Pandangan Teman: Beberapa Isu Berkaitan Dengan Pas.Teman dah tulis sebelum ini bahawa dasar islam sesebuah parti tidak menjamin parti tersebut akan menjadi sebuah gerakan Islam yang tulin dan sanggup melaksanakan kebenaran dan keadilan islam yang murni dalam dunia realiti. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan hanyalah satu langkah permulaan .
Apa yang penting selepas daripada itu ialah isi perjuangan dan kepimpinan pula perlulah terdiri dari sejumlah insan tuhan yang pintar dan berkesan dalam memimpin berdasarkan roh islamiah , terutama dalam menghadapi suasana kini yang jelas serba kacau bilau dengan pelbagai aliran pemikiran yang songsang.
Tak semestinya seorang yang kelihatan berilmu tinggi, zuhud, berserban besar , berjubah labuh dan berjanggut lebat serta panjang boleh sewenangnya dilantik sebagai pemimpin.
Rasulullah S.A.W , peribadi agung yang diiktiraf oleh Allah sebagai kekasihNYA ,pun mempunyai para sahabat yang zuhud dan mempunyai taraf kealiman yang tinggi , tetapi tidak kesemua mereka dilantik menjadi pemimpin/ketua. Mengapa? Rasulullah S.A.W melihat kepada kualiti kepimpinan dalam setiap diri para sahabatnya. Para sahabat yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, diserahkan dengan tugas lain yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam, seperti menjadi pendakwah sepenuh masa yang juga merupakan tugas yang mulia.Dalam hubungan ini, teman pernah tak bersetuju dengan anjuran TGNA supaya UMNO mengubah dasarnya kepada Islam dan Pas , kata TGNA lagi, akan segera dibubarkan . Seperti yang berulangkali teman tegaskan , perubahan dasar tak akan membawa apa-apa erti selagi jelas dan nyata para pemimpin Parti Melayu itu masih meneruskan kezalimannya , korup, bangang dan tersangat celaka terhadap perjuangan Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Oleh kerana itu teman mahukan Parti atau mana-mana organisasi yang berjuang atas dasar Islam mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang efektif, berjiwa besar, pantas , rajin bekerja, bijaksana, cerdik , adil, mempunyai kemahiran MENDENGAR yang tinggi( inilah kemahiran komunikasi yang senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan) dan yang seumpama dengannya.
Teman memang benci dengan UMNO kerana kemunafikan yang jelas bagi orang yang melihat dengan mata kasar secara objektif dan matahati. Tetapi maniskah bahasa teman, kalau teman katakan , Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam yang merupakan parti harapan rakyat Malaya hari ini, semakin hanyut kerana sebilangan barisan kepimpinannya yang kelihatan seperti semakin bebal dan meleset?
Ada orang kata, Pas semakin menyimpang dari dasar perjuangannya. Bukan!!!. Yang menyimpang adalah para pemimpin Pas yang kelihatan tidak adil dan cerdik bahkan yang paling teruk ialah berpenyakit pekak walaupun ada telinga yang disahkan 'normal' tetapi kurang mahu mendengar hati nurani ahli dan penyokongnya .
Ini adalah persepsi teman setelah memerhatikan kelakuan dan tindakan sebilangan pemimpin Pas sejak setahun dua ini. Teman rasa, teman bukan keseorangan merintih melihat kebebalan sebilangan pemimpin Pas dalam mengharungi medan politik yang semakin mencabar.
Teman tak mahu menyenaraikan isu-isu yang menyangkut tentang kebebalan setenggah pemimpin Pas kerana tidak baik untuk diungkit perkara yang sudah berlaku. Cukuplah dijadikan panduan dan sempadan dan tidak diulangi lagi.
Cuma , teman hari ini ingin menyatakan dengan sedihnya bahawa Jawatankuasa Disiplin Pas yang melakukan siasatan ke atas kesalahan dan mengenakan tindakan disiplin ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali kelihatan amat mengelirukan dan tidak adil.
Alangkah baiknya nasib orang yang jelas terbukti beberapa kali mencederakan reputasi Pas dan PR , sekadar diambil tindakan 'amaran' , dan tidakkah malang nasib orang yang pernah di'Isakan' kerana perjuangan Islamnya dan sering muncul ke depan membela Pas dan Pakatan Rakyat sehingga dibenci oleh parti gerombolan, dikenakan tindakan disiplin yang lebih berat?Inikah rupabentuk keadilan Islam? Atau adakah ianya sebuah permainan yang telah siap diatur siapa pemenangnya?
Mungkin ada segelintir ahli Pas yang kurang 'wisdom' akan berkata: "Kamu boleh dengan senang mengkritik sebilangan pemimpin Pas dibalik PC atau lap-top kamu, tetapi pemimpin Pas yang ada sekarang telah berjuang dengan susah payah , siang dan malam".
Maka teman jawab: "kalau tak mahu berjuang dengan susah payah, berhenti jadi pemimpin. Kalaulah berjuang dengan dengan susah payah melalui pidato yang berapi-api tetapi tak ada kemahiran mendengar , letak jawatan menjadi pemimpin dan lebih awla dan afdhol mengajar kitab kat Masjid".
Ah, panjang teman menulis kali ini . Lama benar teman tak update blog. Teman bukan sihat sangat. Tetapi oleh kerana tak mampu memendam rasa sedih dengan tindakan sebilangan pemimpin Pas, teman cuba sedaya upaya menulis hari ini.
Dan bukan tujuan teman sengaja menulis kerana niat untuk mengajak orang membenci perjuangan Pas, tetapi sekadar mengingatkan sebilangan pemimpin Pas agar cuba dengan segera membaiki kualiti kepimpinan yang berkompentasi tinggi supaya dapat diterima oleh rakyat jelata dan atas dasar kasih sayang teman pada perjuangan ini.
Dan rasanya baik sekali teman nyatakan disini bahawa teman semakin cenderung untuk meraikan kempen me'reform'kan Pas khususnya serta pemimpin dan ahlinya.
Maaf kalau ada yang terasa hati sekiranya teman terkasar bahasa kerana maklumlah tahap pendididikan pun tak berapa tinggi dan tahap kesihatan semakin merosot hari demi hari. Dan teman tak tahu lagi bila blog yang serba dhaif ini akan diupdatekan seterusnya.
Salam perjuangan dan takbir!!!!! - sheikh teluk intan
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..





















