Wednesday, February 23, 2011

TENTERA ENGKAR ARAHAN KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua Jet Libya Engkar Arahan Ghadafi



VALETTA, Malta - Dua jet tentera udara Libya mendarat di Malta pada hari Isnin (21/2/2011) dan juruterbang mereka telah memohon suaka politik di tengah tindakan keras berdarah Kolonel Ghadafi terhadap para demonstran anti-kerajaan di Libya sehingga mengeluarkan arahan mengebom mereka, menurut sumber tentera.

Dua juruterbang jet Mirage yang tidak mahu terlibat dalam operasi pembunuhan rakyat Libya itu telah mendarat di Malta International Airport tidak lama selepas dua helikopter awam mendarat bersama membawa tujuh orang yang dipercayai warga Perancis. Sebuah sumber tentera memahami suasanan kelam kabut menyebabkan penumpang telah meninggalkan Libya dengan terburu-buru sehingga hanya seorang sahaja yang memiliki pasport.

Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata juruterbang jet - kolonel angkatan udara udara Libya - telah berkomunikasi dari udara mereka memohon suaka politik. Mereka telah melarikan jet itu dari sebuah pangkalan berhampiran Tripoli dan telah terbang rendah di atas wilayah udara Libya untuk mengelakkan daripada dikesan, menurut sumber itu.

Note: Manusia ni kalau berakal memang macam ni. Sedar diri dan tahu menilai yang mana salah dan yang mana benar. Tak rela menjadi barua kerajaan yang zalim. Kalau polis malaysia yang dapat arahan dari kerajaan ni maunya hangus rakyat kena bom... Maklumlah setia nak mampos.. Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. Macam ni lah baru dipanggil manusia yang berakal dan menggunakan akal dengan baik

    ReplyDelete
  2. yeah thats right.. baru masusia berakal.. kat malaysia tak

    ReplyDelete
  3. eh..ade gaya minyak nak naik lagi??adesss...

    ReplyDelete
  4. i like diz entry..tp tulah....kat malaysia ni boleh ke jd mcmni??? payah laaa....org malaysia sgt "setia menurut perintah " huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Jet pejuang mirage f1, buatan perancis.

    Tahniah kepada pilot kerana mampu buat keputusan yang baik walaupun dalam critical situation.

    Jangan lupa wat balik semula jet tu ke Libya no...

    ReplyDelete
  6. BERAPA KERAT YANG BERANI JADI JEBAT
    MEMBERONTAK MENENTANG MANUSIA MUSIBAT
    AKHIRNYA MATI DIBUNUH SANG SAHABAT
    DERHAKANYA SAHAJA DIJADI HIKAYAT

    ReplyDelete
  7. kalu kat m'sia ni engine jet je terbang tanpa pilot, silap2 pak guard sekolah aku dicekup mengedar engine jet ke luar negara.. kuikuikuikiu bangang!

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.