Monday, June 28, 2010

BERITA NI ADA KELUAR KAT TV3 TAK ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir. Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura. Adakah ini punca gula tiada di Malaysia ? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura. Enam gerabak keretapi kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang. http://www.nst.com.my/nst/articles/Freighttrainderails_servicedisrupted/Article

Ambil posting ni dari blog ANAK MUAALLAF (umi).. hehehe..

Note: Berita ni ada kluar kat Media perdana ke? Mungkin aku terlepas pandang berita ni. sbb berita ni keluar pada 23 jun 2010. Tapi bukan itu persoalannya. Yang nak aku persoaalkan ialah macamana dalam keadaan gula dicatu di malaysia tapi malaysia boleh eksport sehingga 30 gerabak gula ke singapura? Ni pun "nasib baik" la keretapi tu terbalik dan NST kluarkan berita ni.. klau x siapa pun x tahu cerita ni. Entah dah berapa ribu gerabak gula la agaknya yang dah dihantar ke singapura yg kita semua x tahu..

Ini lah bak kata perpatah "Kera dihutan disusukan rakyat semua dibangang bangangkan" karam sing hadiau dari TV3 suku... hehehehe..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

  1. Allah Maha Melihat....
    Saya ambil artikal...heee....

    ReplyDelete
  2. Kala dah penyamun tu sampai bila pun perangai penyamun tak akan habis!
    Peringkat negara pun ada main tipu- tipu seork-sorok kesempadan kerana mencari untung lebih! Jadi tak heranlah di Kelantan tak ada gula kerana pembekal 'hantar' gula mereka ke Thai kerana harga disana lebih mahal!

    ReplyDelete
  3. "sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya kena tangkap jua"

    ReplyDelete
  4. jgn arini kite jual gula kat s'pore, esok rakyat beli dr dorang dah ler.. Haha.. Ni suma cilaka2 apno punye keja

    ReplyDelete
  5. wah.. habis orang kluang semua kena kencing manis.. kah..kah..kah..kah.. sape nak gula free boleh la datang kluang.. tapi... sorry laa.. dah habis...!!! sold out...!!! kah..kah..kah..kah..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.