Monday, March 22, 2010

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia

KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi. Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir. Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya. Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini. Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996. Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar. Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

Sheikh Kontroversi Sudah Dipanggil Menemui Tuhannya

Sheikh yang banyak menimbulkan kontroversi telah dipanggil menemui Tuhannya. Tahun lalu, Tantawi memunculkan kontroversi ketika dia melarang para pelajar Muslimah mengenakan tudung wajah penuh atau niqab ketika memasuki kelas dan asrama di Universiti Al-Azhar. Dia juga termasuk di antara ulama yang mendukung fatwa Majma’ Buhuts Al-Islami Al-Azhar yang membenarkan mendirikan dinding pemisah di antara Mesir dan Gaza, di saat kaum Muslim di Gaza terpenjara oleh sekatan yang dilakukan oleh Israel laknatullah.

Firman Allah SWT:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat”. [TMQ Al Mulk (67) : 2].

Selepas ini siapa pula yang menjadi pilihan pemimpin sekular Mesir untuk menggantikan Tantawi?

-- jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

9 comments:

  1. salam, boleh x menceritakan kepadaku ttg syeikh syed tantawi ni,
    sbb ramai yg kata,dia bagus

    ReplyDelete
  2. salam, boleh x menceritakan kepadaku ttg syeikh syed tantawi ni,
    sbb ramai yg kata,dia bagus

    ReplyDelete
  3. apsal ckp camtu,cam truk je si syeikh ni...

    ReplyDelete
  4. assalammualikom...

    ntah bujang kenapa begitu tajam tajuknya? boleh cerita lebih lanjut tentang dia yang nampak seperti ulama ulung ini? terkejut juga anakkhas dengan tajuk bujang kali ini.... kasar je bunyi tajuknya...

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    Saya juga rasa terganggu dengan penampilan dan pandangan ulamak Al Azhar ini.

    Apa pun moga moga rohnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  6. kenapa tajuk tu macam tu?
    siapa kita nak merendahkan syeikh azhar?
    memang banyak kata-katanya yang kontroversi, tapi tu hanyalah khilaf pendapat...

    ReplyDelete
  7. jgn nak hina para ulama..jgn hati kita kotor dgn bau mulut yg busuk..kerna kamu manusia xd ilmu

    ReplyDelete
  8. Bujang susah yg hipokritMarch 25, 2010 at 10:15 PM

    ala.. ulama bukannya x kena hisab pun.. bkn segala fatwa yg dikeluarkan Allah x tanya pun nanti. Syiah pun ulama jugak walau jika mengikut persepsi kita mereka tu antara golongan yg sesat. ko ulama ke x ulama ke bukan terus masuk syurga pun.

    Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik.

    - Riwayat Ibnu ‘Adi


    Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.
    - Riwayat Ibnu Majah

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.