Tuesday, March 8, 2011
PAKAIAN MUSLIMAH JADI BAHAN LAWAK DI MALAYSIA
Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.
Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.
Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.
Apakah reaksi pihak berwajib?? - http://jilfityan.blogspot.com
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
5 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
setuju....
ReplyDeleteBila mula dipertikaikan, baru masing-masing nak ambil pendekatan padahal media sangat memainkan peranan penting pada gejala penghinaan ini.!
Selagi tak mengancam periuk nasi pemimpin UMNO, selagi itu sesuatu perkara itu tidak dianggap bahaya.
ReplyDeleteAkidah tergadai pun takpa, janji fulus masyuk...tak gitu ke wahai pemimpin dan penyokong umno?
Ini sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Ini kerana kebanyakkan media serta artis tak menghiraukan hal yg sensitif seperti ini. Mereka hanya fikirkan keuntungan walaupun terpaksa menghina agama. Alasan mereka ini cuma berlakon untuk mencari rezaki..
ReplyDeleteKena ada yang berani tampil dan buat laporan ttg perkara ini.
ReplyDeletesetju dgn entry ni. Masalahnya artis sendiri tak pernah ada sensitiviti pada agama. Semua benda nak dijaikan modal duit. Agama dipersendakan. Sangat pelik kalau ada yang buat artis jadi idola. Bagi sy, sgt2 tak sesuai.
ReplyDelete