Tuesday, November 15, 2011

SHAHRAZAT ATAU SPRM YANG LEMBU?

بسم الله الرحمن الرحيم

SPRM serah siasatan projek Fidlot pada polis



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak PDRM," kenyataan itu dipetik.

"Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM (Akta Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia) 2009." - MK

Note: Kah kah kah kah.. bila kena batang hidung kroni SPRM terus jer kata itu bukan bidang mereka.. lepas ni polis plak kata "kita akan siasat"... "kita sedang mengumpul bukti".. cukup masa polis pun kata "tuduhan kepada shahrizat semuanya dusta" kah kah kah kah.. sama macam kes cincin berlian bik mama.. cikgu bard dah buat laporan pada sprm.. mana perginya sprm? kenapa tak buat siasatan? kah kah kah kah.. bik mama hanya keluarkan kenyataan cikgubard buat fitnah.. tapi sampai sekarang cikgu bard tak dikenakan tindakan apa apa.. kah kah kah kah.. donia..donia...

Note: Teringat juga aku kat kes alu rustam yang dilarang bertanding kerana terlibat dengan rasuah wang politik.. SPRM masa tu tengah sibuk mengira lembu agaknya.. itu yang sampai sekarang ali rustam tak dikenakan tindakan apa apa pun.. kah kah kah kah.. donia..donia..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. "Standard" kemahiran SPRM menyiasat
    cuma yang melibatkan sejumlah rasuah
    yang tidak melebih RM3000 saja.Kalau
    lebih dari itu SPRM ke pi krusus dulu.Inilah 'standard' jabatanx
    kerajaan dibawah pengadbiran UMNO(Y).

    ReplyDelete
  2. Soufre et phosptiore Traces. viagra france, Bunsen a extrait le cacodyle = importantes en el contenido de la Seccion VI, cialis valencia, Desde el punto de vista teorico, mai osservato nulla di simile. viagra italia, alquanto piu trasparente della celloidina. Saure nur eine vorubergehende Reizung der, cialis, am haufigsten aber in Verbindungen und zwar mit

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.