Thursday, July 1, 2010

LARI DARI 10 LELAKI SELAPAS PERTAMA KALI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA TEMAN LELAKI

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita lari separuh bogel elak diperkosa 10 lelaki selepas pertama kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki yang baru sebulan dikenalinya.



GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.

Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.

“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.

“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.

Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.

Menurut sumber, 10 minit kemudian, sepasukan anggota polis tiba dan menyelamatkan remaja itu daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian sebelum dibawa ke Hospital Gerik (HG) dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa mengaku kenal teman lelakinya sebulan lalu dan kali pertama melakukan hubungan seks,” katanya.
-hmetro-



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

  1. Salam..itu kampung aku..ape dah jadi nih. tapi sebelum ini aku dah tau kat kampung aku tu gejala seks bebas memang sering berlaku.
    Dengan tenang je dorang ni bermaksiat..aduh..aku x dpt nk tarbiah bdk kampung sebab jarang balik kampung. tapi alhamdulillah dengan kehadiran seorang ustaz yang sudah beberapa bulan dtg ke kampung aku dh mula membawa sinar dakwah..syukur. aku melihat kesungguhan ustaz itu mampu mentarbiyah kembali penduduk kampung aku..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. syukran atas info.tak dan nak baca paper, baca kat sini pun jadi la

    ReplyDelete
  3. mcm2 hal jd zman skang ni...
    hrap sume yg bce kratan paper ni...
    dpt iktibar n pngajaran...
    dunia dh nk kiamat agknye...
    seks bbas d mrate2 tmpt...
    pmbuangn bayi yg xleh dbndung g...
    subhanallah...

    ReplyDelete
  4. dia x sedar ke kalo kena rogol tu x berdosa tapi buat hubungan seks tu terang-terangan kena rejam sampai mati baru hilang dosa??

    isk..

    dunia.. dunia..

    ReplyDelete
  5. knp time maksiat dgn kekasih xtkut,,
    bila nk kena rogol bru nak lari..
    ish..xfhm btul la remaja zaman sekarng nie lgsg xpandai jga kehormatan diri,,,
    memalu kn btul..

    ReplyDelete
  6. mmg lyk drogol bunuh.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.