Tuesday, June 14, 2011

NAJIB PUN BUAT LAWAK JUGAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu IPP: Kami di pihak rakyat, isytihar Najib

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Di sebalik desakan pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka berkata, pentadbirannya berada di pihak rakyat dalam soal perjanjian belian tenaga dan perkara itu sedang dibincangkan dengan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Perdana menteri juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa Putrajaya hanya mengutamakan kepentingan IPP memandangkan pihak berkenaan menikmati berbilion ringgit subsidi.

“Kami membela rakyat. Kerajaan akan menjelaskan dengan lanjut mengenai IPP sebab kami masih mengadakan perundingan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Ampang di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Najib mendedahkan kandungan perjanjian konsesi IPP dengan TNB.

Kenyataan Najib ini muncul beberapa jam selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai aspek termasuk isu IPP dan bekalan tenaga kepada negara pada masa depan.

“Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan,” katanya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.

Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebuah suruhanjaya diraja diperlukan bagi mengkaji konsesi IPP dengan TNB dan juga untuk menentukan kesan sebenar ekoran kenaikan tarif elektrik, diesel, gula dan pemotongan subsidi pada kadar inflasi dan kenaikan harga barangan.

“DAP menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontrak antara TNB dan IPP.

“Suruhanjaya diraja ini akan menentukan sejauh mana perjanjian tersebut memberi beban kepada pengguna berikutan kenaikan tarif elektrik dan memperkenalkan langkah- langkah terbaik bagi mengurangkan atau menghindari beban kewangan yang teruk kepada rakyat,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. - tmi

Note: Kah kah kah kah.. subsidi kepada IPP tak dikurangkan tapi kerangkan subsidi kepada rakyat.. begitu rupanya maksud najib dipihak rakyat.. mungkin pada pendapat najib IPP itulah rakyat... Kah kah kah kah.. nampaknya najib semakin bodoh... kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. WOIT BUJANG SUSAH..KO LAMBAT LAGI..TNGK NI..ARTIS DAH MULA BERSUARA..ARTIS DAH MULA MENENTANG KERAJAAAN..YAASIN,PAK JABIT HANTU KAK LIMAH,DLL LG..TOLONG SHARE YE..HAHA
    http://www.youtube.com/watch?v=jX2H-hIgQUw&feature=related

    http://www.youtube.com/watch?v=mepq4wTEdlk&feature=related

    ReplyDelete
  2. yang ni dah bro.. tgk kat sini-> http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/06/apa-kata-rakyat-terhadap-kerajaan-yang.html

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.