Monday, January 3, 2011

MENTERI MALAYSIA MALAS BUAT KERJA

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga minyak masak tidak naik, bekalan mencukupi



PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.

Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan. — Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah... harga minyak masak dah naik pun semalam... lagi nak kluarkan kenyataan sengal.. Apa la punya malaysia.. ada menteri langsung tak boleh harap...!!! Pemalas...!!! Duduk goyang kaki sambil keluarkan kenyataan dungu... Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. subhanaallah..inikah yg dinamakan pemimpin?
    semoga Allah swt memberikan hidayat kepada beliau.. amin..

    Latest Entry :
    -> Sila Klik Sini

    ReplyDelete
  2. menteri sibuk dengan mencari mana mana pelakun gebu..meratah mana mana anak dara...melayu mestinya...

    sibuk dengan anak anak yang jadi artis...sibuk dengan mencari mana lubang boleh sapu duit...

    sibuk dengan belibelah diluar negara..

    sibuk dengan lawatan dan jamuan disediakan..tidur bilik sejuk di hangatkan dengan perempuan di sediakan..

    mana ada masa nak siasat aduan rakyat..depa dapat barang barang semua free..nak minyak..satu kontainer datang dapat free..tepung..gula dan lain lain..

    minyak pun free sebab boleh claim..apa nak heran ...sebab rakyat yang sengal tetap sokong walau cuma tin kosong...

    ReplyDelete
  3. laaa..pemimpin pembangkang pun ada yang cam ni gak....jangan pandang sebelah pihak je....kena tengok dua-dua...

    ReplyDelete
  4. haram jadah ismail sabri...bapak anak sama je...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.