang miskin (Al-Baqarah 184).

Dan Imam syafi‘i mewajibkan keduanya iaitu bayar fidyah dan juga qada karena beliau memasukkan orang hamil sebagai orang sakit sekaligus pula orang lemah.

Wallahu a‘lam bis-shawab.
(sumber dari: http://www.pks- jaksel.or. id/Article1416. html)

Ok, kat sini kita kongsi 1 kes:

Abu kini berumur 53 tahun, ketika Abu berumur 17,18,19 dan 20 tahun. Dia tidak pernah berpuasa Ramadhan. Kini dia berazam dan bertekad untuk mengqada’kan puasa yang ditinggalkan selama 4 tahun itu.

1. Berapa hari puasa yang wajib digantinya?
2. Apakah dia perlu membayar apa² denda (fidyah), dan berapa jumlahnya?

Jawapan:
1. jumlah hari yang wajib di qada’ ialah 30 hari x 4 bulan Ramadhan= 120 hari
2. Ya, perlu membayar fidyah. 1 cupak untuk sehari x 30 hari Ramadhan x jumlah tahun yang dilangkah

a) umur 17 tahun (36 tahun yang lalu)
30 cupak x 36 tahun = 1080 cupak

b) umur 18 tahun (35 tahun yang lalu)
30 cupak x 35 tahun = 1050 cupak

c) umur 19 tahun (34 tahun yang lalu)
30 cupak x 34 tahun = 1020 cupak

d) umur 20 tahun (33 tahun yang lalu)
30 cupak x 33 tahun = 990 cupak

Jumlah puasa yg perlu diganti: 120 hari
Jumlah fidyah yg perlu dibayar: 4140 cupak

nota:
1 cupak = 0.688 kg (1 gantang = 4 cupak = 2.75 kg )
untuk kiraan lebih tepat, sila dapatkan maklumat dari lembaga zakat negeri memasing.

Pretty Norah


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

0 comments: