Thursday, January 6, 2011

GUNA BAHASA APA NI ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ni nk buat tutor skit atas permintaan seorang sahabat. Dah alang-alang permintaan dari kak Melur berkenaan bagaimana kita nak tahu apakah bahasa yg digunakan dalam sesebuah website tu jadi aku postingkan terus kat sini untuk dikongsikan bersama.

Sebenarnya senang jer bagi mereka-mereka yang dah tahu laaa..

Ok.. apa yang kita perlukan? Mula-mula sekali kita kena la pegi ke web Google Translate

Proses seterusnya kita kena copy sebahagian dari mana-mana perkataan atau artikal yang kita tidak tahu apa bahasa yang digunakan tu dan pastekan dalam ruangan yang dah google translate sediakan.

Kemudian di bahagian yang bertanda 1 (rujuk image dibawah ni ). klik benda alah tiga segi tu... dan kemudiannya terus klik pada "Detect Language" seperti yang dah aku tandakan no 2 dalam image dibawah.



Lepas 2...

3..4..5..6..7.. dah selesai.. Kah..kah..kah..kah.. Semoga memberi sedikit manfaat insyaAllah... Wassalam.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. Terima kasih sebab bagitahu ni

    ReplyDelete
  2. Thanks bro BS. Senang sgt2 tp klau x bgtau mmg x tau pun.. hihihi.. thanks

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.