بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau tak kompius... bangang!!
Aku baru balik dari bertandang ke negeri Pulau Pinang. Daripada pemerhatian dan bualan aku dengan orang Penang boleh katakan semuanya berasa gumbira jer dengan pemerintahan LGE. Tak da pun dengar rungutan atau cemuhan tentang pemberian ikhlas kerajaan PP kepada warga emasnya. Semuanya bersyukur belaka... at least ada juga orang ingatkan mereka.
Tup-tup hari ini, terbaca pulak komen menteri pompuan yang sorang ni tentang pemberian sumbangan tersebut. Bok bek.... bok bek... macam mak nenek!!
Mami jarum sorang ni.... kalau tak kompius, sah dia bangang!! Kerajaan PR Pulau Pinang bagi RM100 setahun kepada warga emasnya.... sebagai tanda penghargaan dan tanda ingatan mereka kepada golongan tersebut bukan untuk lepasmereka dari belenggu kemiskinan.
Yang si minah, mami jarum ni pulak.... cuba kaitkan pemberian RM100 tu dengan usaha nak membasmi kemiskinan. Woi.... tak ada kaitan what so ever dan tak releven langsung. And then... kata si bengap ni lagi, bagi kerajaan PR Pulau Pinang, warga emas di PP hanya bernilai RM100 sahaja. Ha... ha... ha...warga emas tak dak nilai. Aha... itu dia yang kata, ya?? Bukan kerajaan PR Pulau Pinang yang kata... Bagi kerajaan Pulau Pinang, sebab warga emas bernilailah, mereka dihargai.
Weh.... kerajaan PR Pulau Pinang bukannya bengap sangat macam kamu. Mana mungkin RM100 dapat basmi kemiskinan. Lu gila ka?? Sebab tu... aku kata, Minah ni kompius atau mungkin jugak satu daripada pius'nya' udah KO. Itu pasal cakap merapu macam pompuan gila meroyan!!
Pemberian RM100 tu, bukan untuk meletakkan nilai pada warga emas tetapi untuk menghargai mereka setahun sekali. Tanda ingatan.... kasih dan sayang.
Nampak sangat si Minah ni jenis yang.... kecik-kecik tak main ler. Dia orang main yang besar-besar jer.... Walau pun RM100 kecil tetapi... at least, warga emas ni dihargai juga, ada juga dalam ingatan kerajaan PR Pulau Pinang. Komer... bagi depa apa?? Habuk pun tarak..... so usah nak berlagak ler!!
Lantak pi, mak nenek tu nak kata apa!! Janji... rakyat semua suka dan gumbira dengan pemberian tersebut.
Ha... ha... ha... - A Mum Of Three Mohd
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Wednesday, April 7, 2010
KENYATAAN BANGANG OLEH MENTERI TONGONG
MARI MARI SEMUA... KORANG NAK TENGOK TAK .. BEST GILA NI..
بسم الله الرحمن الرحيم
FEEWITTTT.....BELANJA YOUUUUU.....!!!
Ni ha rupa sebenar wira persatuan katak semalaysia (perkasa) Arman Azha Hj Abu Hanifah dengan isterinya.. fuhhh... sexy youuu..!!! betul punya melayu nih...!!!
Hahaha... wira katak dan umno yang penakut... nampak sgt la umno dan persatuan katak semalaysia (perkasa) ni baruah dan pengikut telunjuk Gerakan dan MCA...
Fuuyoo.. muka seko2 ganas gila tu.. mcm nak makan orang youuu... tp muka masing2 mcm baru habis sekolah jer.. ke memang x sekolah kot... Harap kepala jer berlilit.. dgn Gerakan dan MCA pun takut.. kalau berani pun setakat bagi buku jer...hahahahaha.. korang ni memang pandai la buat lawak bangang.. sakit perut aku ketawa.... hehehehe
Salam sahabat2 yg dikasihi dan dimuliakan.. Jumaat lalu PERKASA melalui ketua Wiranya Arman Azha Hj Abu Hanifah memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".
Sehari lepas itu, Teng dan Low dilaporkan enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia. Manakala kedua-dua akhbar Sin Chew dan China Press - dua akhbar berbahasa Cina berpengaruh - pula setakat ini tidak memberikan sebarang respons berhubung tuntutan itu.
Kini setelah tempoh yang diwar2kan itu tamat, tiada tanda-tanda Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press akan memohon maaf hatta menarik balik kecaman mrk keatas PERKASA dan mahathir...sebaliknya mereka berkeras dengan kenyataan dan pendirian mereka..
Namun yang melucukan, sedang MCA dan Gerakan berkeras dengan pendirian mereka, PERKASA yg sebelum ini terkenal dengan sikapnya seperti parti Umno, ekstrim dan pegangan asobiyah kebangsaan yang keterlaluan, AKHIRNYA mengaku kalah dan tunduk kepada MCA dan GERAKAN..tiada demontrasi, tiada perarakan, tiada makihamun, tiada aksi 'kencing' gambar, tiada aksi bakar patung, tiada laporan polis, tiada ISA dan lain2 sepertimana yang dilakukan terhadap DAP..yang mereka berani hanyalah menyerahkan sebuah buku Perlembagaan Persekutuan sebagai 'pengajaran'..
Nampaknya, barulah mereka tahu betapa langit tinggi atau rendah bila berdepan dgn sahabat2 dlm BN ini..jika dahulu mereka mengatakan PAS dan PR itu barua kepada DAP, nampaknya kini, PERKASA dan UMNO juga bolehlah dicop sebagai barua, kuda tunggangan, boneka MCA daN GERAKAN!!...dgn pembangkang (DAP) konon tunjuk 'berani', tetapi penakut/dayus/bacul dengan sekutu sendiri...akhir kalam, UMNO = PERKASA = RASIS = BARUA MCA/GERAKAN!!!! - ruangbicarapriamalaya
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, April 6, 2010
HAHAHAHAHA.. KORANG BACA LA.. AKU DAH TAK SANGGUP LAGI..
بسم الله الرحمن الرحيم
BERI TEMPOH 48 JAM UNTUK BERI SEBUAH BUKU JE...hehehehe
(image: muka-muka katak yang tak tahu malu)
Kiranya kisahnya mcm ni jer laa... perbualan diantara persatuan katak semalaysia (perkasa) dgn Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun. serta akhbar Cina - Sin Chew Daily dan China Press..
G/MCA: Alo katak lu olang sama itu mahatit(mahathir) lasis lorr...
KATAK: Cilaka lu cina,suka2 kata gua itu macam... Gua kasi lu tempoh 48 jam untuk lu semua mintak maaf secara terbuka..!!!
G/MCA: Hahahaha.. woi.. katak lu apahat ? lu sapa ? gua x mau mintak maaf lu mau bikin apa?
KATAK: Hehehehe.. xda apa gua saja2 mau gertak sama lu.. tapi lu x mau kasi muka sama wa laa.. haiya.. ini macam wa kasi lu satu buku sudah laa.. ini buku banyak mahal ooo.. 1 keping rm25.00... malu punya pasal gua sulah kena mintak derma mau beli ini buku ooo.. lu betul cilaka la.. kasi malu sama kita olang.. Persatuan Katak Semalaysia.. (PERKASA)
HAHAHAHAHA...KATAK..KATAK.... BUAT MALU NAMA MELAYU JER...
Parti Cina Buta Perlembagaan - Perkasa
Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) yang sebelum ini dianggap lantang, ekstrem dan ada kalanya kebudak-budakan berhubung tuntutan dan desakan mereka, hari ini mengubah imej itu.
Tuntutan mereka supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.
Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut 'celik sejarah' dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah, PERKASA mengambil tindakan berkenaan kerana Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun "buta perlembagaan" kerana melabelkan NGO itu sebagai rasis.
"Saya sudah bertanya kepada akar umbi parti berkenaan dan (mereka) menyatakan pandangan pemimpin itu tidak mewakili MCA dan Gerakan. Tidak semua akar umbi menyokong mereka," katanya.
Menurutnya lagi, buku tersebut juga akan diserahkan kepada dua lagi akhbar Cina - Sin Chew Daily dan China Press - yang turut didakwanya melabelkan PERKASA sebagai perkauman.
Arman Azha berkata demikian bagi mengumumkan tindakan lanjut PERKASA selepas mencabar Teng dan Low memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat lalu.
Mereka juga menuntut kedua-dua pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama. Bagaimanapun dilaporkan kedua-dua pemimpin tersebut enggan tunduk kepada desakan itu kerana beranggapan perjuangan PERKASA bertentangan dengan konsep 1Malaysia.
Ditemui Malaysiakini selepas sidang media tersebut, Arman Azha berkata, buku yang berharga RM25 itu akan dihadiahkan kepada golongan yang jahil itu minggu hadapan.
Beliau juga menafikan tindakannya itu hanyalah satu 'sindiran' dan tidak serius.
"Buku itu sudah ada. Kita akan hantar betul," kata Arman Azha.
Pada sidang media di pejabat PERKASA di ibu negara, NGO itu dilihat seolah-olah cuba 'berkempen' supaya pelbagai pihak dapat memahami kandungan perlembagaan negara.
Sehubungan itu, Arman Azha berkata, pihaknya sudah melancarkan tabung kutipan derma bagi menampung kos pembelian buku berkenaan untuk diedarkan percuma kepada orang ramai. Mereka juga mencadangkan kementerian pelajaran agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
HAHAHA.. ZOL NORDIN.. MACAM MANA BOLEH KANTOI PULAK NI ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Soo Nee dakwa Zul minta wang
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta.
Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.
“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.
Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.
Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.
Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.
“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.
Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.
“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:
Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.
“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.
Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.
Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka.
Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.
“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.
“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.
”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.
“Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
HAHAHA.. START BULAN MEI NI KITA SEMUA BOLEH MATI NAK BELI PETROL
بسم الله الرحمن الرحيم
Bulan Mei - petrol RM3.70 sen seliter ?
Jangan ada yang sasau dan naik sawan Mei depan. Sasau kerana tentu harga barang akan naik mencanak. Bukan setakat pembeli yang sasau, peniaga juga akan sasau kalau setiap hari terpaksa 'berkelahi' dengan pembeli kerana harga barang tiba-tiba jadi mahal. Kesian pembeli dan peniaga, kerana mereka 'rakyat', bukan kerajaan. Tahap sawan juga pasti meningkat, sawan 'bermusim'. Apa tak sawan? Jika sekarang ni pun rakyat teruk menjerut poket dan perut bagi meneruskan kehidupan, tentu makin teruk 'sawan'nya bila harga minyak petrol akan cecah RM3 dan lebih bulan depan. Apapun 'modal' ini sungguh berguna untuk P094, hulu Selangor !
kumanddieaf-SkyNet News Asia melaporkan minyak di Malaysia akan naik sehingga RM3.70 seliter pada 1 Mei nanti. Hidup UMNO !!! UMNO pembela rakyat.
Pergi mampos sama Cifut Anwar, petualang negara. Biar Anwar masok penjara sampai tua. Kita bela UMNO . UMNO berjasa kepada Melayu.
Pergi mampos sama Kumanddie. Pada 1hb Januari 2010 tahun ini, Kumanddie cakap Najib nak naik minyak di antara RM3.50 sehingga RM3.90 seliter. Tapi sampai sekarang tak naik-naik pon. Kumanddie nie CIA kot. Cuba nak pecah-belahkan Umat Melayu.
PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.
The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.
Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.
Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.
– SkyNet News Asia
Kahkahkah........ padan muka kita semua. Kamu semua mungkin ada yang jadi miskin selepas 1 Mei nanti. Tapi jangan risau, berita tu dah lapok. Kerajaan sudah bersetuju untuk turun sedikit harga minyak. Mungkin akan menjadi RM3.00 seliter kalau tidak silap saya. Sedikit je tu. Sikit kepala b*****..
Jadi bagi mereka yang tidak ada basikal dan motor, bolehlah menempahnya sekarang. Selepas 1 Mei nanti, bukan setakat motor kapcai naik harga, basikal tua pon mungkin akan naik harga juga.
Selepas isu minyak bermula , kita tunggu kehadiran peristiwa WW3 pula menjelma. Kita sama-sama saksikan. Wallahualam bissawab.
- albanjari
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
NAJIB UGUT SERTA PERDAYA PENEROKA FELDA ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Hulu Selangor : PAS kesal Najib ugut dan perdaya Peneroka di Pentas Felda
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunakan pentas Felda untuk mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Sabtu lepas.
Beliau yang juga Pengerusi BN mengingatkan para peneroka di Hulu Selangor bahawa BN hanya akan memberikan bantuan dan memacu kepada perubahan jika mereka memberikan kemenangan besar kepada BN dalam Pilihanraya kecil parlimen disitu. Ya! bantuan hanya diberikan jika BN menang. Beliau lupa bahawa BN telah menang besar di kesemua tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor pada 2008, tapi hari ini baru nak buat ikrar pembangunan dengan nada mengugut.
Ugutan yang berbentuk janji yang ditabur diseluruh negara, sama seperti Timbalannya Muhyiddin yang turut turun berkempen minggu lepas. Sehingga ke hari ini BN gagal memberikan jawapan berhubung isu 4 orang guru yang terpaksa tinggal didalam bilik kecil dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak tiga tahun lalu di Ulu Baram.
BN menang di Parlimen Baram pada 2008, namun nasib guru-guru ini tidak berubah. Janji perubahan dan memacu pembangunan hanya tinggal sebagai slogan Pilihanraya. Inilah juga yang akan berlaku kepada Hulu Selangor jika BN kembali disitu. Pengundi juga harus ingat bahawa, jika BN menang sekalipun, mereka hanya mampu memberikan janji kosong kerana Kerajaan negeri masih dalam tangan Pakatan.
Peneroka Felda sentiasa menjadi sasaran Najib, sedangkan hakikatnya beliau hanya menumpang kejayaan Felda yang diwariskan oleh Ayahnya, Tun Razak.
Najib memberi peringatan serius kepada warga Felda di Hulu Selangor bahawa 25 haribulan (hari pengundian) mereka kena undi BN. Hanya dengan memberikan bantuan dan kepercayaan kepada BN barulah Yayasan Kelana Ehsan akan diarahkan untuk membantu mereka. Ini jelas, gula-gula politik Najib.
PAS mengingatkan peneroka Felda agar tidak terpedaya dengan projek perumahan RM 32 juta yang turut diumumkan Najib. Projek yang terletak di kawasan Felda Soeharto seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah bakal dijual kepada para peneroka dengan harga RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.
PAS harap peneroka memahami hak mereka. Rumah ini akan dijual kepada peneroka, bukan diberikan secara percuma. Ya! bukan percuma, kena beli pakai duit peneroka sendiri. Najib mengakui bahawa mana-mana peneroka yang mahu membelinya boleh memohon pinjaman dari mana-mana institusi kewangan (Bank) atau membuat perjanjian sewa beli dengan Felda. Harus diingat bahawa harga RM 42 ribu dan RM 75 ribu ini adalah harga pokok, belum dicampur dengan kadar faedah. Dengan mengambil kira tempoh pinjaman selama 20-30 tahun, nilainya adalah sekitar RM 100 ribu-RM 120 ribu.
Tanpa mengundi BN, para peneroka masih boleh membeli rumah itu atau rumah lain yang lebih baik, kerana rumah yang bakal dibina itu bukan diberikan percuma, masih ada pilihan.
PAS juga mengingatkan para peneroka agar tidak lupa kes 25000 peneroka, yang ditindas oleh Felda. Sehingga kini Felda masih gagal memulangkan RM 425 juta duit peneroka terbabit yang disimpan dalam Tabung Tanam Semula, walaupun mahkamah telah keluarkan arahan. PAS mahu peneroka bertanya kepada Felda, ke manakah duit itu telah pergi hingga mereka tidak mampu mengembalikannya kepada peneroka yang menuntutnya?
Jika wang tabung pun boleh lesap, inikan pula projek perumahan yang baru dipecah tanah. Peneroka juga jangan lupa bahawa banyak lagi projek perumahan yang masih terbengkalai diseluruh negara, dan perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku, walaupun ketika itu peneroka sudah dikehendaki membayar duit pinjaman Bank. Di mana Felda mahu cari duit RM 32 juta untuk selesaikan projek berkenaan sedangkan hutang RM 425 juta belum mereka selesaikan?
PAS yakin, peneroka yang bijak akan menolak BN. Fikir-fikirkanlah sebelum anda menyesal dikemudian hari.
PAS mengingatkan Perdana Menteri agar sedar kedudukannya dan tidak mengunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk turun berkempen di Hulu Selangor. Gaji beliau semasa turun memecah tanah pada sabtu lepas di Felda Soeharto adalah dibayar dari duit rakyat bukan duit BN. Beliau perlu hormati tarikh sebenar dan tidak berkempen mengunakan jentera Kerajaan sebelum hari penamaan calon. Kalau mahu berkempen gunalah jentera BN sepenuhnya, jika tidak rakyat dengan jelas sudah melihat bahawa jentera BN begitu lemah sehingga terdesak meminjam jentera Kerajaan yang digajikan dengan duit rakyat.
PAS menyeru agar seluruh jentera Pakatan terus mengasak BN di Hulu Selangor dan seluruh negara. Pastikan gambar-gambar jentera Kerajaan yang BN gunakan diambil dan disebarkan untuk perhatian rakyat.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
HATI-HATI JIKA MENGUNAKAN PC DITEMPAT UMUM.. PENTING...!!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
For your information...be careful
HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai. GuaNo GamOk

(update usb keystroke image )
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, April 5, 2010
ISTERI SEKSI GILA, TUNGGU LA SUAMI KENA SEKSA
بسم الله الرحمن الرحيم
Bung Bersama Isterinya Yang Seksi Gila...!! Fuhhh...!!!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KO NI DAH GILA KE DAH BUANG TEBIAT ?
بسم الله الرحمن الرحيم
K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.
Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.
"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - malaysiakini.
Apa punya bodoh la si mr.bean ni buat kenyataan mcm ni. Ushar kakitangan awam sokong kerajaan naikkan cukai barang2 dan perkhidmatan lepas tu naikkan gaji mereka. kira ok la tu kan. Habis tu org yang kerja kilang ni? org yg kerja kebun? nelayan? petani? yang miskin yang merempat ni siapa yang nak naikkan gaji mereka? barang2 jadi mahal, perkhidmatan kena bayar lebih. gaji mereka tetap mcm tu jugak. gila punya kenyataan!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, April 4, 2010
WANITA UMNO NI, TAK PUAS HATI KEDAI KENA ROBOH NAK SURUH ORANG BUAT "TIGER SHOW" PULAK..
بسم الله الرحمن الرحيم
Isteri Ketua Cawangan Umno cuba membogelkan wanita di Johor
Seorang wanita yang didakwa isteri kepada seorang Ketua Cawangan Umno dari Johor bersama seorang rakannya telah bertindak di luar batasan manusia waras apabila cuba bertindak melondeh pakaian seorang wanita dengan tujuan untuk membogelkannya.
Menurut mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu, isteri Ketua Cawangan Umno itu telah mendatangi beliau untuk menarik pakaiannya dengan niat untuk membogelkannya, namun secara tiba-tiba, perlakuan itu dihentikan kerana anak jiran wanita terbabit keluar.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat (gambar) dalam blognya, beliau telah didatangi seorang wanita bersama suaminya mengadu perlakuan buruk yang dilakukan isteri Ketua Cawangan Umno itu malam tadi.
“Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya”, kata Suhaizan.
“Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya.
Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu.
“Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain”, jelasnya lagi dalam blog http://kentong-suhaizan.blogspot.com.
Difahamkan, tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini.
Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.
Menurut Suhaizan lagi, isteri Ketua Cawangan Umno itu bertindak mengugut mangsa untuk membogelkannya kembali di khalayak ramai jika mereka bertemu lagi selepas tindakan pertamanya untuk membogelkan wanita itu tidak kesampaian kerana anak jiran wanita nampak.
“Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi.
“Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini”, jelas Suhaizan dalam blognya.
Suhaizan juga menjelaskan wanita itu berada dalam keadaan yang malu, geram dan benci.
“Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini.
“Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya.
“Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku”, jelasnya lagi.
Menurut Suhaizan yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, semua rakaman perbualan dan gambar berkaitan aduan itu ada dalam simpanan beliau. Sambil menyatakan, menunggu masa untuk dikeluarkan. - warkahdaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KASI POTONG ITU SEMUA SUBSIDI.. RAKYAT BODOH NI BUKAN BOLEH BUAT APA PUN
بسم الله الرحمن الرحيم
KERAJAAN KAJI PEMBERIAN SUBSIDI – berita hairan
Ismail Sabri Yaakob (gambar), berkata kerajaan sedang mengkaji pemberian subsidi kepada rakyat yang berjumlah RM73 bilion melalui pengwujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi.
Beliau berkata, makmal itu diketuai Idris Jala, dan dijangka menyiapkan cadangan dan kajian berkenaan sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.
"Kajian itu termasuklah apa juga berkaitan subsidi sama ada makanan, perkhidmatan, tol, tarif elektrik, pertanian, pelajaran dan sebagainya. Ia dibuat untuk melihat sama ada berlaku pertindihan, rasionalnya dan di mana yang perlu dibaiki, dikurangkan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
KENAPA KERAJAAN TAK ADA BUAT KAJIAN TETANG KOMISEN KAPAL SELAM…
KENAPA KERAJAAN TAK BUAT KAJIAN TENTANG BANGUNAN YANG RUNTUH RUNTUH… …
KENAPA KERAJAAN TAK BUAT KAJIAN TENTANG BERAPA BANYAK DUIT LINGKUP KERANA RASUAH…
KENAPA KERAJAAN TAK BUAT KAJIAN PROTON JUAL KERETA KAT NEGARA LUAR MURAH-MURAH JER TAPI JUAL KAT RAKYAT SENDIRI MAHAL NAK MAMPOS.. ?
KENAPA ASIK ASIK NAK GANGGU DUIT SUBSIDI ?
- TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
48 JAM BUAT LAWAK BERSAMA PERSATUAN KATAK SEMALAYSIA (PERKASA)
بسم الله الرحمن الرحيم
Gerakan, MCA enggan tunduk
KUALA LUMPUR 3 April - Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.
Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.
Hock Nam berkata, ucapan pemimpin dalam Mesyuarat Agung Perkasa pada 27 Mac lalu banyak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh memecah belahkan perpaduan di Malaysia.
"Saya membawa ideologi parti Gerakan yang menentang perkara yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Perkasa mahu Hock Nam dan Chew June serta dua akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.
Selain itu, Perkasa turut mendesak Hock Nam dan Chew June untuk memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana melabelkan ucapan beliau sebagai menjijikkan dan bersifat perkauman semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan.
Hock Nam berkata, persidangan tersebut ada menyebut bahawa kaum Cina akan merampas Malaysia pada masa akan datang dan ini sama sekali tidak benar.
"Ini jelas menyentuh isu perkauman dan tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemimpin. Dalam perlembagaan ada menyebut bahawa tiada diskriminasi ke atas mana-mana kaum dan agama di negara ini,'' jelasnya.
Hock Nam turut menafikan beliau menyebut ucapan Dr. Mahathir sebagai menjijikkan sebaliknya berkata, kenyataannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu. - utusan
BS: Alo bapak katak bersama anak2 katak yang pantang dicabar.. 48 jam dah berlalu dah. Mereka yang ko suruh minta maaf pun dah terang2 kata tak nak minta maaf.. jadi apa keputusan korang sekarang ni? nak kluarkan keris berkarat ko tu lagi ke? atau nak merajuk ? Atau kat sini aku nak bagi cadangan.. ko pegi la jumpa dia org tu suruh dia org pura2 buat kenyataan maaf. klau x segan la UMNO dan PERSATUAN KATAK SEMALAYSIA nanti. Tengok gambar adnan yaakub kat atas tu. Aku tujukan khas buat korang semua... hehehee
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
DAH LA SAKIT, KENA ROGOL PULAK
بسم الله الرحمن الرحيم
Doktor rogol pesakit. Aku dapat info ni DI SINI. Parah doktor ni, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, bahaya pesakit kalau dapat doktor yang gila seks ni.





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Saturday, April 3, 2010
SIAPA YANG GUNA KERETA PRODUA KELISA DAN PROTON SAVVY SILA AMBIL PERHATIAN...!!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Pergh.. slumber jer dia org kata kereta ni kereta murah...!!! Macam sampah jer dia org buat kereta nasional kebangaan kita semua ni kan. Kalau kat Malaysia bergolok bergadai cari duit nak bayar bulanan sampai 10 tahun. Tonggang terbalik dalam riba nak rasa pakai kereta ni. Sampai 3-4 kali kena tarik dgn bank. Dekat sana kereta kebangaan kita ni dikira kereta bangsat je. Siap ketawakan lagi plak tu... x patut.. x patut.. hehehehe
Amacam produa dan proton? tak nak saman TOP GEAR ke? hehehe...
"Gunakanlah barangan buatan malaysia, MAHAL dan TIDAK BERKUALITI " hehehe...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU.. LAGI DAN LAGI.. RAKYAT DIBODOHKAN KOCEK MENTERI DIPENUHKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Cerita ni dah lama dah pun.. dan aku dah pernah postingkan pun. cuma ni kira ulang siar je la untuk mereka-mereka yang belum tahu. Hanya nak bagi tahu pada korang semua bahawa rakyat malaysia adalah rakyat terbodoh di dunia kerana mempunyai kerajaan paling bangang sekali dalam abad ini. Silakan menjamu minda... Org umno kalau terbaca ni sila komen kasi kaw-kaw punya.. agar diri tu nampak lebih bodoh serta bangang...
(Harga kereta malaysia di Arab Saudi. klik pada image untuk besarkan )
NOTA BANDINGAN
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
(tengok kereta yang di eksport tu.. siap sport bumper dan spoiler bagai)
1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673
Nak hantar ke Arab Saudi siap kena bayar pengankutan (kapal), tapi murah jer proton jual kereta dgn org Arab. Rakyat Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !
RM31,126.97 lebih MAHAL dari Arab Saudi! Body pun buat guna tin sardin jer. Asal boleh jalan sudah. Siapa yang bodoh ?
Nak tengok lagi harga kereta malaysia kat luar negara ? korang boleh klik DI SINI dan DI SINUN hehehee
Amacam penyokong kerajaan BN... terasa bodoh x?
RAKYAT MALAYSIA SENTIASA DIDUNGUKAN...!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MELALUT LAGI SI HARUS SANA SINI NI
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku pening dan keliru dengan kenyataan Harussani Mufti UMNO nih..
Kata Harussani ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud. Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.
Dan Harussani juga telah berkata “Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir. Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas.Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas. Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.
Harussani berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir tapi dalam masa yang sama dia juga berkata minum arak terletak dibawah hudud.. Jadi kalau minum arak terletak dibawah hudud mengapa takzir yang dikenakan?
Lu kasi wa pening la Ustaz…..
Jadi untuk menghilangkan kekeliruan ini, aku pun referlah isu ini kepada seorang sahabat, ini jawapannya jika Harta dan Kesenangan duniawi tidak dihiraukan…
Di dalam hal pelaksanaan hududullah, Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah belas kasihan (ra’fah) kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah” [TMQ an-Nur (24):2].
Hudud adalah termasuk di dalam kategori hukuman yang tidak boleh ditarik balik atau diberi pengampunan. Jika kesalahannya telah terbukti atau adanya pengakuan, maka had hendaklah dijatuhkan.
Rasulullah SAW sungguh marah atas tuntutan pengampunan yang diajukan oleh Usamah terhadap seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri, dengan sabdanya
“Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kalian disebabkan apabila ada orang terhormat mereka mencuri,dibiarkan, akan tetapi apabila pihak yang lemah mencuri, dipotong tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya”.
Hadis ini menunjukkan bahawa langsung tiada kompromi dalam soal pelaksanaan hudud, malah Rasulullah dengan begitu tegas bersabda bahawa jika anak baginda sendiri mencuri, maka tangannya tetap akan dipotong.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Had yang ditegakkan di muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada turunnya hujan selama 40 hari”.
Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa memberikan pengampunan dengan tidak melaksanakan had dari hududullah
maka ia telah menjadi pembangkang perintah Allah”.
Kesalahan Meminum Arak adalah Kesalahan Had
Kesalahan meminum arak adalah termasuk dalam bab hudud. Kalimah had atau hudud ini bermakna hukuman kepada pelaku maksiat yang melanggar hak Allah. Dalam hudud, tidak ada pemaafan, baik dari hakim mahupun si pendakwa. Malah tidak ada sesiapapun boleh mengampunkannya walau pemerintah sekalipun.
Ini kerana hudud merupakan hak Allah secara mutlak. Oleh itu, siapa pun tidak boleh menguggurkannya dalam apa jua bentuk dan keadaannya [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki,hal 12].
Arak diharamkan berasaskan dalil yang qathi’e di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijmak Sahabat. Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan...” [TMQ Al-Maidah (5):90].
Adapun uqubat (hukuman) untuk peminum arak juga telah dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi SAW dan juga Ijmak Sahabat iaitu peminum arak wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan.
Imam Tarmizi mengeluarkan dari Abi Said,
“Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma”.
Dalam hadis lain dari Abi Said,
“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.
Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,
“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalahSunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” [Sahih Muslim].
Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya”[Hasan Sahih: Ibnu Majah & Nasa’i].
Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79),kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya. Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan.
Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak.
Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika.
Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undangundang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah.
Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu!
Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.
Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi.
Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud, “Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.
Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan.
Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,
“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki].
Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau
menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.
Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah.
Apakah kita masih mahu membiarkan pemimpin yang rosak dan sistem yang rosak ini terus menaungi kita? Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular?
Terima Kasih ya sahabat atas penjelasan.. - Anak Sungai Derhaka
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GADIS 15 TAHUN TAK TAHAN NAK KAHWIN
بسم الله الرحمن الرحيم
Gadis pintar: 'Tunai janji lepas nikah'
LANGKAWI: “Apa saja yang berlaku, saya mahu Halimaton terus bersekolah,” kata Normah Abd Mutalib, 46, ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, yang akhirnya dibenarkan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohamad Noor Abdullah, 19, apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menikahkan mereka dalam tempoh terdekat ini selepas berbincang selama tiga setengah jam, di sini, awal pagi semalam.
Normah ketika ditemui semalam, turut berpesan kepada bakal menantunya itu supaya menunaikan janjinya iaitu membenarkan Halimaton, antara pelajar terbaik UPSR Kedah 2007, terus bersekolah walaupun sudah bergelar isterinya.
“Saya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh... dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.
Normah kelihatan tertekan dan kusut dengan situasi itu, tetapi reda dengan apa yang berlaku.
“Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.
Perbincangan disertai Normah dan beberapa saudaranya bersama keluarga Mohamad Noor yang diwakili ibunya, Azizah Senapi, 49, dan bapa tirinya, Abd Razak Md Hashim, 51, diadakan di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan, di sini.
Ia berakhir pada jam 2.04 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju pasangan remaja itu dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh dan turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertolak ansur.
Terdahulu, perbincangan peringkat pertama di hadapan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Ismail Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di antara jam 10.30 malam hingga 11.45 malam kelmarin menemui jalan buntu.
Normah juga dilihat hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas perbincangan peringkat pertama di IPD Langkawi dalam suasana tegang gagal.
Malah, turut berlaku situasi tegang di pekarangan IPD Langkawi ketika Halimaton mahu dibawa ke rumah Norsaidi apabila remaja terbabit menjerit dan memarahi sekumpulan jurugambar media dengan berkata, “Awat, Kodak banyak sangat ke?” Ketika mahu dibawa ke rumah berkenaan, Halimaton juga enggan menaiki kereta bersama ibunya, sebaliknya mahu menaiki kereta lain bersama ibu Mohamad Noor. Bagaimanapun, remaja terbabit akhirnya mengalah apabila diminta saudaranya supaya menemani ibunya.
Halimaton sebelum ini dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu. Dalam tempoh itu, gadis yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu tinggal bersama keluarga Mohamad Noor di Kampung Kisap, di sini.
Halimaton sebelum ini ketika ditemui berkata, dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Norsaidi ketika ditemui berkata, perbincangan yang menyaksikan situasi menang-menang itu turut memutuskan supaya Halimaton akan meneruskan persekolahan selepas dikahwinkan dengan pemuda pilihannya dan ia adalah janji dibuatnya sendiri.
“Selain itu, kedua-dua pihak juga masing-masing bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan malam ini menjadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Khairul berkata beliau bersyukur kerana perbincangan yang berlangsung dalam suasana tegang pada peringkat awal berakhir elok selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk mengahwinkan pasangan berkenaan.
“Insya-Allah saya akan balik ke Baling dan berbincang lanjut dengan bapa Halimaton selaku wali untuk selesaikan urusan permohonan nikah di Pejabat Agama Daerah Baling kerana dia masih di bawah umur.
“Kalau urusan (memperoleh kebenaran Mahkamah Syariah) selesai hari ini (semalam), rombongan lelaki dari Langkawi akan bertandang ke Baling pada Ahad ini"
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, April 2, 2010
RAKYAT DIUTAMAKAN MATI DAHULU
بسم الله الرحمن الرحيم
Anak dakwa ibu dibiar 30 minit tanpa rawatan.
KUCHING: Seorang wanita mendakwa ibunya yang sedang kritikal dibiarkan hampir 30 minit di lorong Wad Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan tidak dihiraukan kakitangan perubatan yang bertugas ketika itu sehingga meninggal dunia akibat lewat menerima rawatan. Safinah Dinel, 29, dari Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, dekat sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari 16 Mac lalu, ibunya, Rakiah Bujang, 66, diarah menjalani pemeriksaan X-ray di hospital berkenaan bagi mengesan jika ada ketumbuhan pada paru-parunya. Beliau berkata, ibunya sebelum itu dimasukkan ke hospital pada 7 Mac kerana paru-paru berair, tetapi kembali stabil sembilan hari kemudian dan mampu bergerak sendiri serta dijangka dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pemeriksaan X-ray berkenaan.
“Saya turut mengiringi ibu ke wad kecemasan menaiki ambulans hospital namun jururawat yang sepatutnya bersama kami di belakang, duduk di depan bersama pemandu. Sejurus tiba di wad kecemasan, ibu tiba-tiba sesak nafas dan meminta bantuan alat sokongan pernafasan. “Bagaimanapun Penolong Pegawai Perubatan (MA) yang bertugas sekadar melihat. Ada beberapa MA di kaunter wad kecemasan tetapi mereka tidak menghiraukan rayuan saya supaya rawatan segera diberikan kepada ibu,” katanya ketika ditemui, semalam. Safinah berkata, seorang doktor muncul kira-kira 30 minit kemudian dan mengarahkan ibunya segera dibawa mendapatkan rawatan, tetapi Rakiah yang turut menghidap diabetis dan kanser disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari berkenaan dipercayai akibat serangan jantung.
“Doktor bertugas memaklumkan ibu meninggal dunia sebelum sempat dimasukkan ke wad kecemasan. Apa yang saya kesalkan, kakitangan perubatan di wad itu tidak berbuat apa-apa, manakala pemandu ambulans pula menyuruh ibu yang kritikal segera turun dari pengusung kerana tidak mahu menunggu lama.
“Kami reda dengan pemergian ibu namun apa yang mengecewakan adalah cara layanan kakitangan hospital yang membiarkan arwah di lorong kecemasan walaupun keadaannya kritikal,” katanya yang bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan lanjut kerana menerima kejadian itu sebagai takdir.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zulkifli Jantan, ketika dihubungi meminta Safinah membuat laporan kepada pihaknya agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan.
"Kita memerlukan laporan mengenai kejadian ini dan saya jamin ia akan disiasat sebelum sebarang tindakan dapat diambil. Berdasarkan maklumat awal daripada media, dakwaan ini agak mengejutkan kerana HUS mempunyai kakitangan secukupnya bagi mengendalikan kes kecemasan," katanya.
Sumber : Berita Harian, 28/03/2010
Inilah Nasib Rakyat Dalam Dunia Kapitalisme
Di dalam dunia Kapitalisme jika anda ingin mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik maka anda perlu ada wang. Jika tidak, mungkin anda akan menerima nasib yang sama seperti kisah warga emas di atas. Pihak hospital tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana ia juga berkaitan dengan bilangan kakitangan dan kemudahan yang diperuntukkan kepada mereka oleh kerajaan Kapitalisme. Jika dibandingkan dengan peruntukkan dan penyelewengan di sektor lain, kerajaan yang memerintah terbukti gagal (atau enggan?) menyalurkan peruntukkan yang lebih wajar untuk rakyat di dalam perkhidmatan kesihatan. Bak kata pepatah: ’sekadar melepas batuk di tangga’.
Cuba bayangkan, apakah perasaan kita jika berada di pihak si anak arwah warga emas di atas? Dalam dunia Kapitalisme segala-galanya berorientasikan untung dan manfaat semata-mata. Kes di atas adalah sebahagian daripada kisah suka dan duka yang dialami oleh warganegara yang hidup di dalam dunia yang menerapkan Kapitalisme sebagai sistem kehidupan. Hatta negara Kapitalisme besar dunia iaitu Amerika sendiri yang kononnya adalah negara yang menjunjung hak asasi manusia juga tidak terlepas dari krisis kesihatan ini. Saat ini di Amerika, perkhidmatan kesihatan tidak dilihat sebagai suatu tanggungjawab yang wajib disediakan secara percuma oleh negara tetapi ianya dilihat sebagai hak istimewa. Rakyat perlu mempunyai insuran kesihatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Cerita yang hampir sama dapat kita temui di dalam kebanyakan negara Kapitalisme.
Alangkah sengsaranya hidup di dalam dunia Kapitalisme? Keadaan ini tidak akan kita dapati di dalam Daulah Islamiyyah, negara Khilafah. Sejarah kegemilangan Khilafah di dalam mengurusi kehidupan rakyatnya termasuklah di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan telah menjadi bukti yang cukup jelas bahawa Khalifah akan melaksanakan suatu polisi kesihatan yang terbaik untuk rakyatnya kerana ia menyakini bahawa tanggungjawab untuk mengurus urusan umat ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak dan bukan hanya semata-mata untuk menjaga dan melindungi dirinya daripada kritikan rakyat di bawah jagaannya. Catatan sejarah membuktikan semasa kegemilangan Khilafah pada zamannya, Khalifah telah menyediakan banyak hospital kelas satu dan doktor di beberapa bandaraya: Baghdad, Damaskus, Cairo, Jerusalem, Alexandria, Cordova, Samarkand dan banyak lagi. Bandaraya Baghdad sendiri memiliki 60 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalaman dan juga sebagai pesakit luar dan memiliki lebih dari 1000 orang doktor.
Hospital seperti Bimaristan al-Mansuri, yang didirikan di Cairo pada tahun 1283, mampu menampung seramai 8000 orang pesakit dalam satu-satu masa. Ada 2 orang pembantu hospital untuk setiap pesakit yang bertugas untuk membantu pesakit agar mendapatkan layanan yang terbaik dan kemudahan yang secukupnya dan setiap pesakit mendapat ruang tidur dan tempat makan sendiri. Para pesakit yang ditahan di hospital mahupun pesakit luar diberi makanan dan ubat secara percuma.
Di samping hospital, klinik bergerak juga ada disediakan untuk memberikan rawatan perubatan kepada golongan cacat dan penduduk yang tinggal di kampung-kampung. Khalifah Al-Muqtadir Billah, memerintahkan bahwa setiap klinik bergerak mesti melawat setiap kampung dan berada di sana selama beberapa hari sebelum pindah ke kampung berikutnya. Inilah sebahagian dari tinta emas yang tercatat didalam sejarah kegemilangan Khilafah Islam. Maka dengan itu sudah sampai masanya Khilafah itu memimpin dunia.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
DUA REMAJA ISLAM RENTASI SELAT MELAKA
بسم الله الرحمن الرحيم 
TELUK KEMANG, 28 Mac – Sepasang adik beradik hari ini melakar sejarah manis apabila berjaya melengkapkan renangan tanpa henti merentasi Selat Melaka sekali gus mengukir nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori berasingan. Zahra Ma‘soumah Abdul Halim, 18, dan Salman Ali Shariati Abdul Halim, 12, melengkapkan renangan sejauh 60 kilometer (km) bermula dari Tanjung Medang, Pulau Rupat, Indonesia dan berakhir di pantai Batu 4 dekat sini. Salman yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.20 petang semalam itu tiba di sini pada pukul 12.20 tengah hari dengan catatan masa renangan 23 jam. Hasil kejayaan itu, Salman kini memegang rekod sebagai perenang termuda bagi jarak jauh.
Sementara itu, Zahra yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.40 petang dari Pulau Rupat berjaya menamatkan renangan dengan masa sama iaitu 23 jam apabila tiba pukul 12.40 tengah hari. Bagi Zahra, kejayaan itu menjadikan dirinya sebagai wanita pertama negara ini untuk berenang jarak jauh.
Menurut Salman yang sudah dua kali mengukir nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), kejayaan tersebut merupakan renangan peringkat antarabangsa yang berjaya ditamatkan olehnya. ‘‘Saya gembira dan bersyukur kerana selamat pulang dan tidak menghadapi sebarang masalah ketika ingin melengkapkan renangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Zahra pula, walaupun keletihan tetapi kejayaan tersebut amat bermakna bagi dirinya kerana Selat Melaka merupakan salah satu lokasi sasaran dalam ekspedisi renangan samudera ekstrem lima benua (5XOE). ‘‘Selat Melaka merupakan selat yang tersibuk di dunia dan kejayaan ini amat berharga buat saya dan saya mempunyai empat lagi destinasi renangan untuk dilengkapkan,” katanya. Ditanya mengenai cabaran sepanjang mengharungi laut Selat Melaka selama 23 jam, dua beradik itu memberitahu, cuaca menyebelahi mereka tetapi arus kuat membuatkan mereka sedikit tersasar serta melambatkan renangan.
Dalam pada itu, bapa mereka, Dr. Abdul Halim Manaf yang memantau renangan kedua-dua anaknya itu ketika ditemui memberitahu, beliau bersyukur kerana mereka berjaya menamatkan renangan dengan selamat. ‘‘Semalam saya dimaklumkan bahawa cuaca diramalkan hujan dan ribut, bagaimanapun ia tidak berlaku dan saya amat bersyukur .
‘‘Namun, arus laut amat kuat sehingga menyebabkan jarak renangan yang sepatutnya hanya 50km menjadi 60km ekoran tersasar,” jelasnya.
Tambah Abdul Halim, selepas ini, kedua-dua anaknya itu akan cuba mencipta rekod baru dengan berenang merentasi Selat Cookes, New Zealand; Selat Jibrata, Spain- Morocco;
Selat Inggeris dan Lautan Trans Alantik (benua Amerika - benua Eropah). Sementara itu, wakil MBR, Azrene Abd. Manap ketika ditemui mengesahkan keputusan dan catatan masa itu.
Sumber: Utusan Malaysia, 28/3/2010
Rentasan Yang Bermakna dan Yang Tidak Bermakna
Pada tahun 711 Masihi, seorang panglima tentera laut Khilafah Umayyiah, Thariq bin Ziad dengan sejumlah kapal perang dan kelasi-kelasi beliau yang berketurunan Afrika melakukan rentasan menyeberangi Jabal Thariq (Selat Gibraltar) yang menjadi titik permulaan tamadun Islam yang cemerlang dan gemilang di Andalusia (Sepanyol) selama 800 tahun lamanya. Beliau mengarahkan tentera-tentaranya membakar kapal-kapal mereka sebaik sahaja mendarat di bumi Andalusia sebab mereka tidak berhajat untuk berundur balik ke benua Afrika, tetapi mereka telah memberikan diri mereka dua pilihan, sama ada berjuang membuka wilayah Andalusia kepada Islam atau mati syahid di dalam peperangan. Akhirnya mereka menang di dalam peperangan tersebut dan bermulalah sejarah penguasaan Islam di bumi Eropah yang menyaksikan Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang menjadi lampu penyuluh kepada seluruh benua Eropah yang berada di dalam zaman kegelapan sesudah kejatuhan empayar Rom. Sehingga sekarang selat yang direntasi oleh beliau dengan bala tentera lautnya dikenali sebagai Jabal Thariq atau Selat Gibraltar, dan nama Thariq terpahat di dalam sejarah Islam sebagai penglima tentera laut yang amat mahsyur dan ternama.
Perbezaan rentasan yang dibuat oleh Thariq adalah menggunakan kapal perang, sementara rentasan yang dibuat oleh kedua adik beradik tersebut menggunakan kekuatan fizikal mereka. Perbezaan keduanya adalah rentasan yang dibuat oleh Thariq adalah sungguh bermakna di dalam sejarah Islam sebab ia membawa kepada titik permulaan kepada tamadun Islam di benua Eropah. Sementara rentasan yang dibuat oleh kedua adik-beradik tersebut hanya mahu mendapat nama di dalam Malaysian Books of Records. Paling penting sekali ialah untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia yang bersemangatkan “Malaysia Boleh” pun boleh berenang jarak jauh merentas lautan yang luas tetapi sayang, apa yang dilakukan itu di sisi Allah adalah tidak bermakna sebab ia sedikit pun tidak dapat membela atau membawa kepada perlaksanaan hukum Allah di mukabumi ini.
Sesungguhnya generasi muda di dalam Islam adalah golongan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat penting di dalam melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini. Pada awal perkembangan Islam di Makkah, sebahagian besar individu-individu yang memeluk Islam seperti Ali Abi Thalib, Jaafar Abi Thalib, Talhah, Arqam, Zubair, Abdullah Mas’ud dan Saad Abi Waqqas berumur hanya belasan tahun atau kurang dari belasan tahun, dan merekalah pemuda-pemuda yang telah menggerakkan dakwah sehingga Daulah Islam yang pertama tertegak di Madinah.
Generasi muda juga menjadi sasaran Barat untuk melemahkan Islam, sebab Barat mengetahui bahawa sebahagian besar penduduk di negara umat Islam terdiri daripada golongan ini. Oleh itu, golongan tersebut selalu disibukkan dengan perkara-perkara yang mengasyikkan seperti hiburan, muzik, filem yang tidak mendatangkan faedah dan jauh sekali daripada perjuangan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini.
Wa Allahu A’lam.
- jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PEKASAM IKAN PUYU
بسم الله الرحمن الرحيم 
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (boleh pelbagai jenis ikan).
CARA-CARA
1)Ikan disiang serta di cuci sebersi-bersihnya dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA' - Sumber
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
YB HAMIDAH YANG BANGANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Hamidah "Menipu" Anak Yatim?
MERIAH Program Sukaneka Surau Al-Falah tetap meriah dan mendapat sambutan hangat dari penduduk walaupun tanpa sumbangan dari YB Hamidah.
Taman Song Choon, Ipoh - Sama ada disengajakan atau tidak, tindakan Umno Gopeng berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman (gambar kiri) meminta anak-anak yatim dari rumah Darussalam Simpang Pulai untuk datang ke program yang dibatalkan amat dikesali.
Kejadian tersebut berlaku semasa program "Moh Ke Surau" anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang diadakan pada 28 Mac yang lepas. Kehadiran anak-anak yatim tersebut walaupun tanpa jemputan rasmi telah menyebabkan AJK surau dan AJK pelaksana program tidak mampu menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak-anak yatim tersebut.
" Kami agak kesal kerana tidak mampu menyediakan jamuan istimewa kepada anak-anak ini kerana tiada siapa yang memaklumkan tentang kehadiran mereka" Kata En. Zulkifli Tafsiron, Pengerusi Surau Al-Falah Taman Song Choon.
Persoalan siapa yang menjemput mereka akhirnya terjawab apabila wakil dari Rumah Anak Yatim Darussalam memberitahu mereka diminta hadir oleh wakil YB Hamidah ke program anjuran Umno dan mereka tidak dimaklumkan tentang pembatalan program tersebut. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tindakan tidak wajar dari umno.
" Kami amat mengalu-alukan kedatangan anak-anak ini, tetapi kami agak kasihan kepada mereka kerana tiada jamuan istimewa kerana pihak kami tidak dimaklumkan awal tentang kehadiran mereka " Kata En. Nazmi, Timbalan Pengarah program tersebut. Beliau menambah lagi akibat dari tindakan umno tersebut ada di kalangan anak-anak yatim tidak mendapat makanan kerana kehadiran di luar jangka dari penduduk tempatan.
Walaubagaimanapun, pihak AJK surau Al-Falah telah mengambil keputusan untuk menyiapkan lauk bagi jamuan malam anak-anak yatim tersebut. Beberapa orang wakil surau telah bertemu pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk menyerahkan sumbangan dan juga memohon maaf atas kekurangan layanan kepada anak-anak yatim pada program tersebut akibat tindakan tidak wajar dari YB Hamidah. - dppgopeng
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..