Wednesday, July 28, 2010

HA..HA..HA..HA.. KANTOI...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Timbalan pendakwa raya wanita kes liwat Anwar digugurkan serta merta



PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif (gambar bawah) yang terbabit dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.
Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita dikaitkan dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam pasukan pembela itu berkata, Peguam Negara atau pasukan pendakwaan belum memberi maklum balas terhadap dakwaan itu dan menekankan ia boleh menjejaskan prosiding kes itu yang akan disambung 2 Ogos ini. - B.hairan



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

  1. Walaupun nampak terang lagi bersulus kes sodomi II adalah konspirasi tapi dalam kes ini aku setuju tang conflict of interest aje.
    http://mahaza.blogspot.com/2010/07/farah-azlina-digugur-daripada-pasukan.html
    ini yang aku rasa.....

    ReplyDelete
  2. Salam

    xbaik mengaibkan org maksud sy kluarkan gambar tue...wlau jahat camna sekalipun org itu, tetap xleh nak buat sesuka hati..kan?

    no heart feeling..
    p/s lama xketemu..salam ziarah.. =)

    ReplyDelete
  3. Bila penyangak jadi pentadbir..maka jadilah seperti apa yg kelihatan...
    kerosakan akan timboi satu demi satu...

    ReplyDelete
  4. Gua tak bleh blah dengan gambar tu...

    ReplyDelete
  5. malink7,
    oooo...x baek ek?
    yg fitnah2 tu baek?
    yg rasuah tu baek?
    yg songlap duit rakyat tu baek?
    yg halalkan judi baek?

    ReplyDelete
  6. Bila penyangak jadi pentadbir..maka jadilah seperti apa yg kelihatan... kerosakan akan timboi satu demi satu...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.