Monday, May 30, 2011

4 WANITA PERKOSA

بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai wiranita dan wirawati perkasa.. Apabila didalam kubur nanti kamu akan ditanya 7 soalan oleh Mungkar dan Nangkir..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Adakah kamu akan menjawab...

Tuhanku Umno dan Barisan Nasional...
Nabiku Ibrahim Ali...
Kiblatku putrajaya ...
Saudaraku cua soi lek yang menghina islam dan rosmah mansor yang tak tahu menutup aurat...
Peganganku utusan malaysia...
dan Kalimahku HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UTUSAN!!! HIDUP PERKASA!!! ?


Hidup wira wati..
berjuang sampai mati..
islam mu belakangi..
melayu mu dahului..
apa nak jadii..
tengok laa diri sendiri..
sebelum berkata nak berbakti
penuhilah ilmu pada diri..
jagalahh kehormatan wahai saudari..
agar Allah tidak murkai,..
kamu jugak yang susah nantii
xkan dalam neraka nak panggil ibrahim ali..
akhirat tak ada subsidii..
kecuali amalan kamu sndiri..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. 4 ekor je. demo kejadah apa. syok sendiri.

    ReplyDelete
  2. EMPAT WIRAWATI PANDI KUTTY ,MESTI DAPAT DUIT NIH !

    ReplyDelete
  3. ok, have to admit i like the last "poem"...
    ~numara

    ReplyDelete
  4. no point...masuk tong sampah je

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.