Wednesday, March 24, 2010

HAHAHAHA... AKU DAH AGAK DAH...

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR: Kerusi Titi Tinggi tidak kosong



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap Adun Titi Tinggi Yip Sun masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.

"Kami pun sedar melalui media elektronik dan cetak. Boleh jadi kamu tahu lebih banyak daripada kami. Secara rasmi, sehingga sidang media ini, tiada makluman daripada speaker," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Yip, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidak akan letak jawatan," katanya yang dipetik Berita Harian, sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse di Hong Kong.

Kelmarin, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat.

Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat,

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Beliau digantikan dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) dengan majoriti 1,841 undi.

Md Isa berkata, pengguguran Yip sebagai Exco berdasarkan ketetapan dipersetujui MCA dan kaedah giliran membabitkan Adun mewakili parti itu dipraktikkan sejak beberapa penggal lalu.
-malaysiakini-


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comment:

  1. assalammualikom...

    kalau tang depa media tak boleh dipercayai...tapi kalau kena tang pembangkang... dah itu laporan media maka betul lah tu,,, so berita tentang pembangkang semakin lemah betul ke? kita tunggu pilihan raya seterusnya... kali ini aku akan balik pulau pinang untuk pertahankan kerusi pembangkang....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.