Friday, September 4, 2009

CARA MUDAH BUAT BANNER

Bismillahirahmannirahim..

Tutor ni aku buat atas permintaan saudara aku.. Dan aku jadikan sebagai posting untuk berkongsi dgn sahabat2 lain yg belum berapa nak tahu cara nak buat banner nih. Cara ni adalah cara yang paling mudah la rasanya. disini aku gunakan khidmat cooltext.com . Wokeh... terus ke langkah berikutnya.

1.Korang bukak cooltext.com
2.Pilih contoh banner kemudian klik jer
3.Pada ruang Logo Text ganti dengan nama blog korang
4.Pada ruang Text Size ganti ukuran text ikut minat korang
5.Pada Text Color ganti warna text sesedap tekak korang
6.Klik pada Background Image jika korang nak tukar background.
7.Bila dah siap semua klik "render logo"
8.Kemudian klik "download image"
9.Simpan kat PC korang
10.Kemudian buka http://www.photobucket.com
11.Daftar dulu kalau belum pernah guna, tp klau memang korang dah pernah guna terus login je la.
12.Kemudian klik "album & upload" lalu "choose file" pilih "from my computer" lalu pilih banner korang tadi.
13.Bila proses upload dah seatle, arahkan mouse korang ke gambar banner tadi lalu copy script yang ada di ruang HTML CODE ke notepad menjadi 2 copy.. (maksudnya pastekan dua code yang sama pada notepad korang)
14.Kemudian tambahkan code ini <textarea cols="20" name="textarea"> sebelum kode banner korang yang ke dua.
15.Dan tambahkan code ini </textarea> selepasnya. (dihujung code kedua tadi)

contohnya:

<a href="http://rubbertapperz.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" alt="Photobucket" src="http://i729.photobucket.com/albums/ww294/rubbertapperz/test45-1.jpg" /></a>

<textarea cols="20" name="textarea"><a href="http://rubbertapperz.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" alt="Photobucket" src="http://i729.photobucket.com/albums/ww294/rubbertapperz/test45-1.jpg" /></a></textarea>

Kemudian copy semua code yang ada di notepad tadi lalu simpan kat blog korang.

Untuk blogspot korang masuk ke "LAYOUT"---->"ADD GADGETS"---->"HTML / Java Script" pastu SAVE.

Selesai...

p/s: Link yg aku warnakan biru tu pada asalnya adalah link photobucket. Dan korang kena tukarkan link tu kepada link blog korang. baru la klau org click banner tu akan terus pergi pada blog korang.

Nanti jadi la mcm kat bawah ni...

Photobucket



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

14 comments:

  1. Faham2,kodn yang kedua tu untuk share ngan orang.Betul tak sifu?
    Thanks,ilove you full..

    ReplyDelete
  2. Knp bila kita klik kat gambar diapergi kat fhoto buket,macammana nak buat dia pergi kat blog kita?

    ReplyDelete
  3. xpelah dah jadi,cuba sifu tengok kat blog anak murid kesayangan sifu ni.hahahaa

    ReplyDelete
  4. Ya Akhi mekaseh bebanyak jasamu tetap dikenang..

    ReplyDelete
  5. salam.maceh bebanyak 4 da info oke

    ReplyDelete
  6. Opsss... terlupe sesuatu... pada code banner tu link dia korang kena gantikan dgn link blog korang.. hehehhe... lupe lerr...

    Dah edit semula dah posting nih..

    ReplyDelete
  7. nice tutor...thankz...berkongsi ilmu ...

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah..

    saya datang nak "menumpang" ilmu..

    hmmm.. blog yang membantu saya yang baru nak merangkak dalam arena blogging..

    thanks a lots.. :)

    ReplyDelete
  9. Silakan kak.. sy pun bukannya terror sgt... kongsi sekadar ilmu yg ada jer.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Salam n trimakaseh.. sekarang baru saya tahu buat banner hehehee..

    ReplyDelete
  11. Sdr Bujang Susah. Saya copy yng ni mau belajar dr sifu... Thank

    ReplyDelete
  12. ok2...den dah faham den lotak marque patut le berjalan..mcmne nk banner je berjalan tapi kotak copy paste x jalan...tq bro

    ReplyDelete
  13. salam..saya dah cuba buat banner tapi tal berjaya.saya tak faham kolum ke 13,14ctext area tuu..sedih saya

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.