Monday, October 25, 2010

MELAKA MAJU 2010

بسم الله الرحمن الرحيم



Pondok usang tempat berteduh

KAMPUNG PADANG: Empat sekeluarga di pondok usang, Melaka Maju 2010
Empat beranak di Kampung Pokok Mangga, di sini, hidup dalam serba daif apabila tinggal di pondok usang akibat dibelenggu kemiskinan. “Dengan pendapatan tidak seberapa kerana saya bekerja di kilang membuat batu nesan menyebabkan kami empat beranak tinggal dalam keadaan berhimpit dalam pondok usang berkenaan selain tiada kemudahan dapur untuk memasak,” katanya. - Sinar Harian 25 Okt 2010


Junita merenung nasib di 'istana' impiannya yang jaraknya hanya 5 km dari bandar melaka.


Ponteng kelas gagal jelas yuran



LIMBONGAN - Gara-gara keluarga tidak mampu membayar yuran, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah terpaksa ponteng kelas kerana tidak sanggup berdepan guru yang setiap hari menagih bayaran tersebut daripadanya.

Keadaan itu, diluahkan bapanya, Azmi Lim Abdullah, 50, yang kini menderita selepas mengalami masalah ketumbuhan usus sejak Januari lalu dan kini hanya mampu duduk di rumah.

Azmi berkata, dia yang dikurniakan lima anak, berusia antara 5 hingga 13 tahun kini hanya mengharap kepada hasil pendapatan menjual kuih yang diusahakan isterinya, Sahaniah Arshad, 32, di halaman rumah sewanya di Taman Limbongan Permai.

“Berikutan masalah kewangan yang terus menghimpit, saya tidak mampu bayar bil elektrik, bil air dan bayaran sewa rumah yang sudah lama tertunggak.

“Kami juga masih belum mampu hendak jelaskan bayaran yuran beberapa orang anak yang sepatutnya dibayar pada awal tahun sehingga mereka berasa malu ke sekolah kerana sering ditanya guru,” katanya.

Menurutnya, pendapatan bersih daripada hasil menjual kuih isterinya yang secara puratanya hanya sekitar RM10 sehari juga tidak banyak membantu berubah keadaan hidupnya.

“Apa yang membimbangkan kini adalah soal perbelanjaan anak seramai lima orang. Kami makan apa yang termampu sahaja kerana yang penting adalah soal persekolahan lima anak kami ini,” katanya. Sinar Harian 15 Okt 2010


Note: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt.


Note: Kah..kah..kah...kah.... untungnya jadi pembangkang... kah..kah..kah..kah.. so siapa-siapa yang duduk ditempat umno jangan jeles eh kalau pemimpin-pemimpin korang tak nak ambil tahu tentang korang... kah..kah..kah..kah... sebab kalau dia tak nak ambil tahu pasal korang pun korang tetap bagi dia menang.. kah..kah..kah..kah..

Sebab korang memang bodoh dulu kini dan selamanya... kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. Puak umngok memang cakap tak serupa bikin itu pun orang melayu masih sokong mereka lagi

    ReplyDelete
  2. harap2 sapa2 yang mengundi secara membuta tuli...(sedih dah buta tuli lak tue..walhal celik dan dengar) gunakan lah akal untuk membuat pertimbangan..

    ReplyDelete
  3. haa biarkan mereka.. baru diorang tau.. kuikuikui

    ReplyDelete
  4. haa awat puak umngok dok bising tengok kawasan PR, padahal kawasan sendiri pun bagai...

    rasanya kawasan umngok lebih teruk banyak orang merempat tak dak rumah, miskin dan sebagainya..umngok tak tolong pun...

    itupun kuar dalam tv, surat habaq kononya ziarah rakyat, itu semua propaganda demi publisiti murahan..

    dasar puak umngok...haramjadah

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.