بسم الله الرحمن الرحيم
UMNO Berjanji Rumah PPRT Kepada Keluarga Yusof Wahad.. Mereka Nanti Tapi hampehhh....
PENGKALAN CHEPA, 6 Julai: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Dato’ Seri Shahrizat Jalil meminta kerajaan negeri membantu keluarga Yusof Wahab, 35 yang tinggal di bawah rumah emaknya.
Sedangkan penduduk terbabit mengharap bantuan rumah di bawah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) seperti yang pernah dijanjikan pemimpin Umno.
Menurutnya beliau terpaksa menolak tawaran wakil Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membina rumah dhuafat kerana Umno telah berjanji mahu memberinya rumah PPRT.
Tawaran membina rumah dhuafat diberitahu wakil peribadi Menteri Besar, Hassan Mamat ketika berkunjung ke rumahnya petang semalam. Hadir sama Penghulu Mukim Pauh Dal, Yusli Yusof.
Malah Yusof mengakui tidak pernah memberitahu sesiapa pun menggunakan ruang bawah rumah emaknya sebagai tempat tidur mereka sekeluarga.
“Saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun. Saya dan keluarga rela tinggal di bawah. Saya sendiri hairan macam mana orang lain boleh tahu, sebab saya tak bagi tahu sesiapa pun,” katanya.
Beliau berkata, kedudukan rumahnya agak ke dalam dan terlindung daripada pandangan umum.
Menurut Yusof ketika menteri datang bersama beberapa pempimpin Umno Pengkalan Chepa beliau tidak ada di rumah.
”Saya hanya tahu mengetahui perkara itu sebaik sahaja pulang ke rumah,” katanya.
Beliau bersama isteri, Fatimah Jalin dan tiga anak menggunakan ruang bawah rumah sebagai tempat bermalam, manakala ruang memasak dibina di bahagian luar bersambung rumah emaknya.
Ruang memasak tersebut lengkap dengan meja dan kerusi makan. Terdapat juga periuk elektrik dan dapor gas untuk memasak. Halaman rumahnya nampak bersih dan terjaga.
Isnin lalu media melaporkan keluarga Yusof di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa tinggal di bawah rumah, bekas reban ayam disebabkan kemiskinan. Mereka dilawati Shahrizat dengan Ketua Umno Pengkalan Chepa, Dali Hussin.
Yusof berkata, beliau bersama keluarga rela bermalam di bawah rumah setelah adiknya pulang dan tinggal di rumah terbabit bersama emaknya.
Yusof juga memberitahu beliau tidak mampu menyewa rumah yang lebih selesa kerana pendapatannya sebagai pemandu lori ayam agak kecil. - Harakahdaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, July 7, 2010
UMNO SIAR KEMISKINAN DEMI AGENDA POLITIK
PASANGAN MENYOROK BAWAH KATIL
بسم الله الرحمن الرحيم
Khalwat Ibu Tunggal: Menyorok Bawah Katil
KULIM - Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup bersembunyi di bawah katil yang sempit semata-mata mengelakkan dirinya dicekup pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan kekasihnya, seorang ibu tunggal.
Bagaimanapun helahnya tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa agama menemui lelaki berusia 38 tahun itu dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju di bawah katil berkenaan.
Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim berkata, mereka menerima maklumat daripada orang awam jam 8 pagi dan tujuh pegawai penguat kuasa agama sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi
Katanya, ibu tunggal beranak tiga berusia 36 tahun tidak mempunyai pekerjaan mengambil kesempatan membawa teman lelakinya yang sudah beristeri dan mempunyai tiga anak itu bermalam di rumahnya di taman perumahan, dekat sini.
Pasangan itu dikatakan berkenalan setahun lalu ketika berjumpa di tapak pesta dan menjalinkan hubungan sejak kebelakangan ini.
"Menurut aduan orang awam, lelaki itu sering masuk ke rumah teman wanitanya itu dan ada kalanya bermalam di situ. Setelah kawasan rumah di kepung, pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri untuk memeriksa.
"Namun kami terpaksa tunggu kira-kira tiga minit sebelum pintu dibuka kerana wanita berkenaan memberi alasan dia tidak dapat mencari kunci rumah,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit memaklumkan kepada PADK bahawa dia tinggal berseorangan kerana tiga anaknya bersekolah.
Katanya, setelah mendengar penjelasan diberikan, PADK membuat pemeriksaan rambang di rumahnya sebelum menemui seorang lelaki dalam bilik dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.
"Kami memeriksa seluruh bilik, termasuk almari dan bawah katil. Setelah siasatan dibuat, PADK mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan sah.
Mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.
"PADK mengarahkan waris mereka datang membuat pembayaran jaminan," katanya. - SH
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KETUA POLIS KORANG MAKIN SASAU
بسم الله الرحمن الرحيم
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.
Memetik laporan agensi berita Bernama, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra.Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra. Musa Hassan berkata PDRM mempunyai cara tersendiri untuk menangkap pengendali web Malaysia-Today itu, yang diburu kerajaan Malaysia ekoran rencana yang menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Musa Hassan juga memberitahu Interpol enggan membantu kerajaan Malaysia menjejaki Raja Petra, dan PDRM tidak boleh menyerbu negara yang kini didiami Raja Petra, namun itu tidak menghalang PDRM dari merencana strategi baru. Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini kini dalam kawalan pihak berkuasa di Penjara Sungai Buloh. - TVselangor
Note: Hehehehe.. nak tangkap raja perta takut. nak cover malu punya pasal, beri amaran nak tangkap individu yang berkawan dengan raja petra plak.. apa la punya kenyataan daif yg ketua polis malaysia kluarkan ni. Aku ni ramai kawan2 polis dan SB.. mesti kawan-kawan aku pun malu dapat ketua yg mcm ni. hehehehe..
Yang berhormat tan sri... raja petra tu dedahkan satu kes pembunuhan warga mongolia di malaysia. sepatutnya yang berhormat siasat la siapa pembunuh tu. ini tidak.. yang berhormat kehulur kehilir nak cari raja petra tu buat apa? Bila semua media dan termasuk khairy jamaluddin sendiri dedahkan raja petra tu ada di london, yang berhormat tan sri beri alasan "kita tak boleh suka-suka nak redah negara orang". Persoalannya kalau betul raja petra tu bersalah dan tan sri ada bukti kukuh, kenapa interpol xnak bantu? kenapa x minta bantuan dari polis UK untuk berkas raja petra? Apa lawak tadika yg tan sri sajikan untuk rakyat ni? Bila yang berhormat tan sri dah tak berani nak pergi ke london sebab dah kena sound dgn peguam london, tan sri beri amaran nak tangkap siapa-siapa yang berkawan dgn raja petra pula. hehehehe... apa la punya ketua polis malaysia ni...
Yang berhormat tan sri... Untuk pengetahuan yang berhormat, Raja perta tu sekarang ada di UK. Dengan tidak secara langsungnya UKlah yang melindungi Raja petra. Kawan-kawan raja petra pun kebanyakannya warga UK. Jadi kami syorkan tan sri pergi la ke UK dan tangkap semua warga UK yg berkawan dgn raja petra tu. tangkap sekali london tu masukan kat sungai buluh. hehehe...
Yang berhormat Tan sri.. jenayah semakin meningkat..Rakyat hidup dalam ketakutan. bunuh, rompak, rogol, ragut, dadah dan seribu satu kes lagi yang tak pernah selesai malah sentiasa meningkat di malaysia ni. Inilah tugas sebenar tan sri dan anak2 buah tan sri. Bukan tugas tan sri untuk penutup pekong Menteri Perdana dan kroninya.
Indahnya Malaysia dapat ketua polis yang begini bijak...!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BALAK DIKEBAS ANAK GADIS DIROGOL: DI MANA PIHAK BERTANGGUNG JAWAB?
بسم الله الرحمن الرحيم
PSG : Gadis Penan terus diperkosa pembalak, kerajaan Sarawak tetap menafikan dan polis gagal bertindak
Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.
Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.
Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.
Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.
PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.
Diperkosa pembalak
Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.
Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.
Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.
Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”.
Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.
Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.
“Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”.
Cerita dirogol
Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.
Cerita J
Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu.
Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.
J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an.
Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya.
J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.
Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.
Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.
Cerita A
A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan.
A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula.
A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.
Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.
Cerita E
E di
tangkap ketika membonceng motosikal dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.
Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka. - zulmamakpng
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, July 6, 2010
SAYA AMAT TAKUT PADA ALLAH: TYSON
بسم الله الرحمن الرحيم
Tyson menangis di Raudah
MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.
Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.
-Agensi-
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GUNA FACEBOOK JER KAN LAGI SENANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Soalan SPRM tiba dengan teksi London
Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.
Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.
Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.
"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.
Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.
SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.
Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.
Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.
"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang,” kata Americk.
Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.
Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ALAAA.. CAKAP JER LA TAKUT BOS HANG KENA DAKWA
بسم الله الرحمن الرحيم
"Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra"
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran.
Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu.
“Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’ jelas Musa.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu. Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya.
Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan. Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis.
Note: Persoalannya bukan redah negara orang. Kalau betul PDRM berani nak buat siasatan mengapa pula interpol xnak bagi kerjasama? kalau raja petra tu bersalah dan kerajaan malaysia ada cukup bukti nak menahannya mana mungkin raja petra akan dilindungi? Raja perta tu siapa? lebih power dari najib ke? kalau betul raja petra bersalah kenapa najib x minta kerjasama london untuk menahan raja petra?
Kaedahnya mudah saja. Polis dan SPRM hanya pura2 ingin menangkap raja petra dan Bala. hanya ingin rakyat melihat kerajaan ni telus. tapi sebenarnya ini hanyalah sandiwara tadika. raja petra dan bala tidak akan sesekali dibicarakan. kerana jika mereka dibicarakan, org pertama yang akan masuk mahkamah adalah NAJIB. kerana dalam akuan bersumpah bala orang yang meniduri dan membunuh altantuya adalah najib. percaya atau tidak...? percayalah....
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PERKASA BENAR-BENAR PERKASA DARI KDN
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 5 Julai – Suara Perkasa hari ini diberi teguran oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung artikel muka depan edisi sulungnya bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”, dan sedang mencari pencetak pengganti bagi meneruskan penerbitan keluaran kedua, 15 Julai ini.
Akhbar dwibulanan terbitan Perkasa itu terpaksa mencari pencetak baru kerana syarikat pencetakan semasa, KLK Press Sdn Bhd tidak sanggup memikul risiko implikasi perundangan.
“Saya akan terbit macam biasa dengan pencetak baru… saya sedang mencari pencetak baru kerana pencetak sekarang tidak sanggup, takut kalau-kalau ada tindakan saman, jadi saya akan dapatkan pencetak baru,” kata Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Daud telah mengadakan pertemuan kira-kira 105 minit dengan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan beberapa pegawai kanan kementerian.
Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd.Samad juga hadir pada pertemuan itu.
Pertemuan hari ini adalah susulan mesyuarat kementerian itu dengan Editor Suara Perkasa, Amirudin Mohamad Jumaat lalu.
Perkasa diwakili oleh setiausaha agung dan timbalan setiausaha agung Perkasa.
Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia muncul “garang” pada 1 Julai lalu dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu dua minggu lalu.
Perkasa dipimpin Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.
“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA,” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung Suara Perkasa kepada wartawan Rabu lalu.
Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.
Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000.
Mengulas lanjut, Daud berkata Kementerian Dalam Negeri telah menegur Suara Perkasa kerana tidak membantu usaha ke arah penyatuan negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dengan penggunaan tajuk-tajuk sedemikian.
“Saya memberitahu Datuk Rahim bahawa tajuk-tajuk seperti ini pernah digunakan masa-masa lalu tetapi tiada masalah.
“Bagaimanapun Datuk Rahim berkata keadaan dulu lain, sekarang lain… peranan kementerian ialah menjaga keselamatan negara, mengelakkan situasi tidak senang,” katanya.
Kata Daud, pihaknya meminta maaf dengan kesilapan yang wujud dan memberi jaminan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan tajuk dalam keluaran-keluaran akan datang.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.
Hishammuddin berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa kementeriannya memberi layanan berbeza kepada Suara Keadilan dan Suara Perkasa.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, July 5, 2010
PAS "PARTI AJARAN SESAT" : SHAFIE APDAL
بسم الله الرحمن الرحيم
Shafie Apdal Dakwa PAS Parti 'Ajaran Sesat'
PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.
Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.
Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam
Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.
Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".
"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.
Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BILANGAN PENYUSUAN YANG MENIMBULKAN IKATAN MAHRAM
بسم الله الرحمن الرحيمSoalan;
Salam ustaz, berkaitan dengan ibu susuan .Banyak yang kata keperluan 5 kali kenyang. Saya pernah bertanya dengan beberapa ust. yang jelas tidak perlu 5 kali kenyang cukup sekali yang kenyang yakni bayi tesebut selesai menyusu sekali atau sebotol susu 60ml atau cukup dia menyusu sekali sahaja. Harap dapat penjelasan. Tk
Jawapan;
Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam menentukan bilangan penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahram di antara anak susuan dan ibu yang menyusuinya.
Pandangan pertama; iaitulah pandangan Imam ‘Atha’, Thawus, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad (mengikut pandangannya yang rajih), Ibnu Hazm dan ahli-ahli hadis; penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahram ialah penyusuan yang tidak kurang dari lima kali penyusuan yang terpisah. Dalil mereka ialah hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan ayat yang dibaca dari al-Quran”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Hadis ini telah mengikat keumuman penyusuan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun dalam al-Quran Allah hanya menyebutkan penyusuan secara umum akan menyebabkan terjadinya ikatan mahram antara anak yang disusui dan ibu yang menyusuinya (serta saudara-saudara susuannya) tanpa menentukan bilangan tertentu terhadap penyusuan yang dilakukan, namun hadis diatas telah mengikat keumuman tersebut dengan sepuluh kali penyusuan yang kemudiannya –sebelum kewafatan Nabi- diubah oleh Syarak kepada hanya lima kali penyusuan. (Fiqh as-Sunnah, 2/50).
Pandangan kedua; iaitu pandangan Sa’id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, al-Auza’ie, Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (mengikut satu riwayat); penyusuan sama ada banyak atau sedikit akan menghasilkan ikatan mahram. Menurut pandangan ini; walau dengan hanya sekali penyusuan, akan terhasillah ikatan mahram. Mereka berdalilkan kemutlakan (keumuman) ayat al-Quran (iaitu ayat 23 dari surah an-Nisa’) yang menyebutkan tentang mahram susuan di mana ayat itu tidak menghadkan bilangan penyusuan. Selain itu mereka juga berdalilkan hadis berikut;
Dari ‘Uqbah bin al-Harith –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Aku telah mengahwini Ummu Yahya binti Abi Ihab. Kemudian muncul seorang wanita berkulit hitam yang mendakwa dia telah menyusui kami berdua. Aku pun pergi kepada Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan memberitahunya. Lalu baginda berpaling dariku. Aku pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah, aku rasa wanita itu berdusta”. Baginda menjawab kepadaku; “Mana kamu tahu ia berdusta sedangkan ia telah berkata apa yang dikatainya? Tinggalkanlah isteri kamu itu (yakni berpisahlah dengan isteri kamu itu)”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Abu Daud. Terjemahan berdasarkan lafaz Abu Daud).
Dalam hadis di atas Nabi tidak menyoalpun berapa kali penyusuan yang telah wanita itu lakukan, akan tetapi Nabi terus menyuruh ‘Uqbah berpisah dengan wanita itu. Ini menunjukkan bahawa yang diambil perkiraan ialah dengan semata-mata wujudnya penyusuan. Asalkan terdapat makna penyusuan, maka terdapatlah hukumnya. Menurut Imam an-Nawawi; pandangan ini adalah pandangan jumhur ulamak. (Tuhfah al-Ahwazi) Pandangan ini juga yang disokong oleh Imam al-Bukhari. (Tuhfah al-Ahwazi)
Pandangan ketiga; iaitu Pandangan Imam Ibnu Munzir, Abu Tsur, Daud Dzahiri dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat lain darinya); sekurang-kurangnya tiga kali penyusuan. Mereka berdalilkan hadis di mana Rasulullah bersabda;
لاَ تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَالْمَصَّتَانِ
“Tidak akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram) dengan hanya sekali dan dua kali hisapan (yakni penyusuan)”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-).
Dalam hadis di atas Nabi menyebutkan tidak akan menjadi mahram dengan sekali atau dua kali hisapan. Jadi hadis ini menunjukkan bahawa penyusuan yang kurang dari tiga kali tidak akan menghasilkan ikatan mahram.
Pandangan yang ditarjih oleh ulamak-ulamak semasa hari ini ialah yang pertama iaitu sekurang-kurangnya lima kali penyusuan. Pandangan itulah juga yang dipakai oleh Majlis-Majlis Fatwa di dunia Islam hari ini seperti Mesir, Arab Saudi, Malaysia dan sebagainya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fiqh as-Sunnah, jilid 2, bab al-Muharramaat min an-Nisa’ (hlm. 49-50).
2. Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Sunan at-Tirmizi, juz 3, bab Ma Ja-a La Tuharrimu al-Massatu wa al-Massataan (hlm. 229).
3. Tamam al-Minnah Fi Fiqh al-Kitab wa Sohih as-Sunnah, 3/82.
4. Bidayatul-Mujtahid, 2/43-44.
- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
16 OSTAD MANA LAGI 24....?
بسم الله الرحمن الرحيم
Ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya (kiri) bersama peguamnya di Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonannya mencabar Jabatan Agama Negeri Sembilan. - Gambar Jack Ooi
Mana pegi kisah ostad muda yang bising bising dikatakan 40 orang yang masuk umNO. Bila ada ulama muda yang menyanggah dan mendedahkan mereka tertipu... ostad muda ni bukan main marah... tapi bila dicabar kembali senyap tak berbunyi....
Di dedahkan juga bahawa angka 40 itu masih dipertikaikan dari 100 yang entah tercicir dimana seramai 60 orang lagi. Buat masa ini dikatakan hanya 16 sahaja yang hadir dalam majlis tu.. Siapa lagi 24 orang tu entah le... apakah ostad ni pakai Qarin dan turut sama isi borang masuk umNO. Atau mereka ini kire bayang sekali... apa ni..??
Bagi saya buat masa ini kita berhak mengatakan bahawa angka 40 itu adalah angka sasaran atau target... mungkin juga angka mengigau nak bagi sah jumaat. Atau dalam kata lain angka itu adalah angka TIPU! takkan Ostad muda pun tipu juga??? dalam umNO jangankan ostad Muda.. Ostad dah Otai macam Nakahei dan Yusop NOOOO pun boleh jadi...
Setakat ni hanya 16 orang yang menyertai umNO dari 40 yang dikurangkan dari 100 tu... Anggaplah angka 40 itu BOHONG hingga ada senarai dikeluarkan oleh mereka.... - anaksengat
Note: Fatul ni ada masalah di negeri sembilan sikit masa dulu dan sekarang ni sedang berhadapan dgn perbicaraan di mahkamah. Dia dikatakan mengajar agama tanpa tauliah. Lagi teruknya dengar2 cerita dia dikaitkan dengan JI.
Dalam malaysia ni satu-satunya cara paling ampuh macamana cara nak jadi kebal dari dikenakan tindakan undang2 oleh mahkamah ialah... ISTIHAR MASUK UMNO...!!! hehehehe... semua boleh seattle... anda tak percaya..? percayalah.... hehehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PEMUDA MCA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SUARA PERKASA
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 ahli Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di sini kira-kira 3 petang tadi.
Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei, mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lalu itu adalah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.
"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. - BERNAMA
Note: Amacam melayu umno.. Sebelum ini najib terpaksa meletakkan calon MIC di hulu selangor kerana desakan dari MIC walaupun kerusi itu sebelum ini adalah kepunyaan UMNO. La nie MCA pula suruh KDN tarik balik lesen sebuah akhbar pertubuhan melayu. Ni apa cerita ni? Ibrahim ali tak nak ulas apa-apa ke? bukan nak mengapi-apikan orang melayu, cuma nak tanya je.. mana yang kata umno tu berani sangat? mana yang kata umno tu tegas sangat? mana yang kata umno tu tidak tunduk pada MIC dan MCA? Kalau kena pada PR mesti orang umno akan kata PAS kuda tunganggan DAP. Sekarang ni umno tak jadi kuda tunggangan MIC dan MCA ke? lagi berat ooo nak bawak dua sekali. Samy dengan cua so lek pun dah berat, vinsetan nak letak kat mana? bengkoklah nampaknya umno jadi lembu mereka..hehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, July 4, 2010
KENYATAAN KARPAL BUKAN KENYATAAN DAP: TIMBALAN PENGERUSI DAP
بسم الله الرحمن الرحيم
Tak Ketahuan Hala Lagi Nampaknya UMNO lepas nie bila baca kenyataan DAP nie..
PETALING JAYA: PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit.
"Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman.
"Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam.
Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.
Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama.
"Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.
"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya. - Mstar
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KALAU KARPAL TOLAK KITA TAK PELIK, KALAU UMNO TOLAK ITU YANG KITA PELIK & HAIRAN!
بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila meniliti setiap kata-kata yang terpacul daripada mulut beberapa orang pemimpin UMNO termasuk juga Ahli Parlimen (MP) Bebas apabila ditanya pendapat mereka tentang kenyataan peribadi pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang dikatakan ‘menolak’ untuk berkompromi terhadap konsep Negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara boleh membuatkan kita tersenyum sendirian.
Melihat berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini seolah-olah kita seperti diberitahu bahawa UMNO telah pun menerima konsep Negara Islam ini tanpa halangan dan sanggup untuk melaksanakan segala tuntutan dalam pemerintahannya seperti hukum hudud dan sebagainya.
Kenyataan oleh Dr Mohd Fuad Zarkashi yang juga Ahli MT UMNO yang mengumpamakan cabaran Nik Aziz terhadap Karpal Singh ibarat ‘anjing menyalak bukit’ kerana menurutnya jelas sejak sekian lama sememangnya Karpal Singh menolak sebarang usaha kearah perlaksanaan Negara Islam di Malaysia.
Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Mukhriz Mahathir yang juga MP Jerlun yang mahukan agar penyokong PAS membuka mata akan perbezaan yang ketara antara PAS dan DAP ini. Katanya lagi konsep Negara Islam ini akan tetap di tolak oleh DAP dan ini membuktikan bahawa kedua-duanya tidak sehaluan didalam hal ini dan Cuma kelihatan sepakat hanya untuk mendapatkan kuasa sahaja.
Dalam pada itu juga kenyataan yang dibuat oleh MP Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang menggesa agar PAS wajar tinggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu mahu meneruskan usaha mendaulatkan pemerintah Islam di negara ini memperlihatkan seolah-olah tugas untuk melaksanakan pemerintahan Islam ini hanyalah menjadi tugas PAS semata-mata?
Kadang-kadang kita merasa hairan, apakah UMNO sudi untuk berubah dan sama-sama bersetuju untuk melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS ini?
Kita mempersoalkan sedemikian kerana melihat daripada beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO ini yang begitu bersungguh ‘menasihati’ PAS agar segera keluar daripada pakatan pembangkang seolah-olah kini UMNO sudah bersedia untuk menerima apa yang dihasratkan oleh PAS selama ini bagi melaksanakan hukum hudud juga?
Amat tertarik dengan respon yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang secara sinisnya ketika menjawab persoalan oleh wartawan mengenai kenyataan Karpal Singh tersebut,
“Anda kena tanya dahulu pemimpin UMNO adakah mereka bersetuju dilaksanakan hukuman hudud di negara ini atau tidak. Apabila dapat jawapannya barulah saya akan jawab mengenai Karpal”
Untuk rekod, UMNO melalui Presidennya (Dato Sri Dr Mahathir Mohamad ketika itu) sekitar awal tahun 90an penah menolak secara rasmi permintaan dan hasrat oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
Dengan kata mudahnya, kita sedikit pun tidak merasa hairan sekiranya Karpal Singh menolak dan tidak mahu berkompromi tentang konsep Negara Islam apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud berdasarkan syariah Islam sepenuhnya, tetapi kita amat pelik serta merasakan terlalu sedih seandainya yang menolak dan menentang perkara ini adalah UMNO yang selalu mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.
Justeru itu, satu persoalan yang timbul kini ialah, apakah kenyataan yang bersungguh-sungguh di keluarkan oleh beberapa pimpinan UMNo sejak 2-3 hari ini menggambarkan bahawa UMNO pun sudah bersedia untuk memberi ‘kerjasama’ kepada PAS didalam apa yang dikatakan sebagai mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya? Sama-samalah kita menantinya….- ingeniur
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BARU HANGPA TAUUU...
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.
"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka. Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.
Note: BARU HANGPA TAU KALAU DAH HILANG KUASA...TETAPI PAKATAN RAKYAT TAK SEZALIM HANGPA,CUMA...HANGPA SENDIRI YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI.. INI BARU MENANG NEGERI BELUM LAGI MENANG NEGARA...KALAU MENANG NEGARA MAMPUIH LA HANGPA... KALAU CERAMAH PUN BAWAH POKOK SAWIT...BUKAN PAKATAN RAKYAT TAK BAGI TEMPAT..CUMA HANGPA YANG TAK DAK DUIT.
PAKATAN RAKYAT TAK PERNAH SEKAT KALAU UMNO-APCO NAK BUAT CERAMAH..KAT STADIUM KA...KAT BALAI SERBAGUNA KA..ATAU DEWAN ORANG RAMAI...HANGPA PAKAI LAAA... MASALAHNYA HANGPA SELALU PAKAI BARANG FREE,STADIUM FREE,DEWAN FREE DAN SEKARANG KENE BAYARAN....WALAUPUN PAKATAN RAKYAT BUAT CERAMAH KAT SITU..BAYAR TETAP BAYAR... HANGPA TAU NAK FREE JERR.. - cupingmerah
Note: Kenapa umno takut sangat hilang kuasa? sebab kalau umno jadi pembangkang xder siapa baik pemimpinnya atau pengikutnya yang nak keluar duit untuk pergerakan parti. Kalau selama ni mereka pow duit pengusaha2 kilang dan syarikat untuk support kewangan parti mereka.. lepas ni xder sapa nak bagi kat dia lagi. nak harapkan derma dari pengikut2 dia.. alamat mati kempunan la nampaknya.
Kalau mereka jadi pembangkang mereka nak buat ceramah atau bermesyuarat kat mana? kalau selama ni balai serbaguna yg sepatutnya untuk rakyat tapi digunakan untuk parti mcm mak babak dia org punya, lepas ni dia org nak guna apa? mesyuarat bawah pokok ketapang jer la nampaknya.. hehehe..
Kalau selama ni setiap kali mereka bermesyuarat mereka dapat elaun.. kalau mereka jadi pembangkang sape yg nak bayar elaun mereka? hehehehe..
kalau selama ni setiap kali pilihanraya dana untuk poster dan segala macam keperluan ada yg support mereka.. kalau meraka jadi pembangkang ada ke diantara ahli mereka yg nak kluar duit beli poster? Kalau xder duit... ada tak diantara mereka nak tolong pasang bendera kerana Allah? hehehehe
Akhirnya umno akan pupus dgn sendirinya... hehehehe...
Satu lagi buat pengetahuan juak-juak umno. menteri-menteri korang dah beli tanah dan rumah di luar negara untuk menyenangkan mereka cabut lari kalau mereka tak dapat memerintah lagi. Berani ke mereka nak stay lagi kat malaysia ni? sebab satu persatu kes-kes mereka semua akan dicungkil... hehehehe.. tinggal lah juak-juak mereka hanyut terkapai-kapai.. hehehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Saturday, July 3, 2010
5 TAHUN TIADA AIR : AHMAD MASLAN BUTA AGAKNYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Felda Palong 2 tiada air
seorang penduduk, Sarah Kompot terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian di Blok B, Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.
Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.
Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.
Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.
"Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi.
"Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya.
Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul.
"Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain.
"Saya amat berharap, agar pihak yang berwajib segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah bekalan air kami ini," katanya.
Seorang lagi peneroka, Abdul Talib Saat, 62, melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan masalah tersebut selama lima tahun.
"Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan pastinya kami lebih memerlukan bekalan air. Walaupun pihak berkenaan tetap menghantar bekalan air ke rumah, namun ia masih tidak mencukupi. Begitu juga apabila ada kematian dan ketika itu air amat diperlukan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan yang bermasalah.
"Namun Sains telah menyediakan tujuh buah tangki di kawasan tinggi. Penghantaran air ke tangki juga sentiasa dibuat bagi mengelak bekalan air tangki berkurangan.
"Masalah ini akan diatasi dengan segera. Buat masa kini, kami sedang memperbetulkan masalah tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Ogos nanti," katanya.
Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my
Note: Nasib baiklah utusan yg keluarkan berita ni.. kalau suara keadilan confirm ahmad maslan saman 200 juta... hehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SI BUNCIT JUAL AIR BALANG BUAT LAWAK BODOH
بسم الله الرحمن الرحيم
Lakonan Yang Tak Berapa Nak jadi Di Jengka
Pagi tadi ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi,belatih demontrasi di belakang Balora Mastika,Bandar Jengka.Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda.Jadi bertyempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah!Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian.
Bukan apa,kalau demontrasi tu tengah tengah Nadi Kota,diketawakan orang pulak.Sebab nampak sangat nak mengampu Felda walaupun Felda pun menyampah dengan muka dia.Orang Jengkapun kenal sangat muka muka yang selalu kenyang dengan duit Felda ni.Dengar ceritanya perangai ketua demontrasi pagi tadi tu dah berjangkit pada anak perempuan dia pulak.Mana taknya lepas tak dipilih dalam MBF cawangannya,segala penyata kewangan,buku kira kira,baki duit MBF tak di pulangnya kepada pimpinan baru,sebab dia ingat MBF ini bapak dia punya.
Juak yang demontrasi dengan budak budak pagi tadi tentu saja ada kepentingan peribadinya,ni lah peluang nak jadi hero. Ada rezeki boleh jadi calon,banyak lagi duit Felda boleh diambil manafaat.Orang Jengka 11 pun belum lupa,kisah korban perdana pemuda Umno.Felda habis ratus ribu untuk beli lembu korban Pemuda Umno.Lepas lembu kena sembelih,tokey lembu pulak dikorbankan.
Kepada yang gian demontrasi 'Felda Tak Bengkrap' elok lah baca artikel yang buktikan kehebatan dirancangan Felda - tukulbesi
Note: Untung la budak-budak ni dapat minum air balang... Si buncit ni nak minta perhatian dari ahmad maslan dengan harapan pick up air balang dapat bertukar dengan E320 agaknya.. hehehe
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, July 2, 2010
KISAH SEDIH: PENGORBANAN SEORANG ISTERI YB
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjungi isterinya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main dibenak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni..”
Hanya 3 kali..?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer.. si isteri mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami.
Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami.
”Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak dan perlu buat pembedahan?” si isteri menyambung cerita
“Ya, abang ingat” jawab si suami.
“Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Ohhh... maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
"Haaa...." ... Tan Sri terus pengsan kat situ jugak… - ISA
Note: 248 undi tu.. isteri dia relax je, YB ni plak yg pengsan
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PERJALANAN ISRAK MIKRAJ
بسم الله الرحمن الرحيم
Rentetan Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat,
Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Sumber rujukan : Ustaz Azhar Idrus.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MCA KATA IBRAHIM ALI CILAKA
بسم الله الرحمن الرحيم
MCA Tibai Ibrahim Ali
"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.
Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.
Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.
Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.
Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara.
Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali
Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.
"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.
Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"
Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang
Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.
Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.
Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.
*Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BAPAK BOREK ANAK RINTIK
بسم الله الرحمن الرحيم
Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi
Saya memang mempunyai dasar untuk tidak menyerang mana-mana pemimpin UMNO setempat terutama sekali di Parlimen jasin. Namun, bila golongan muda diajar berjudi, Ia merosakkan orang kampung saya juga.
Kertas pertaruhan (JUDI) bersepah di longkang di tepi padang.
Anjuran siapa? Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah" (JUDI), yang dijual pada harga RM 1. Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah.
"MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG". Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan. Ada juga orang yang sama membeli lebih daripada satu nombor. Kalau nombor 355 dan 357 dibeli olehnya, Agaknya siapa yang beli nombor 356? ni kes kena tipu la ni.. hehehe..
Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya,
"cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan".
Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor. -
Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa.
Ramai golongan muda, yang tertarik dgn kata indah "cabutan bertuah" atau "menderma" menceburkan diri ke lurah JUDI.
Tak boleh jadi. Bayangkan golongan muda yang nak bersukan, ditarik ke arah judi? Jadi, ayuh kawan-kawan tolak judi dan tolak penganjurnya. - hasbullah.pit
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SI BANGANG BIDAS SI BANGANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Kumpulan 40 ulamak muda Umno terus dibidas: "Penyertaan mereka mempunyai agenda tertentu" - Datuk Nakhaie
Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap ‘ideologi’ Asri
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.
Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.
“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.
“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.
“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan “baik” dengan Asri.
Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.
Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.
Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.
Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan.
“Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno.
“Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.
“Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas.
Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato’ Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama.
“Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama?
“Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama,” katanya.
Sementara itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Pirdaus Ismail berkata langkah yang diambil kumpulan ulama itu dengan menyertai Umno adalah satu tindakan yang bijak.
“Secara peribadi bagi saya ulama masuk Umno adalah satu perkara yang bagus dan menggembirakan.
“Ini membuktikan bahawa mereka sudah sedar dan mahu berjuang bersama-sama Umno,” kata beliau yang pernah bertanding sebagai calon Umno di kawasan parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa penyertaan ulama itu semata-mata untuk menyebarkan pemikiran dan idea Asri dalam Umno.
“Saya tidak bersetuju sama sekali dengan dakwaan itu kerana Umno selama ini tidak akan dikuasai oleh mana-mana fahaman.
“Jadi saya percaya kehadiran ulama itu hanya untuk memainkan peranan dalam membantu memperjuangkan Umno malah saya percaya kemasukan mereka adalah sesuatu yang positif,” katanya. - TMI
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..