Monday, January 10, 2011

BIK MAMA LANTIK DIRI SENDIRI JADI MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ucaptama Dan 'MOU Pendidikan' Di Arab Saudi, Rosmah Tergamak Bazirkan Wang Rakyat Serta Ambil Alih 'Tugasan Menteri' Yang Sepatutnya !!

Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita isteri Perdana Menteri Si Rosmah Mansor (foto), mengadakan lawatan selama tiga hari ke Arab Saudi mulai semalam. Mereka hairan apakah motif beliau itu agaknya. Kelibatnya jelas sekali mengalahkan lagak seorang menteri kabinet dan tidak pernah berlaku kepada isteri mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Apakah ini membuktikan yang Rosmah memang lebih berkuasa daripada PM sendiri dalam membuat keputusan apa yang mahu dilakukan. Dikala rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan sekarang ini, beliau tergamak untuk membazirkan wang rakyat atas alasan lawatan kerja. Siapakah beliau sebenarnya yang sanggup mengadakan lawatan kerja sebegitu rupa?. Bukankah beliau itu hanyalah isteri Perdana Menteri, makanya kenapa beliau harus mewakili kerajaan dalam urusan-urusan rasmi seeprti itu. Apakah kini beliau sudah memegang portfolio di dalam kabinet Najib agaknya?. Inilah yang memusykilkan rakyat dengan senario terbaru ini. Beliau bukan sahaja akan ke Arab Saudi, malah selepas itu juga dijadualkan akan melawat Oman selama empat hari dari 16 Jan sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Jan. Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri. Di Arab Saudi, Rosmah dijadual akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh. Rosmah juga khabarnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).


Bertudung gara-gara mahu ke Arab Saudi

[Soalnya sekarang, siapa Rosmah Mansor ini yang tergamak mengambilalih tugas Menteri Pelajaran itu agaknya?. Bukankah, kerajaan UMNO BN mempunyai menteri yang berkuasa untuk portfolio berkenaan?. Makanya, kenapa Rosmah dan kuncu-kuncunya dihantar?. Bukan ini bermakna satu lagi pembaziran wang rakyat akan berlaku sebenarnya. Sudahlah sebelum ini Rosmah membazirkan RM4.5 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Wanita Pertama di negara kita. Jika jumlah 15 orang delegasi ke Sidang Wanita itu kerajaan bazirkan RM4.5 juta, kini dengan jumlah 20 delegasi yang mengikuti rombongan Rosmah maka berapa jutakan lagi wang rakyat akan dibelanjakan agaknya?. Bukankah ini membuktikan beliau kini menganggap dirinya lebih hebat daripada mana-mana menteri kabinet sebenarnya. Sanggup berbelanja besar untuk puaskan diri sendiri, sedangkan dalam masa yang sama rakyat perlukan bantuan terutamanya mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Ternyata, telahan ramai bahawa politik Najib akan lingkup dek kerana Rosmah kini bakal menjadi kenyataan. Soalnya, beranikah Najib menasihatkan Rosmah untuk kembali ke pangkal jalan agaknya?] - pahangdaily



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

  1. Keluarga saya sendiri pun tengah melingkup gara2 pembaziran macam ni. Tengah ikat perot sebab anak2 nak sekolah, dah le gaji kuar awal pastu dpt lambat gaji januari ni bagi bonus RM500..adoi anak2 nak sekolah berhutang dahulu, org atas bsarkan prot je. Kata RAKYAH DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN tapi ni haprak nasib baik buat partime lepas le nak makan hari2 kalau harap gaji gomen jangan ler...dah ler kumpulan sokongan..sokong ajerlah apa org atas buek. Pelik asyik2 naikkan gaji polis..gaji tentera camner...sakit ati betul..

    ReplyDelete
  2. rosmah-cap ayam/pokemon monster.

    ReplyDelete
  3. sokongan gua tak berbelah bagi..wakakakakkakakak

    ReplyDelete
  4. celaka kau rosmah, sbab kau la kontrak aku x d smbung... pasal x de duit nk byr gaji aku.. nasib baik getah tgh mahal.. pagi ptg pulun abis toreh smpi dahan..

    ReplyDelete
  5. projek mengumpul permata negara untuk diri sendiri tak cukup banyak kat malaysia neh... tuuuu yg dia p luarnegara carik koleksiiii

    ReplyDelete
  6. sekarang ni la dia nak pulun habis, esok lusa dia dah jatuh... she know already that fact!! :)

    ReplyDelete
  7. paling best kan ...rakyat rakyat yang tiada internet..dok baca berita hairan..utusan..sinar...yang tak tahu cerita sebenar..dok sokong lagi haiwan bertopeng manuisa tu...

    kita rakyat sebenarnya tak perlu buat apa pun...kita siapa...raja raja yang kita mahukan membantu kita pun tak cakap apa pun...ni kita rakyat biasa nak komen..lupakan saja le...

    biar pi le depa buat apa pun..bukan menongkat langit pun umur depa..mana tahu balik nanti flight problem ..terhempas...mampos semua...kita cakap alhamdulillah je le...paling tak najib nanti beri cuti se hari lagi..he he he

    ReplyDelete
  8. heh heh heh kalu adun-adun or ahli pakleman cepat mamposss pun elok gak,banyak ler peruntukkan utk menarik undi di area pilihanraya kecik-kecik tuuu... time pru budget besau sangat he he

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.