Thursday, September 17, 2009

BILA ANJING MENGELUH...

Bismillahirahmannirahim..

Sekadar untuk berkongsi bersama.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini" - khalifah9

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

4 comments:

  1. assalamualaikum.

    thanks for a thoughtful blog.

    hope we can share thoughts here in cyberspace.

    do vist me at:

    www.famyallabout.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks bujang ssh..muga manteliti masyarakat akan berubah slps baca n3 ni.insyarallah

    ReplyDelete
  3. salam bro bujang susah senang..
    selamat hari raya maaf zahir dan batin...
    tersenyum jgak aku baca cerita c anjing dgn c lembu nie...
    cukup2 memalukan manusia sperti dallam alkisah di atas tu...

    ReplyDelete
  4. salam berani mati buat kalian yang mmbaca...

    zaman sekarang ni manusia dh tak takut dosa..mn tidaknye melakukan maksiat terang-terangan begitu berani sekali...

    ingat kalian hukuman ALLAH bukn pada mereka yang melakukan maksiat shj..tetapi ALLAH akn turunkan balasan pada semua..

    jadi apa tugas kita???apa peranan kita???

    adakah hanya dgn ddk diatas sejadah...beriabadah sepanjang masa tanpa memikirkan masalah umat akhir zaman skrg...

    ayuh para syabab bangkinlah..keluarlah kalian dr tidur yg nyenyak hanya seketika waktunya...

    hukuman ALLAH adalah yg paling azab sekali...hanya ALLAH sahaja yg berkuasa...hanya dia yg mentadbir bumi yg fana ini...

    seruan jihad berkumandang lg buat para syabab...

    TAKBIR3X!!!!!!!
    ALLAHUAKBAR3X!!!!!!!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.