Wednesday, June 9, 2010

NASIB BAIKLAH BUAH KORANG TU MELEKAT


بسم الله الرحمن الرحيم

Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001

Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001.

“Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula,” kata Hishamuddin.

Chua membuat permohonan bertulis meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 hingga kini.

Beliau juga ingin mengetahui jumlah peruntukan bagi meningkatkan kelenfgkapan PDRM sejak tahun 2005 hingga kini.

Dalam jawapannya, Hishamuddin menyenaraikan 58 kes kehilangan kenderaan PDRM yang membabitkan 49 motosikal, tiga kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comment:

  1. beli baru la kan kalau hilang..huhu..byk duet lak..adeh

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.