Friday, January 8, 2010

MAZHAB MALIKI DAN ANJING

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman


Ustaz ditanya tentang satu artikel yang tersiar, seorang perempuan yang berpurdah bermain dengan anjing dan menjadikannya sebagai teman serta menternaknya untuk mendapatkan keuntungan. Beliau mendakwa beramal dengan mazhan Maliki semenjak kecil lagi. Benarkah Mazhab Maliki membenarkan seseorang bermanja dengan anjing serta mengasihinya dengan memeluk, memandikan serta pelbagai lagi bentuk kasih sayang.

Perkara yang pertama perlu diketahui ialah perbezaan antara fatwa dan amalan yang menggambarkan sifat warak dan takwa. Fatwa ialah menerangkan sesuatu hukum berdasarkan dalil-dalil yang dipercayai, samada ianya haram, wajib, sunat, makruh dan harus. Sekiranya fatwa menyatakan hukumnya harus maka ianya bukanlah menandakan perkara itu terbaik untuk dilakukan. Bahkan kadangkala menyalahi perkara harus itu lebih utama daripada melakukannya. Sebagai contoh, aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut.

Tetapi dari sudut amalan, kita tidak pernah melihat orang yang berjalan di bandar-bandar tanpa memakai baju ataupun pergi ke pejabat, mesyuarat dan majlis-majlis rasmi memakai seluar sahaja tanpa baju. Sedangkan hukumnya adalah harus. Namun meninggalkan hukum harus itu lebih baik daripada melakukannya, takut dikatakan gila, sewel atau kurang akal.

Demikian juga masalah anjing. Memang benar Imam Malik menyatakan anjing itu bersih tetapi haram melakukan jual beli. Bersih disisi Imam Malik bukan beerti dijadikan sebagai teman. Bahkan tiada ulamak dalam mazhab Maliki menyatakan sunat bertemankan anjing serta bermain-main dengannya. Imam Malik menganggap kebenaran penggunaan anjing hanyalah untuk menjaga binatang ternakan, memburu atau tujuan pertanian untuk menjaga kebun atau ladang. Sesiapa melihat perbahasan tentang anjing dalam mazhab Maliki pasti akan mengetahui batasan dan sempadan yang telah ditetapkan.

Satu kejahilan bila mengganggap hanya mazhab As-Syafie yang menyatakan anjing itu najis. Hakikat sebenar ialah, jumhur ulamak (kebanyakkan) menyatakan anjing itu najis sebagaimana yang disebut oleh As-Son'ani dalam kitab Subulus Salam jilid pertama. Perlu diketahui juga bahawa, dalam mazhab Malik sendiri ada yang menyatakan ianya najis.

Sebagai penutup bicara, perhatikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Nabi s.a.w melarang hasil daripada jual beli anjing, hasil daripada pelacur dan upah kepada tukang tilik. (Bukhori dan Muslim). Lihat bagaimana sama kejinya keuntungan yang diperolehi daripada jual beli anjing dengan keuntungan orang yang menjual maruah dirinya.

Ya Allah! Tambahkan ilmu kami. -tokkupasirgu


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

  1. nice info, x salah bela anjing, tapi pandai2 la jaga.

    ReplyDelete
  2. salam bro..thx for info,Yang haram tetap haram.. kalau boleh elakkan.

    ReplyDelete
  3. Anjing yg taat pada tuannya memang boleh dipelihara. Malah boleh dimakan/disembelih hasil buruannya...
    Tuannyer pula mesti mahir hukum haram halal dan seorg muslim yg patuh pd suruhan dan larangan tuanNYA pula.

    ReplyDelete
  4. pegang anjing x haram dalam islam..sape kate haram?bela anjing pun x haram..lain la babi..aning ade jenis kalo nk bela,setau sy,anjing berburu dan anjing untuk menjaga harta bnda dibenarkan utk dibela..then,jika bersentuhan dgn anjing ketika kering juga x perlu samak...melainkan jenis anjing belaan yg kiut2 tu..tu x dibenarkan..

    ReplyDelete
  5. selama Najis msh bisa dibersihkan.ngapain pada takut & sewot? apa yang perlu dipermasalahin sih?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    [Masih masalah najis anjing,,teman saya saya kata dia telah membuat lantai sekolah tersebut tanpa mensucikan pasir tersebut,,tetapi tahi anjing tersebut memang telah dibuang..( Sebab tidak tahu)
    Pertanyaan:
    Apakah masih wajib disucikan lantai tersebut?
    Apakah anggota tubuh yg terkena pasir sewaktu melakukan kerja itu dihukum terkena najis?
    Dia hanya membasuk tangan setelah melakukan kerja tersebut tetapi tidak melakukan basuhan seperti yg wajib dilakukan ,,apakah bila memegang benda lain ,benda yg yg dipegang itu dihukum terkena najis..?
    T kasih.
    .Pasir tersebut basah

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.