Tuesday, February 22, 2011

WANITA MUALLAF TERPAKSA SOLAT SOROK-SOROK

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar fail: Audrey Amira keluar dari mahkamah mendukung anaknya Alya Natasha

Kuala Lumpur: Seorang wanita mualaf mendakwa bekas suami tidak membimbingnya menjadi Muslim yang baik sepanjang lima tahun perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.


Menurut Audrey Amira Goon Abdullah, 34, bekas suaminya, Ablen Rosmon Gamid, 35, dan ahli keluarganya juga tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik.

Katanya, sepanjang tinggal dengan mentua, tidak pernah lihat mereka menunaikan solat dan solat Jumaat selain turut percaya perkara syirik.

Bekas suaminya juga pernah menceritakan pernah minum arak dan ke kelab malam ketika ke luar negara.

“Saya terpaksa solat secara sorok-sorok kerana tidak mahu diketahui ahli keluarga mentua sebab takut dikatakan berlagak.

“Sekali-sekala adik bekas suaminya juga membawa pulang kawan perempuannya dan tidur bersama satu bilik dalam pengetahuan ibu bapa mentua,” jelasnya yang turut mengakui pernah tidur bersama bekas suaminya di rumah sama sebelum berkahwin.

Pengurus Kanan Korporat Kewangan itu berkata demikian ketika memberi keterangan berhubung tuntutan hak penjagaan anak Alya Natasha, 5, daripada bekas suaminya. -hm



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

  1. ini lah umat islam sebagaimana yang sering kita lihat di tv..drama melayu..mengalahkan cerita mat salih..

    kaya sikit dah tak pandang hukum agama...memang betul dan tepat walau tak semua...

    melayu ni jenis tak boleh senang sikit..kaya sikit..hilang ugama pada mereka..tak boleh tittle haji...sebab majoriti akan berlagak konon alim dan pintar ugama...bukan semua tapi itulah kebiasaannya..

    dalam kes ini..lihat bertapa buruk perangai islam keturunan ini..islam hanya keturunan sahaja..lebih hina dari muaalaf sebab mereka mengkaji dan dapat hidayah..bukan yang keturunan kerana fikir tak perlu kaji dan belajar..dah tahu hukum..

    kesian amoi tu..dapat suami macam celaka..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.