Sunday, June 20, 2010

PERKASA AKAN SAMAN KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyaman kerajaan sekiranya pelajar bumiputera cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil terhadap kerajaan jika hak pelajar berkenaan dinafikan kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan semua pelajar bumiputera yang cemerlang mendapat biasiswa sama ada belajar dalam atau di luar negara.

"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, semua pelajar cemerlang itu perlu menerima biasiswa tanpa mengira jumlah ataupun kuota tertentu," katanya.

Malah, katanya, jika biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikongsi semua kaum telah dipenuhi dan menyebabkan pelajar Melayu tercicir, maka kerajaan perlu memastikan pelajar terlibat mendapat biasiswa daripada institusi lain. - melayau

KAH KAH KAH..

nota:
kita tunggu dan lihat
hujan turun atau tidak
katak berbunyi kuat memanggil hujan
kita tunggu dan dengar sampai kes ini ke mahkamah atau tidak
atau kes ini hanya akan mati inrahim ali di tepi jalan kah kah kah - tukartiub


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. Katak tetap akan memanggil hujan, walaupun ia takutkan petir kerana iamahu dilihat 'gagah perkasa'

    ReplyDelete
  2. ok la tu.. mmg dah termaktub dalam perlembagaan.. biasiswa pelajaran untuk anak melayu ke peringkat ijazah..
    dia mintak untuk yang cemerlang..

    tapi tindakan saman ni tak ke mana.. lagi elok kalau ibrahim ali tubuh satu lagi parti melayu.. alternatif kepada UMNO untuk PRU-13..

    ada peluang menang tu..

    ReplyDelete
  3. kelakar la muka beliau !kakakakh!!!!rasa nak bg penendang sepam!

    ReplyDelete
  4. aki net salat satu dari katak2 itu ke?macam banyak pengalaman je

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.