Wednesday, January 20, 2010

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم

PRO MAHASISWA JUGA KUASAI MPP KUIS – malaysiakini

Kumpulan Pro-Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pilihan raya kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) Selangor.

Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.

Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Kuis Syukri Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.

“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

2 comments:

  1. mudah2an pro m juga akn bjaya mguasai ukm pada prk kali ini.. amin... hdup GM UKM... hdup PRO M

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Itulah doa ex-UKM..Hidup PRO-M..Hancurkan ASPIRASI.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.