Monday, July 13, 2009

Khir Tolol

Dia Lain, Dia doktor Gigi Ma..
oleh MOHD ZAKI YAMAN
bypass308.blogspot.com

{{Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

Teng yang kelihatan marah, berulangkali meminta Khir supaya menarik balik kenyataannya, yang disebutnya selepas kedua-dua bertekak berhubung definasi "Dewan" yang merujuk kepada dewan undangan negeri.}}

gua rasalah, zaman politik sejak era Pak Lah dan sekarang Najib ni, kena halau keluar dewan bukan lagi perkara memalukan atau pelik. tengok saja yang berlaku pada Wak Khir hari ni, tak rasa malu pun dia, siap menyudahkan hujahnya lagi sebelum angkut fail sebelum keluar. diulang-ulang lagi perkata Tak Adil tu, dari keluar bodoh free je ada baik jugak dia bedal sahaja, keluar pun puas hati.

betul tu, Wak Khir dengan begitu steady, taklah macam si Siva kat Perak yang bukan setakat dihalau tapi diheret macam nak sembelih babi. gua betul-betul kesian dengan si Siva tu, dia takde peluang pun nak bela diri menerusi TV pada masa kejadian, harapkan paper esok baru orang boleh baca, harapkan Surat Kerbau Arus Perdana, tak de satu habuk pun lu betul.

bukan itu saja, sampai sekarang pun takde yang tahu sapelah si mamat yang masuk ke dewan Perak angkut Siva keluar, polis ke, mafia ke, orang gila ke, ntahlah. yang pasti puak tu adalah kamceng dan kuncu yang diternak bersama hulubalang dalam dewan yang menjalankan arahan speaker.

sebab tu bila Siva arah beberapa adun BN keluar, takde yang bergerak untuk laksanakan arahan tersebut kerana mereka tak anggap itu suara tuan mereka. sebaliknya bila penjaga kandang yang menjadi proksi kepada tuan kandang arah halau dan humban Siva dari kerusi, maka seluruh ternakan tersebut menyerbu Siva dan menyahkan dia dalam sekelip mata.

Wak Khir lain, dia kaya, dia doktor gigi tau (sejak akhir ni ramai pulak budak sekolah kata nak jadi doktor gigi apabila besar nanti...kenapa ye?) dan yang penting dia baka UMNO...sebab tu sekali dia bangun angkat punggung keluar...habis semua pembodek BN turut mengeluarkan diri dengan penuh bergaya.

kehebatan dia lebih terserlah apabila TV terus tayang interview dia, dia cakap benda yang samalah, speaker tak adil. nasiblah lu tuan speaker, orang yang kena halau diberi tempat, lu yang ada kuasa dalam dewan dianggap macam orang bongok....nak buat macam mana beb..tradisi dan budaya 1malaysia, saka peninggalan Bersih Cekap dan Amanah...Malaysia Boleh...



1 comment:

  1. dah jadi darah daging bro..jika perjuangan tidak berlandaskan Islam..camni la jadinye..betulkan niat..kuatkan tekad..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.