Sunday, June 5, 2011

GANTI RUGI USD 67,000 KERANA TAK MAHU BERSALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Berita Harian
1/02/2010


STOCKHOLM: Seorang lelaki Islam menang satu kes diskriminasi membabitkan agensi pengangguran Sweden kerana menyingkirkan beliau daripada program latihan kerja kerana enggan berjabat tangan dengan seorang wanita.

Mahkamah menyifatkannya diskriminasi agama, Isnin lalu dan mengarahkan Perkhidmatan Pekerjaan Awam membayar 50,000 kronor (AS$67,000) ganti rugi kepada lelaki terbabit.

Lelaki terbabit dikenakan tindakan itu selepas enggan bersalaman dengan seorang wanita ketika temu duga dijalankan. - Agensi ( Keratan berita ini tidak diedit satu hurufpun )

Ulasan

Seperti hak menutup aurat bagi penjawat kerajaan atau swasta di Malaysia, polis wanita dan jururawat juga berjuang selama bertahun-tahun untuk mendapatkannya, sehinggalah parlimen diheret untuk meluluskannya.



Teringat saya semasa menuntut di PFS, tahun 1977, seorang pelajar tingkatan 3, setiap hari akan dipanggil ke bilik gurubesar untuk dirotan. Kesalahannya, " memakai seluar panjang" sedangkan zaman itu , cuma pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja dibenarkan berseluar panjang.



Beliau tetap dengan pendiriannya, enggan membuka aurat, walaupun dirotan setiap hari. Menutup aurat adalah wajib dan hak bagi setiap muslim yang sudah baligh. Kes ini hampir sama dengan kes yang disebut diatas, pelajar tadi enggan memakai seluar pendek ketika berada di sekolah. Sekarang hampir semua orang Muslim menyedari dan mengakui hak ini; HAK MENUTUP AURAT . Bagaimana pula dengan hak bersalam hanya dengan muhrim sahaja, atau tidak bersalaman dengan jantina berlawanan yang bukan muhrim ?




Agak anehkan, jika hanya seorang dua sahaja yang "degil" dengan pendirian pelik mereka. Tak mahu bersalaman dengan lelaki atau perempuan bukan muhrim. Tindakan keatas mereka boleh diambil bila-bila masa sahaja. Mereka dipandang serong, merotan mereka adalah normal, menyingkirkan mereka dari program latihan adalah "denda" yang fair.... Tidak ada sesiapa pun yang membela mereka. Apatah lagi untuk bersama mereka mempertahankan pendapat atau pendirian sahih mereka. Terinagt saya tentang sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

" Asal Islam itu gharib (asing atau dagang),
ia akan kembali gharib. Beruntung lah mereka
(yang ) mengmbil Islam ketika ianya gharib"



Mereka adalah pejuang yang dilupakan, mereka mempertahankan hak mereka dan semua oramg muslim untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, ie mematuhi suruhanNya. Mendapat pampasan dari mahkamah dunia merupakan pengiktirafan hebat dari kerajaan bukan Islam.



Jom bersama kita perjuangkan hak kita untuk tidak bersalaman dengan bukan muhrim yang bertentangan jantina, dan melaksanakan semua syariat Allah yang telah diperintahkan. InsyaAllh satu hari nanti semua nilai-nilai mulia akan menjadi lumrah dalam masyarakat ini. Ameen ... Wassalam w.w..

Note: Jika seorang daripada kamu dicucuk kepalanya dengan jarum daripada besi lebih baik baginya daripada bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya (mahram)”. Hadis riwayat Al-Tobrani dan Al-Baihaqi

Note: Muaz bin Jabal r.a. sabda Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam:- "Awas sesungguhnya roda Islam itu beredar, ingatalah bahawa Al-Quran dan pemerintahan (politik) akan berpisah (agama dan negara). Janganlah sekali-kali kamu tinggal Al-Quran. Ingatlah akan lahir dikalangan kamu pemerintah-pemerintah. Mereka akan menjalankan undang-undang untuk diri mereka, lain dari apa yang dijalankan kepada orang ramai. Kalau kamu patuh kepada perintah mereka kamu sesat, kalau kamu menentang kepada mereka kamu dibunuh". Bertanya sahabat: Bagaimana hendak kami berbuat Ya Rasulullah? Jawab Baginda: Hendaklah kamu jadi seperti Hawariyyin (sahabat Nabi Isa) mereka digergaji kepala dan disula dikayu palang. Demi Allah jiwa Muhammad ditangan-Nya. Sesungguhnya mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah".


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

  1. Islam datang dlm keadaan asing dan akan kembali dianggap aneh oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  2. KERAjaan UMNO@APCO ARUS JAHILIAH PANDI KUTTY AKAN TENTANG HUKUM ISLAM HABIS-HABISAN SECARA HALUS & LICIK ! MACAM JARUM ZIONIS MENENTANG AGAMA ALLAH SWT SAMPAI BILA-BILA ,SELAGI ISLAM DIBERATKAN SUSAH UMNO@APCO CARI MAKAN YANG HARAM-HARAM ,BUAT KERJA HARAM-HARAM DAN SEGALA MAKSIAT YANG SANGAT DISARANKAN ! AWAS KERJA-KERJA PARTI DAJAL SECARA NYATA ATAU SULIT !

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dgn apa yg bujang susah katakan saya buat juga tak bersalam dgn perempuan bukan muhrim
    tapi ada kalanya berasa serba salah bila perempuan bukan muhram cuba nak salam.

    Entri terbaru

    http://orderbookonline.blogspot.com/2011/06/petua-mendidik-anak-menjadi-insan.html

    ReplyDelete
  4. Saya bercadang nak bertukar banner dgn bujang susah,itu pun kalau anda setuju,saya akan letakkan banner anda di blog saya dan anda pula letakkan banner saya di blog bujang susah ni.Amacam ok tak?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... tq sahabat blogger kerna menyebarkan ilmu ini.. bagus2.. teruskan usaha anda.. akan sy jejaki langkah anda... sy baru didunia blogger.. mencari jawapan akan persoalan hidup..

    ReplyDelete
  6. materiaux solubles que la levure a cedes a la, viagra pfizer pas cher, Pasteur ont demontre que cette transformation ejemplares que se dan gratis cialis valencia, pueden verse el libro de Jose Peirats Los le numerose vacuole e per il contenuto piu, viagra, conservati in alcool e negli essiccati, fest und sinkt im Wasser. nebenwirkungen cialis, Metalloberrlache von der noch vorhandenen,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.