Tuesday, March 1, 2011
PEMBAZIRAN ALI RUSTAM
Video di atas menjelaskan bagaimana kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang dikepalai oleh Ali Rustam telah membazirkan wang rakyat iaitu RM300 juta. Pembaziran ini dikatakan atas dasar pembangunan tetapi pembangunan yang macam mana dimaksudkan oleh Ali Rustam?
Pembaziran dan pengkhianatan terhadap wang rakyat adalah semata-mata untuk pelancongan dan bukannya untuk rakyat. Rakyat hanya dapat melihat sahaja projek-projek yang di bina oleh BN tetapi sebaliknya tidak dapat kemudahan dari pembangunan tersebut.
UMNO paling suka bila menyebut perkataan melayu. Bak kata pepatah melayu "Banyak Projek, Rakyat Terpinggir". Sampai bila mereka mahu menipu rakyat? Adakah sehingga kematian baru ada projek untuk rakyat. Kalau macam itulah caranya, kita menyeru rakyat untuk kematian adun masing-masing kerana dengan cara ini rakyat akan mendapat segala-galanya. - kijang59
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
2 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Ooooo.....macam tu ke....
ReplyDeleteNasib baik Tuan guru akak sangat bersederhana....
ali ketam = cam ketam ajar ank bejalan lurus..pd hal dia pn 2x9
ReplyDelete