Tuesday, March 22, 2011

IBU TUNGGAL DAN 3 ANAK DIROGOL BOMOH

بسم الله الرحمن الرحيم

ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.

“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa. - Bhairan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.