Moral of the story 'renung-renungkanlah ...selamat beramal
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau
satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
p/s: Kat melaka ni ada seko ketam tua yg x tau malu... ali ketam... hehehhe
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, July 7, 2009
Ketam Melayu
Ilmu Sihir
Oleh Ibrahim Batturah al-Haddad
Dalam sebuah Negara Islam, apakah hukuman ke atas mereka yang mengamalkan ilmu sihir? Apakah pendirian Negara Islam ke atas mereka yang menggunakan ilmu sihirnya dengan tujuan membunuh dan merosakkan mana-mana bahagian tubuh seseorang dengan ilmu sihirnya?
Sebenarnya kedudukan ilmu sihir ini bukan sahaja buruk di sisi umat Islam dan Negara Islam, malah dalam suatu kelompok masyarakat Barat Kristian pada suatu masa dahulu, ilmu sihir dan para pengamalnya telah dihukum bunuh.
Mereka akan menangkap ahli sihir, mengikatnya di sebatang tiang, meletakkan kayu api di sekeliling ahli sihir itu dan akhirnya mereka membakarnya hidup-hidup sehingga ahli sihir itu mati bersama ilmu-ilmunya yang merosakkan itu.
Hal-hal begini boleh kita tonton lewat filem-filem seram yang dicetak oleh 'madrasah' Hollywood ke serata dunia suatu ketika dahulu. Daripada suatu segi, kita berkongsi pandangan yang sama dengan Kristian terhadap isu ilmu sihir ini.
Hanya akhir-akhir ini saja, Hollywood menjulang ahli sihir dan pengamalnya ke taraf yang tinggi melalui Harry Porter. Tetapi, dalam pada itu pun, masih kita terdengar beberapa laungan dan kritikan gereja terhadap filem berkenaan.
Demikian kedudukan ilmu sihir dalam kacamata pandangan Islam. Satu-satunya agama samawi yang mungkin masih terlibat di dalam amalan ilmu sihir itu ialah agama Yahudi.
Kabbalah, salah satu pegangan dan amalan dalam agama purba Yahudi itu, dianggap oleh sesetengah pengkaji sebagai ilmu yang berasal daripada Mesir Purba; amalan ahli-ahli sihir Firaun yang pernah bertempur dengan mukjizat Nabi Musa suatu ketika dahulu.
Agama Islam telah memutuskan bahawa ilmu sihir ini adalah ilmu yang haram diamalkan. Bagaimanapun terdapat juga khilaf yang menyatakan bahawa ilmu ini harus diajar. Manakala sesetengah ulama lain menganggap, ilmu ini haram diajar.
Namun, kedua-dua aliran ini sepakat menyatakan bahawa ilmu sihir ini haram diamalkan. Itu jelas. Tapi, kita berdepan dengan suatu masalah baru ketika membincangkan hal ini. Iaitu jika agama telah merumuskan bahawa ilmu sihir ini haram diamal maka kenapakah negara, pihak pemerintah, penguasa, khasnya parti politik tidak mengharamkannya di dalam negara itu?
Mungkin, jawapannya ada pada kenyataan lewat pidato penyandang presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini ketika Tanah Jawa kini sedang menyaksikan pertarungan merebut jawatan Presiden Indonesia.
"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya," kata calon presiden tersebut dalam sebuah majlis doa selamat di Cikeas, Bogor baru-baru ini.
"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al-Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden) bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu.
Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi
dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya. Demikianlah serba ringkas petikan laporan tersebut.
Persoalan awal yang patut kita tanyakan kepada calon presiden tersebut, kenapakah ketika beliau diberi peluang sebagai Presiden Indonesia sebelum ini, amalan ilmu sihir itu tidak dibanteras habis-habisan dengan bersungguh-sungguh?
Kenapakah baru sekarang beliau mengeluh? Sedangkan ketika beliau berpidato itu, jelas beliau adalah seorang Muslim dan dengan taraf beliau sebagai penguasa Negara Islam dengan jumlah bilangan entiti rakyat yang besar, hal ilmu sihir itu boleh ditangani bersama majlis ulamak Indonesia.
Apabila beliau tidak berusaha mengguna jenteranya, mengerahkan pasukannya dalam bentuk negara, guna menghancurkan ilmu sihir itu, maka kini beliau diancam ilmu sihir pula menjelang pilihan raya presiden.
Ilmu sihir dalam pemerintahan
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).
"Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil; Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum menyatakan: "Sesungguhnya kami hanya ujian (kepadamu), sebab itu janganlah kamu kafir".
"Maka mereka mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu melalui sihir itu untuk menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan, mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
"Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 102)
Daripada nas di atas, dapatlah kita fahami bahawa, ilmu sihir telah masuk merebak dalam pemerintahan negara. Sulaiman a.s bukanlah pengamal sihir sebenarnya walaupun baginda dapat menundukkan jin.
Ilmu sihir ini diajar oleh dua malaikat; Harut dan Marut. Apabila lafaz ini diMelayukan maka lahir istilah karut-marut yang sering digunapakai dalam bualan kita ketika merujuk hal-hal yang melibatkan ilmu sihir ini.
Sihir yang mengakibatkan cerai-berai paling utama!
Daripada nas itu juga, dapatlah kita rumuskan bahawa antara banyak ilmu sihir seperti santau, pukau, minyak pengasih, minyak dagu, dan minyak senyonyong, maka ilmu sihir yang melibatkan kes cerai-berai antara suami isteri itulah yang paling utama dan dahsyat sekali.
Kita tak tahu kenapakah ilmu sihir yang melibatkan cerai-berai antara suami isteri ini amat dahsyat. Tapi, kalau tidak hebat penangannya, maka Allah s.w.t tidak merakamkan kegunaan ilmu sihir guna merosakkan pernikahan itu dalam al-Quran sebagai yang disebutkan dalam nas di atas.
Tuhan tidaklah mnerakam ilmu-ilmu pengasih yang membuat seseorang dara jatuh cinta kepada seseorang jejaka, ilmu pukau sehingga menyebabkan seseorang itu terkhayal tidak sedarkan diri sebagai sihir yang utama, sebaliknya ilmu sihir untuk pecahbelahkan keluarga itulah yang telah dibangkitkan secara jelasnya di dalam kitab suci pegangan umat Islam itu.
Semua pendedahan ini pastinya mengheret ingatan kita ke atas suatu pendedahan dalam klip video bertajuk 'Rosmah Puaka' di laman YouTube.com. Ada kenyataan bahawa isteri Perdana Menteri itu mengamalkan ilmu hitam dan tiada pula kedengaran bahawa beliau membuat penafian atau membuat saman fitnah setakat ini berhubung hal tersebut.
Terselit dakwaan bahawa beliau mengamalkan ilmu hitam sebelum mendapatkan Najib dan terus mengamalkan ilmu sihir itu setelah mendapat Najib. Jika dakwaan ini benar, maka negara kita berada dalam keadaan tidak selamat dan huru-hara.
Rosmah wajib membersihkan nama baiknya ke atas pendedahan tersebut. Najib perlu menjawab bagi pihak isterinya itu.
Ini kerana (jikalau pendedahan itu benar), maka Rosmah mungkin terlibat dalam ilmu sihir paling agung yang disebutkan Tuhan di mana ilmu sihir itu mengakibatkan perceraian antara Najib dengan isteri pertamanya sebelum ini. Hanya Rosmah dan Najib yang dapat membersihkan nama mereka.
Jika benar, ini sangat merbahaya. Rosaknya Najib (jika Najib disihirkan), maka rosaklah negara seluruhnya. Jika Najib seorang PM (penjual mee) di kaki lima kompleks membeli belah Sogo di Jln. Tunku Abdul Rahman atau dekat Bangunan Mara di Jalan Raja Laut, hal itu bolehlah kita sensasikan buat sementara dalam diges Mastika guna melariskan jualan.
Itu tidak mengapa lagi. Tapi, jika PM itu bukan penjual mee, sebaliknya seorang Perdana Menteri, maka seluruh rakyat akan menerima padah dan parah yang keterlaluan azabnya kelak.
Kita terpaksa menulis sebegini kerana kita yakin penuh percaya bahawa akan sekalian mufti yang ramai di serata negeri pun tak akan berani menegur Najib, apatah lagi menegur Rosmah yang berkemungkinan besar, terjebak dalam ilmu itu.
Hukum bunuh kepada pengamal ilmu sihir?
Sepotong hadis menyebutkan: "Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apa itu?" Baginda bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa alasan yang hak, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dari lalai." (Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat at-Tarmizi, Jundub bin Ka'ab As-Sa'di, meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawa dalam hukum Islam hukuman dari pengamal sihir adalah dipenggal dengan pedang.
Telah ada riwayat daripada kaum ulamak salaf yang menfatwakan supaya pengamal sihir itu dibunuh. Diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam sahihnya, daripada Bajalah bin 'Abdah, berkata 'Umar bin Al-Khattab: "...agar membunuh para tukang sihir." Maka, kami membunuh tiga tukang sihir.
As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam Kitab At-Tauhidnya berkata: "Telah sahih daripada Hafshah bahawa beliau memerintahkan agar membunuh budak yang menyihirnya." Dan telah sahih pula daripada Jundub r.a.
As-Syeikh Abdul Rahman bin Hasan dalam Fathul Majid berkata: "Diriwayatkan pula yang menyatakan (tukang sihir harus dibunuh) daripada Umar, Usman, Ibnu Umar, Hafshah, Jundub bin Abdullah, Jundub bin Kaab, Qais bin Sa'd, dan Umar bin Abdul Aziz."
Pengamal sihir masih ada ruang diampuni
Perlu juga diingatkan di sini bahawa hukuman di sini, yang berhak melakukannya adalah pemerintah Muslim dan bukanlah hukuman tersebut boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu. Ini bermaksud, hukuman tersebut mestilah berada di bawah kuasa negara.
Dan, manakala pengamal sihir itu telah bertaubat, maka sentiasa ada ruang untuk diampuni dosa-dosa mereka itu. Hal ini amat besar faedahnya untuk dibahas dan didebat secara lanjut kerana hal ini lebih ternyata lebih bermanfaat dari debat berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang sudah ditutup ruang untuk mendebatkan hal tersebut.
Cukuplah kita melihat betapa bahayanya ilmu sihir ini dengan melihat nas ini - Sesiapa yang mendatangi 'arraaf (tukang ramal) dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak akan diterima solatnya 40 hari. (Muslim)
Cuma dengan mengunjungi tukang tenung, tukang ramal dan tukang tilik, lalu mempercayai kata-katanya, maka solat tidak diterima oleh Allah s.w.t.
"Mereka yang bertemu tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang tukang ramal itu katakan, sesungguhnya dia telah kafir ke atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad." (Riwayat 4 Ahlu Sunan, disahihkan oleh Hakim).
Adili siswa UM dengan berhikmah
Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya sedang berdepan dengan masalah tindakan berhubung sikap mereka membantah keras kehadiran Rosmah Mansor ke universiti tersebut.
Bantahan mereka itu ternyata ada asas yang kuat, iaitu berdasarkan klip video Rosmah Puaka, maka mereka mengirim nota bantahan secara 'liar'; menconteng dinding di bangunan universiti sebagai langkah protes ke atas kehadiran Rosmah.
Sebetulnya, kalau pun pihak universiti mahu mengenakan tindakan ke atas sikap pelajar itu sepatutnya pihak universiti perlulah bermuhasabah terlebih dulu, kenapakah mereka sanggup mengundang Rosmah yang masih belum membersihkan namanya yang terpalit dengan dakwaan ilmu sihir?
Kita tak boleh mengundang pihak yang masih belum membersihkan namanya seperti Rosmah. Sehinggalah nama Rosmah bersih daripada tohmahan itu, atau isteri Perdana Menteri membuat saman fitnah ke atas C4 Production dan menang barulah kita boleh menjemputnya. (Itu pun jika masih ada yang redha dengan isu C4 yang meletupkan jasad Altantuya!)
Golongan pelajar itu mungkin tidak bertindak keterlaluan jika yang datang ke kampus itu adalah isteri-isteri orang kenamaan, selain daripada Rosmah.
Rosmah masih berpeluang untuk bertaubat dan dia boleh diampuni dan pihak universiti boleh mengundangnya kalau beliau telah pun sedar dan insaf daripada perbuatannya yang lalu.
Tidak perlu dihukum siswa universiti tersebut kerana mereka cuma tidak inginkan individu yang mereka anggap terpalit dengan tubuhan sihir itu masuk ke daerah suci seperti universiti. Itu sahaja.
Akta Membendung Ilmu Sihir di Parlimen?
Apa pun, kembali semula kepada pokok persoalan kita yang asal, apakah hukuman negara ke atas para pengamal ilmu hitam ini? Adakah ahli-ahli Parlimen tanpa mengira faham agama dan parti boleh meluluskan akta guna menangani sihir ini?
Hanya satu sahaja yang tergambar dalam fikiran kita jika ahli-ahli Parlimen keberatan menyuarakan usul berhubung akta ini. Seperti yang disebut di atas tadi, SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) telah menyatakan buah kekhuatirannya berhubung ilmu hitam yang mungkin digunakan ke atasnya dan keluarganya menjelang pilihan raya presiden yang akan datang.
Jadi, jika Akta Membendung Ilmu Sihir ini tak dapat diluluskan dalam Dewan Rakyat, mungkinkah hal ini disebabkan oleh ramainya wakil-wakil rakyat bertemu dukun dan bomoh menjelang pilihan-pilihan raya umum sebelum ini? _
--
--------------------#######------------------------------
----Mail Forwarder----
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit :
WWW.PENDEKARBLOGGER.COM (New)
Pass the BUTTER...please. ..
This is interesting .. ...Margarine was originally manufactured to fatten
turkeys. When it killed the turkeys, the people who had put all the money
into the research wanted a payback so they put their heads together to
figure out what to do with this product to get their money back. It was
a white substance with no food appeal so they added the yellow coloring
and sold it to people to use in place of butter. How do you like it? They
have come out with some clever new flavorings.. ..
DO YOU KNOW... the difference between margarine and butter?
Read on to the end...gets very interesting!
Both have the same amount of calories.
Butter is slightly higher in saturated fats at 8 grams compared to 5 grams.
Eating margarine can increase heart disease in women by 53% over
eating the same amount of butter, according to a recent Harvard Medical
Study.
Eating butter increases the absorption of many other nutrients in other foods.
Butter has many nutritional benefits where margarine has a few
only because they are added!
Butter tastes much better than margarine and it can enhance the
flavors of other foods.
Butter has been around for centuries where margarine has been around
for less than 100 years ..
And now, for Margarine..
Very high in Trans fatty acids.
Triple risk of coronary heart disease ..
Increases total cholesterol and LDL (this is the bad cholesterol) and
lowers HDL cholesterol, (the good cholesterol)
Increases the risk of cancers up to five fold..
Lowers quality of breast milk.
Decreases immune response.
Decreases insulin response.
And here's the most disturbing fact..... HERE IS THE PART THAT IS
VERY INTERESTING!
Margarine is but one
molecule away from being PLASTIC..
This fact alone was enough to have me avoiding margarine for life and
anything else that is hydrogenated (this means hydrogen is added,
changing the molecular structure of the substance).
You can try this yourself:
Purchase a tub of margarine and leave it in your garage or shaded area.
Within a couple of days you will note a couple of things:
* no flies, not even those pesky fruit flies will go near it (that should tell
you something)
* it does not rot or smell differently because it has no nutritional value ;
nothing will grow on it. Even those teeny weenie microorganisms will not
a find a home to grow.
Why? Because it is nearly plastic . Would you melt your Tupperware and spread that on your toast?
Share This With Your Friends..... (If you want to 'butter them up')!
Chinese Proverb:
'When someone shares something of value with you and you benefit from it,
you have a moral obligation to share it with others.
Pass the BUTTER PLEASE...
Tanda Tanda Kiamat
Oleh: Ustaz Dr Mohd Jaafaruddin Bin Mohd Ali
assalamualaikum wr wb,
sahabat yang dirahmati Allah,
dalam sebuah hadis lain, yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"tidak akan tiba hari kiamat itu hingga ada dua golongan besar saling bunuh membunuh. antara keduanya itu berlakulah peperangan yang besar. yang mana dakwah kedua2nya adalah satu. dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga sehingga banyak kaum dajjal yang pendusta yang bilangannya hampir 30 orang, semuanya mengaku yang dirinya adalah Rasulullah. dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga ilmu pengetahuan itu dicabutkan, dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak terjadi gempa bumi, masa sudah menjadi dekat, banyak timbul fitnah, banyak berlaku pembunuhan, banyak pula harta sampai melimpah ruah sehingga orang yang punya harta itu susah mencari orang yang boleh menerima sedekahnya, dan sehingga ia pergi kesana sini untuk menawarkan hartanya. tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya, dimana orang yang ditawarkan harta itu berkata: "aku tidak memerlukan harta lagi". dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga manusia bermegah2 dalam bangunan yang menjulang tinggi. dan sehingga manusia itu melalui kubur seorang yang lain, lalu berkata: "alangkah baik jika aku dahulu ditempatkan ditempatnya" . dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga matahari terbit dari arah terbenamnya. maka apabila matahari telah terbit dari tempat terbenamnya, dan manusia sudah banyak yang mengetahuinya, maka mereka itupun berimanlah semuanya, padahal dalam keadaan yang demikian keimanan seseorang itu tidak berguna lagi buat dirinya, yang mana dahulunya mereka itu tidak pernah beriman dan tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba disaat dua orang sedang mempamerkan pakaiannya untuk diniagakan, tetapi kedua2 orang tadi tidak sempat memperjualbelikan pakaian yang dipamerkan itu tadi dan tidak pula sempat melipatnya kembali. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba disaat seorang yang baru saja kembali membawa susu yang diperah dari untanya, tapi tidak sempat meminumnya. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba, dimana seseorang baru saja memperbaiki kolamnya untuk diisikan air, tetapi belum sempat diisikan air kedalam kolam itu. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba, dimana seseorang sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya, tetapi belum sempat memakan makanannya." (sahih Bukhari)
tanda2 saat tiba dan datangnya hari kiamat itu dalam hadis tersebut bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut:
1. terjadi peperangan besar diantara dua golongan yang besar, dimana dakwah kedua2 golongan itu adalah serupa.. menurut syekh inbu hajar, yang dimaksudkan 'dua golongan' dalam hadis tersebut adalah satu golongan dari Saidina Ali, dan satu golongan lagi adalah dari Muawiyah.
2. banyak kaum dajjal yang berdusta mengaku dirinya adalah Rasul Allah. misalnya
al-anasi di son'a, musailamul kazzab di yamani, tulaihah bin khawailid dan AYAH PIN DI MALAYSIA!.
3. dihilangkan ilmu pengetahuan (tidak ramai orang alim). yang dimaksudkan dengan 'dihilangkan ilmu pengetahuan' adalah ilmu agama, yaitu dengan wafatnya alim ulama sebagaimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin umar maksudnya:
"sesungguhnya Allah swt tidak akan mencabut ilmu pengetahuan itu dengan sekaligus dari para hambanya, tetapi Dia mencabut (mengambil) ilmu pengetahuan itu dengan mematikan para alim ulamak, sehingga apabila tidak ada seorang alim ulamak yang tinggal, lalu manusia melantik menjadi ketua mereka orang2 yang jahil (orang2 yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang agama). jika mereka ditanya, terus saja mereka memberi fatwa yang tidak berlandaskan ilmu pengetahuan yang benar. maka mereka itu termasuk dalam golongan yang sesat, lagi menyesatkan orang lain." (riwayat muttafaqun 'alaih).
4. banyak berlaku gempa bumi, goncangan itu berlaku dibanyak tempat dan negara, sehingga negara yang tidak dalam kawasan gempa bumi pun turut merasa goncangannya.
5. masa menjadi semakin suntuk/dekat. maksudnya Allah mencabut keberkatan masa bagi manusia. hal ini memang kita sedari..cuba kita hitung masa yang diberikan kepada kita..masing2 diberi tempoh 24 jam sehari..perdana menteri pun 24 jam, barack obama pun 24 jam..bahkan rasulullah saw pun 24 jam..tapi bagi kita, masa terlalu cpt berlalu..oleh itu, untuk membina semula keberkatan masa, banyakkan amalan2 sunat dan membaca al-quran.dengan demikian, insyaAllah kita akan rasa masa mencukupi untuk kita..sebagai contoh, jika kite menonton wayang atau berkaraoke, masa begitu cepat berlalu..keluar je dari cinema, 3-4 jam dah terbuang..kadang2 masuk cinema hari masih cerah, habis menonton, matahari dah terbenam..maka kite pun mengeluh.."dah malam rupanya..cepat betul masa sekarang berlalu..".tapi cuba kite melakukan ibadah pada Allah..seperti solat tarawih, membaca al quran dan sebagainya.. masa terasa amat lama..sehingga kalau kite berimamkan imam yang hafiz al quran semasa solat tarawih, kita akan merungut di dalam hati.."lamanya imam ni baca..penat dah berdiri.."
6. banyak timbul fitnah. fitnah yang dimaksudkan datang dari berbagai bentuk..ada yang datang dari aliran mazhab, fahaman politik, kemasyarakatan, sosial ekonomi dan sebagainya.
7. banyak berlaku pembunuhan secara besar-besaran (peperangan) .
8. manusia bermegah2 dengan bangunan pencakar langit..perkara ini sedang kita lalui pada masa sekarang..bandar yang dahulunya sekadar bandar kecil, kini sudah terbina dengan bangunan2 yang tinggi. mengenai terbitnya matahari dari arah barat, ini adalah termasuk tanda2 kiamat yang besar kerana banyak hadis2 yang menyebut tentangnya. manakala tibanya hari kiamat itu disaat orang2 sedang berjual beli pakaian, memerah susu, memperbaiki kolam dan ketika sedang makan sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a menunjukkan bahawa tibanya hari kiamat itu adalah secara mengejut dan mendadak. dan tidak ada seorang pun yang mengetahui atau menyedari yang ketika itu kiamat sudah berlaku.
insyaAllah bertemu lagi dalam siri yang akan datang, wassalamualaikum warahmatullahiwabar akatuh.
Tinta Buat Bakal SUAMIKU
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Oleh : mohd naim mohd zain
Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,
Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya
boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,
Bakal isterimu
--
--------------------#######------------------------------
----Mail Forwarder----
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit :
WWW.PENDEKARBLOGGER.COM (New)
Mohon Bantuan Semua
Salam semua..
Saya mewakili sahabat saya iaitu wann yang memerlukan dana kewangan bagi menampung kos pembedahan anak beliau. Anak beliau shahirah disahkan mengidap Aertery septal defect. Hasil dari pemerhatian doktor jantung anak ini didapati belubang dlm lingkungan 2cm.Anak beliau perlu menjalani pembedahan seberapa segera memandangkan jantungnya sudah didapati membengkak.Kos pembedahan dalam lingkungan 25k++..Anggaran melebihi dr jumlah yg dinyatakan kerana kos rawatan susulan dan pelbagai kos sampingan... Penyakit anak beliau didapati dr kriteria congenatal (kecacatan dari lahir)..Since its congenatal cases dan penyakit ini dikesan ketika anak beliau berusia 10thn makanya pihak insurance tdk mahu membiayai kos perubatanSaya mengharap jasa baik kawan2 semua untuk bersama-sama membantu sahabat saya ini selagi ada kudrat dan selagi ada daya...Insyallah moga kita beroleh keberkatanSebarang sumbangan ikhlas anda sila salurkan ke acc ini
Maybank Acc114253411041
Wan Samihah Bt Wan Ahmad
Hp - 013 6015 362 (wan)
http://wansamihah. blogspot. com
Email - wansamihah@gmail. com
ym - nrshahirah
Dear All, this beautiful girl needs our help. She is facing Artery Septal Defect where she was found to have 2cm of hole in the heart. She needs immediate surgery and insurance doesnt want to cover due to the illness was caused
before birth.
We are all mothers.. i believe we can do something to help.. Rm1 to as much as we can afford..
I have done my part so please do yours.
Thanks in advance for being so kind towards this little princess..
For your info.. i got this from a friend's blog and i have never known this girl before.. so please call her mom directly incase you need any further information
Thank You & Best Regards ;
************ ********* **
Suriati Kamarudin (苏利雅媂)
Technical Information Services
Avago Technologies (M) Sdn. Bhd.
Telephone : (ext : 5192)
Email : suriati-bt.kamarudi n@avagotech. com
http://anakku- manja.blogspot. com/
http://strollerntoy s.blogspot. com
Petua untuk tahan lama
Oleh : anuarani
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!
PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa
mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.
KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...
KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...
UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.
KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.
KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.
PAHAM TAK ORANG CAKAP NI......DAH GI WAT KEJE TU !!
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
= BILA AL-QURAN MULA BEBICARA =
============ ========= ========= ========= ========= ========= ===
Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa...... ........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil
minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
( dieditkan oleh senaki )
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ****** Anda ingin menjadi DA'I SEJUTA E-MAIL
tolong anda kirimkan artikel ini kepada sesama muslim,
baik keluarga, sahabat dan siapapun yang anda kenal
atau silakan cetak untuk bacaan keluarga di rumah.
Terima kasih.
Wa Billahit-taufiq wal-hidayah
Wassalamualaikum wr.wb
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk duniamu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk akhiratmu"
Rumah Kasih Harmoni
RUMAHAMAL.ORG menyediakan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan amalan berjariah, bersedekah, zakat dan seumpamanya di seluruh Malaysia. Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Laman web ini diwujudkan khusus untuk memberikan peluang dan membantu mana-mana pertubuhan / yayasasan / rumah amal kebajikan untuk mengutarakan maklumat, aktiviti, pengurusan dan bagaimana untuk menyalurkan derma dan sumbangan kepada mereka.

Kepada pihak pengurusan pertubuhan/rumah amal kebajikan sekiranya anda ingin menyenaraikan kegiatan anda di laman web ini, sila emial permohonan anda kepada pertanyaan@rumahama l.org
Hanya satu kategori badan/kegiatan amal sahaja yang akan dipromosikan pada satu masa. Rumah amal atau kegiatan amal yg sudah boleh berdikari/sudah tamat akan di gantikan dengan rumahamal/kegiatan amal yang lain.
Silakan layari laman web ini dan bantulah serta berbuatlah amal jariah dan kebajikan kepada mereka semua.

Rumah Kasih Harmoni
MAYBANK :5121- 8313- 4032
CIMB BANK: 1435-0004917- 25-8
PAYPAL:e-JARIAH:https: //www.paypal. com/cgi-bin/ webscr?cmd= _s-xclick&hosted_button_ id=6334604
Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: rkh@rumahamal. org
Monday, July 6, 2009
Anda Rasa Anda X Cukup Cantek..?
Assalamualaikum...
Sebagai manusia kita punyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yg telah di anugerahkan oleh Allah. Namun sifat manusia itu sendiri yg jarang sekali untuk bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan. Selalu merasa diri serba kekurangan dari suatu sudut, dan dari sudut lainnya kita
merasa kita x cukup cantek. Cuba lihat video youtube dibawah dan bandingkan wajah insan malang ini dengan wajah anda.. masih x mahu bersyukurkah anda..?
TERNAKAN KELI SECARA ORGANIK DALAM KANVAS / KOLAM SIMEN
TERNAKAN KELI SECARA ORGANIK DALAM CANVAS / KOLAM SIMEN
KEBAIKAN:
1. JIMAT KOS , MASA DAN TENAGA.
2. TIDAK PERLU SALIN AIR.
3. MENGHASILKAN KELI GRADE "A", BERKUALITI DAN HALAL.
4. AIR BERSIH TIDAK BERBAU.
5. TIADA PROSES GRADING.
6. KEUNTUNGAN TINGGI
7. MAKANAN BIO ORGANIK {B1} DISEDIAKAN HANYA SEKALI SEHINGGA KELI BOLEH DIPASARKAN
(3 BULAN).
8. 2000 BENIH KELI = 1 BAG / 5KG B1.
9. HANYA 1 BAG MAKANAN TAMBAHAN (DEDAK) UNTUK 10,000 KELI SELAMA 3 BULAN.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAKEJ TERNAKAN KELI KANVAS
(RM3,100.00 SAHAJA)
1. 1 UNIT GRADE "A" KANVAS (9'X18'X3')
2. 1 SET KERANGKA BESI
3. 10,000 BENIH IKAN KELI (SIZE YG DI SYORKAN 2 INCI)
4. 5 BAG BIO (B1)
5. 1 BAG DEDAK 25KG ( HANYA UNTUK PROTEN TAMBAHAN SEHINGGA IKAN BOLEH DI PASARKAN)
JUALAN SELEPAS 3 BULAN
ANGGARAN JUALAN = 80% MINIMUM ( KEBARANGKALIAN UNTUK HIDUP 100% ADALAH TINGGI)
HARGA KAMI BELI SEMULA = RM3.00 - RM3.50 (BERGANTUNG PADA PASARAN SEMASA)
IKAN BOLEH DIJUAL BILA MENJANGKAU BERAT 140g - 200g (7 EKOR - 5 EKOR / KG)
1. 8,000 EKOR / 5 EKOR = 1.600 KILO
2. 1,600 KILO X RM3.20 = RM5,120.00
JUALAN PERTAMA
HASIL BULAN PERTAMA - MODAL = UNTUNG BERSIH
RM5,120.00 - RM3,100.00 = RM2,020.00
JUALAN KEDUA DAN SETERUSNYA
MODAL = RM2,135.00
1. 10,000 BENIH IKAN =RM1,600.00
2. 4 BAG BIO (B1) =RM460.00
3. 1 BEG MAKANAN TAMBAHAN (DEDAK) =RM75.00
JUMLAH =RM2,135.00
HASIL JUALAN KEDUA - MODAL = UNTUNG BERSIH
RM5,120.00 - RM2,135.00 = RM2,985.00
BEGITULAH BULAN-BULAN SETERUSNYA .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARGA BARANG TANPA PAKEJ (ASAS)
KANVAS GRADE "A" / GRADE "B" (9'x18'x3') RM700.00 / RM650.00
KERANGKA BESI RM400.00
BIO ORGANIK (B1) RM115.00
PROTIN TAMBAHAN (DEDAK DING DING 25KG) RM75.00
ANAK IKAN KELI (2 INCI ) RM0.16
JUMLAH RM3,350.00
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ISHAM ISTIQAMAH ENT.
Km35, Jalan Parit Gantong, 77400. Sg.Rambai Melaka
tel:013 6489991
Website - http://businessapasaja.blogspot.com
Membekal Benih Ikan Keli
Kami Sedia membekal canvas, benih ikan keli dan makanan organik .
Penghantaran percuma untuk destinasi berdekatan (sekitar melaka dan muar).
Harga boleh dirunding.
HARGA BENIH (bergantung pada kuantiti)
Bersedia membeli kembali hasil ternakan.
Tunjuk ajar akan diberikan percuma dari pehak kami.
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi:
H/p : 013 - 6489991
email: isham.istiqamah@yahoo.com
Banjir Arak Di Kuala Lumpur?
Posted on Saturday, July 04 @ 05:00:00 MYT by Paktam
Oleh Azizi Abdullah
Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.
Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.
Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.
Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.
Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap
sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.
“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.
Orang kampung minum air daun ketum sajalah
Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?
Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.
Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.
Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.
Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.
Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.
Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.
Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.
Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.
Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.
Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.
Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.
Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.
Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.
Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.
Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.
Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.
Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.
Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.
Sunday, July 5, 2009
Ali Rustam Beruk
BY Mimpi senja
Larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan pada tahun 2000 telahpun di tarik balik atas arahan Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Itupun kerana beliau tepaksa juga pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana berkempen untuk dirinya sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.
Arahan itu menunjukan sifat 'kebencian'nya yang mendalam pada kerajaan Kelantan pada suatu ketika dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka itu seperti terkena sumpahan rakyat Kelantan bilamana budaya masyarakat di sana diimport atau dibawa berhijrah ke negeri Hang Tuah itu.
Kali ini Datuk Ali mencetuskan idea baru yang tidak terfikir oleh pegawai2nya iaitu dengan a mengimport beberapa ekor beruk dari Kelantan. Tarikan terbaru di negeri Melaka ialah
aksi beruk memetik buah kelapa sambil para pelancong berkunjung ke Taman Buah-buahan Tropikal di Sungai Udang.
Aksi beruk yang tidak asing lagi di negeri Pantai Timur itu rupanya sudah mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sejak sekian lama sebagai tarikan pelancong ke negeri itu. Buat permulaan kerajaan negeri telah membawa lima ekor berok bersama dengan jurulatihnya sekali yang akan menjaga dan menyelia beruk2 tersebut.
Selepas beruk, mungkin beberapa lagi budaya masyarakat Kelantan akan dibawa masuk oleh Datuk Ali bagi menggalakan lebih ramai pelancong ke negeri ini selain daripada lambakan kedai2 masakan citarasa kelantan yang telah sedia ada di negeri ini sejak sekian lama.
ibnuhasan
Nenek Nak Bayar Hutang
Mohd Zaim wrote:
>
> Assalamualikum,
>
> Salam kpd semua, sesiapa yang kenal dengan Mohd Razi Affandi B Mohd Nor sila hubungi saya. nenek ada berhutang dan ingin menjelaskan hutang yang saya sendiri tak pasti..
>
> Terima Kasih.
>
> Zaim @ 0193415185
BS: Bayar kat saya pun boleh nek... huhuhu
Peringatan kepada kaum lelaki
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ahmad Baei Jaafar
Saya ingin berkongsi ilmu dengan temanku dan pengunjung blog ini terutama kaum lelaki. Saya sesekali duduk di saf belakang dalam masjid. Suatu hari seorang lelaki gemok solat di hadapan saf saya (lebih kurang 3 meter), waktu dia sujud, ternampak sebahagian lutut dan pahanya. Saya jangkakan mungkin lelaki gemuk sahaja, tetapi rupa-rupanya lelaki biasapun keadaannya sama. Di sini saya mula risau kerana saya juga memakai kain pelikat ketika solat. Ini menyebabkan saya cuba lakukan sendiri di rumah seperti lazimnya. Sebenarnya kerisauan itu bersangkutan dengan hukum sah atau tidak solat itu.
Saya merujuk kembali kepada kitab tua yang pernah dipelajari dahulu. Jika anda ada kitab Sabilul Muhtadin, mukasurat 183 Jilid1, cuba rujuk perenggan berikut: "Syahdan, disyaratkan pula pada menutup aurat itu dari atas dan pada sekalian pihak kelilingnya, maka tidak diwajibkan menutup dia dari bawah. Maka jikalau
sembahyang seseorang pada tempat tinggi maka kelihatan kepada orang auratnya dari bawah maka iaitu tidak mengapa. Bersalahan apabila kelihatan auratnya dari atas seperti leher bajunya atau pada kelilingnya seperti pada tangan bajunya maka iaitu tidak memadai, (maka batal sembahyang)."
Berdasarkan contoh di atas, saya percaya untuk wanita kerana bahagian leher dan tangan adalah aurat wanita. Contoh ini juga mungkin tidak melibatkan wanita Melayu kerana pakaian wanita kita lebih bersopan iaitu memakai telekong. Cuma mungkin ketika sujud, tapak kakinya jika terbuka boleh membatalkan solatnya.
Tetapi pada lelaki, jika dengan hanya pakai kain sarung, kepala lutut dan pahanya dijangkan boleh dilihat oleh orang di belakangnya, maka solatnya boleh batal. Perkara ini memang menjadi budaya orang Melayu. Jadi bagi mengelak solat itu terbatal, saya suka mencadangkan supaya kita memakai seluar panjang di dalam kain sarung itu. Kita mungkin pernah lihat orang Arab dan India memakai jubah dan di dalamnya dipakaikan seluar panjang. Inilah jalan yang selamat bagi kaum lelaki.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
Bila hukuman hudud boleh disabitkan?
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ahmad Baei Jaafar
Setelah kita menyenaraikan jenis-jenis kesalahan di bawah hukuman hudud sebelum ini, pada kali ini mari kita halusi satu daripada kesalahan hudud sebagai contoh kes. Fokus kita adalah pada kesalahan zina iaitu bagaimana seseorang itu boleh disabitkan sebagai berzina dan bagaimana dia boleh dihukum dengan hukuman hudud?
Zina diharamkan oleh Islam berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah amalan kotor dan seburuk-buruk perjalanan hidup” (Surah Isra’: 32).
Sebenarnya dalam ayat tersebut Allah melarang seseorang itu menghampiri zina, bukan hanya sekadar melarang perbuatan zina semata-mata. Namun pada hari ini larangan itu tidak diambil perhatian terutama remaja.
Dalam masyarakat kita hari ini lelaki dan perempuan dilihat bebas bergaul. Batasan agama sudah tidak diambil kisah apatah lagi apabila mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa. Terdapat beberapa kes yang kita temui di taman perumahan khususnya di apartmen, beberapa lelaki senang-senang membawa teman wanitanya bermalam di rumahnya.
Pernah juga ditemui di rumah atau apartmen yang disewa oleh wanita bujang, turut dikunjungi oleh lelaki pada waktu malam. Malah ada juga
--
yang dibenarkan tidur di mana-mana antara bilik di rumah tersebut. Pada mereka perbuatan itu tidak salah selagi tidak berzina.
Mereka yang terlibat dalam kes ini lazimnya tidak dapat dikesan jiran setaman kerana kehadiran mereka ke rumah itu bagaikan suami isteri. Kecuali jiran yang peka dengan keadaan sebenar jirannya, ada kemungkinan akan membuat laporan kepada pihak berwajib. Namun sebahagian besarnya tidak berani untuk melakukan sesuatu kerana takut dikatakan “menjaga tepi kain orang.”
Penulis pernah bertemu dengan beberapa orang yang dikesan dalam kes seumpama ini. Apabila disoal tentang hukum agama, ternyata mereka berada dalam keadaan terkeliru. “Kami tidak buat apa-apa, salah ke macamni?” jawab salah seorang daripada mereka. Ada juga yang berkata, “Ayah saya tahu kedudukan kami, dia pun tidak pernah marah.”
Sebenarnya keberadaan mereka di dalam rumah sebegitu boleh dikategorikan sebagai berkhalwat dan ia satu kesalahan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri ini.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995, antara lain menyebut bahawa mana-mana lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri berada dalam keadaan yang mencurigakan dalam sesuatu tempat adalah melakukan kesalahan khalwat.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah memperuntukkan pada 9(1) “Mana-mana orang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”
Khalwat kerana Jahil
Apabila ditangkap baru dia tersedar bahawa khalwat adalah satu kesalahan. Kejahilan umat Islam terutama remaja dalam hal ini amat dikesali. Barangkali inilah antara sebabnya mengapa masih berlaku gejala sosial dalam masyarakat Islam kini.
Bayangkan kalau berkhalwat sudah dikira satu kesalahan, apatah lagi kalau mereka berzina. Jadi, mereka yang peka atau sensitif dengan hukum Allah ini pasti tidak akan berkhalwat kerana dalam keadaan itu peluang ke arah zina sudah terbuka luas.
Menurut pengamal undang-undang Syariah, kes yang banyak diputuskan dalam mahkamah syariah adalah melibatkan kesalahan khalwat berbanding kesalahan zina. Hal ini kerana kesalahan zina sukar dibuktikan kecuali dengan pengakuan pihak terbabit.
Siapakah di dunia ini pada zaman ini yang sanggup mengaku salah apabila dia benar-benar bersalah? Kalau boleh, mereka akan menutupnya kerana malu atau takut dihukum. Kalau adapun yang mahu mengaku salah, hanya apabila telah didesak dengan pelbagai cara. Sesetengahnya terpaksa mengaku salah apabila kesnya berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa.
Kalau begitulah keadaannya bagaimana hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini? Sedangkan kebanyakan hukum hudud yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah adalah dengan pengakuan sendiri sama ada pihak lelaki mahupun perempuan.
Sabit Kesalahan Zina
Saya ingin mengajak anda menghayati kisah berikut; pada satu hari Dolah membawa Joyah ke hotel di ibu kota dan bermalam di situ. Pada malam itu Dolah berjaya memujuk Joyah untuk melakukan hubungan seks. Tanpa rasa bimbang dan takut diserbu pihak berkuasa, berlakulah drama seks antara mereka sampai pagi. Tiga bulan kemudian Joyah didapati mengandung. Dan sembilan bulan kemudian, Joyah dengan rasa bangga bersalin anaknya dengan selamat. Tetapi pada tahap ini, Joyah menangis sedih kerana anaknya terpaksa didaftarkan sebagai anak tanpa bapa. Hal ini kerana Joyah gagal menunjukkan sijil nikah mereka.
Ya, cuba anda bayangkan jika hukum hudud telah dilaksanakan sekarang di negara ini, bagaimana mereka berdua boleh disabitkan sebagai berzina? Bolehkah mereka berdua dihukum setelah disedari oleh pegawai pendaftar kelahiran?
Sebenarnya dalam Islam, untuk mensabitkan kesalahan zina adalah dengan salah satu daripada tiga sebab iaitu:
1. Pengakuan sendiri oleh lelaki atau perempuan
2. Wanita mengandung sedangkan dia belum berkahwin
3. Empat orang saksi terhadap kejadian zina tersebut.
Pengakuan sendiri
Terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah bagi menyokong sebab pertama. Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah di masjid, dia mengaku dengan katanya, “Wahai Rasulullah aku berzina,” maka Baginda berpaling muka daripadanya. Maka dia beralih tempat bagi menghadap muka Baginda lalu mengulangi kata, “aku berzina,” Baginda sekali lagi berpaling daripadanya. Dia mengulangi perbuatan yang sama sehingga cukup empat kali.
Setelah pengakuan yang keempat Baginda terus bertanya, “apakah kamu gila?” Tidak jawabnya. “Adakah kamu sudah berkahwin?” Ya sudah katanya. Sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabat yang hadir: “Bawalah dia dan rejamlah,” (Muttafa’ alaih).
Berdasarkan hadis ini, walaupun pengakuan dilakukan oleh orang yang terlibat, masih diperlukan pengakuan sebanyak empat kali. Ini bagi memastikan dia serius dan melakukannya bukan kerana tertekan.
Dalam hadis lain daripada Amran bin Husain dia berkata, seorang wanita, Jahniah dalam keadaan mengandung hasil perzinaan datang menemui Rasulullah lalu mengaku dengan katanya, “wahai Rasulullah aku telah terlanjur, hukumlah aku. Maka Baginda memanggil walinya dan berkata, “jaga elok-elok anakmu.” Setelah bersalin, dilakukan seperti yang diminta. Maka nabi pun meminta wanita itu memakai pakaian menutup tubuhnya, kemudian diperintahkan supaya dia direjam sehingga mati. Rasulullah melakukan solat jenazah ke atas jenazahnya.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi).
Wanita Bujang Mengandung
Bagi wanita yang mengandung sedangkan dia belum berkahwin, pensabitannya tidak perlu kepada empat kali pengakuan. Dan untuk itu juga, pihak berkuasa tidak perlu mengharapkan mereka datang membuat aduan sendiri. Sebaliknya mereka boleh ditangkap dan didakwa sebagai berzina. Cuma dalam keadaan itu terdapat dua keadaan yang diputuskan ulama:
Jika wanita itu mendakwa dia dipaksa atau dia tidak tahu tentang zina, tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud untuknya. Demikian pendapat Imam Syafii, Abu Hanifah dan Ahmad al-Hanbali.
Wanita itu tetap dihukum hudud kecuali jika dia dapat mendatangkan bukti bahawa dia dirogol. Demikian pendapat Imam Malik.
Empat Saksi
Sabit kesalahan zina apabila terdapat empat orang saksi terhadap kejadian zina itu. Saksi adalah menjadi penentu jika tidak terdapat sebab pertama dan kedua. Firmah Allah, “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara wanita kamu, maka buktikan dengan empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.” (Surah al-Nisa’: 15).
Hadis daripada Abi Hurairah menyebut bahawa Saad bin Ubadah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu jika aku dapati lelaki lain bersama isteriku, lalu aku bertenang sehingga dibawakan kepadaku empat orang saksi? Baginda bersabda, ya betul,” (Riwayat Syafii, Ahmad, dan Malik).
Berdasarkan hadis itu, sebagai suami mereka harus bertenang, jangan membuat tuduhan melulu apabila melihat sesuatu yang meragukan terhadapa isteri. Kalau suami sendiri begitu kedudukannya, bagaimana orang lain, tentulah tidak wajar bertindak melulu. Begitu juga jika dakwaan itu datang daripada saksi yang tidak cukup syarat, dakwaan itu seharusnya ditolak sahaja.
Dalam hal ini jika dakwaan tanpa empat orang saksi, maka dakwaan itu dianggap palsu dan pendakwanya dianggap sebagai pembohong. Jadi, dakwaan itu bukan sahaja tidak boleh disabitkan, bahkan pendakwa itu boleh disebat dengan 80 kali sebat.
Pembuktian saksi boleh diterima apabila:
Empat saksi melihat sendiri perbuatan zina berlaku antara lelaki dengan perempuan tersebut.
Mereka membuat pengakuan menyaksikan zakar lelaki berada dalam faraj wanita.
Saksi tersebut akan disoal tentang apa yang difahami tentang zina, bagaimana berlaku zina, tempat berlaku zina, masa berlaku zina, dan perempuan yang dizinai itu.
Jika berlaku percanggahan dalam persaksian itu antara empat saksi tersebut, saksi itu akan ditolak dan kesalahan zina itu tidak boleh disabitkan dan hukum hudud tidak boleh dikenakan. Oleh sebab itu saksi dalam kes ini tidak boleh bertindak merancang dan berpakat bagi memerangkap mangsa.
Realiti Masa Kini
Berdasarkan sebab-sebab yang boleh mensabitkan zina hingga boleh dikenakan hukuman hudud, saya mengajak anda padankannya dengan kisah di atas. Sebab yang manakah boleh disabitkan pasangan itu?
Jelas di sini, empat orang saksi sudah tentu tidak boleh mengesan kesalahan mereka. Meskipun mereka dibantu oleh pegawai hotel untuk menunjukkan biliknya, namun mereka tidak mampu nampak perbuatan zina itu. Jadi pasangan itu boleh bebas sampai ke pagi.
Katalah empat pegawai penguat kuasa berjaya memecah masuk bilik itu, mereka sudah tidak nampak aksi seks itu kerana mereka sudah bangun, malah pasangan tersebut berjaya menyorok di tempat berasingan. Jadi, kesalahan zina itu tidak boleh disabitkan dan hudud tidak boleh dikenakan terhadap mereka walaupun ujian DNA menunjukkan mereka telah berzina.
Dalam kes itu juga, pasangan itu tidak mahu membuat pengakuan berzina, malah sanggup mengguna peguam untuk menyelamatkan mereka daripada tuduhan itu. Jika mereka mengaku kemudian setelah dibicarakan, kesalahan zina itu juga tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud.
Katalah pasangan itu selamat daripada diberkas penguat kuasa, hingga anak yang dikandungi itu berjaya dilahirkan, maka sebab kedua tidak boleh digunakan lagi. Waktu dia mengandung tidak siapa yang berjaya mengesannya kecuali bahagian pendaftaran sewaktu hendak membuat pendaftaran kelahiran anaknya. Bukti kelahiran anak tidak termasuk dalam sebab yang membolehkan mereka disabitkan kesalahan itu walaupun hakikatnya mereka berzina. Kalau begitu, hudud tidak akan boleh dilaksanakan dalam keadaan ini.
Peranan Ulama Mendidik Iman
Sekadar andaian, barangkali itulah sebabnya mengapa para ulama pada ketika itu sehingga ke hari ini tidak begitu secara serius mengetengahkan hukum hudud. Mungkin pada mereka kalau hudud dilaksanakan pada hari ini, akan berleluasalah perzinaan kerana peluang untuk sabit zina seperti mustahil.
Mungkin umat Islam pada zaman Rasulullah yang terdidik iman, mampu mengaku salah apabila terjebak dalam kancah zina. Mereka sanggup mengadu dan meminta dihukum atas keinsafan. Tapi bagaimana dengan umat pada hari ini, iman senipis kulit bawang, tidak mungkin mereka akan mengadu dan minta dihukum.
Pada hari ini, ramai wanita yang mengandung di luar nikah. Maka untuk mengelak daripada hukuman hudud, mereka akan mengaku dirogol. Ya, kerana tidak ada iman, mereka boleh buat apa sahaja.
Selain itu, tanpa iman ramai lagi lelaki dan wanita akan merancang untuk berzina. Hal ini kerana pada mereka, kalau melakukannya di hotel atau di rumah yang tertutup tidak mungkin dijejaki oleh empat orang saksi kerana Islam tidak benarkan mengintai.
Jika benarlah ulama berfikiran begitu, mungkin ramai yang boleh menerimanya sebagai munasabah dan relevan pada zaman awal kemerdekaan, namun setelah beberapa tahun berlalu, apakah ulama itu tidak cuba menaiktarafkan iman umat Islam? Tentulah tidak wajar iman mereka semakin menurun kalau mereka terus berdakwah secara serius dalam tempoh itu.
Realiti yang dapat dilihat pada hari inilah, iman umat Islam semakin luntur, maksiat semakin menjadi-jadi. Adakah ulama, pendakwah, dan ahli cerdik pandai Islam tidak begitu memainkan peranan mereka ke arah itu?
Tentu tidak munasabah setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, kefahaman umat Islam terhadap agamanya tidak meningkat. Jika semua agensi agama, ulama, mubaligh dakwah, dan NGO memainkan peranan masing-masing bukan sahaja umat Islam bertambah ini, orang bukan Islam pula semakin faham tentang Islam. Kalau begitu kedudukannya, apakah alasan lagi untuk kita takut untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.
Sebenarnya hukum hudud berdasarkan perlembagaan sudah boleh dilaksanakan di negara ini tanpa rasa ragu. Tetapi persoalannya sudahkah ulama cuba meyakinkan pemerintah? Sudahkah ulama menjelaskan faedah sebenar pelaksanaan hudud itu? Hakikatnya, ulama sendiri tidak sanggup mempengaruhi pemerintah dan pada masa yang sama mereka tidak serius dalam mendidik iman umat Islam dan rakyat Malaysia.
Dalam hal ini ulama yang mewakili umat Islam seharus menyahut seruan Allah, “Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan untuk kebaikan manusia, kerana kamu berperanan menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),” (Surah Ali Imran: 110).
Maknanya ulama seharusnya merobah fikiran masyarakat termasuk pemimpin, bukan sebaliknya, pemimpin dan masyarakat yang merobah fikiran ulama. Namun itulah realiti yang berlaku pada hari ini, ulama lebih dipengaruhi oleh pemerintah dan masyarakat. Apabila pemimpin mengeluarkan satu idea, ulama akan sambut dan mencari hujah untuk menyokongnya.
Apakah Jalan Keluarnya
Berdasarkan apa yang dibentangkan di atas, hukum hudud seharusnya boleh digubal mengikut kesesuaian iklim negara kita. Walaupun hukum hudud itu pada masa ini bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu digusarkan kerana pada jangka panjang, perlembagaan itu boleh dipinda kemudiannya.
Pada masa yang sama, ulama termasuk NGO perlu bergerak mendidik iman dan takwa. Umat Islam perlu disedarkan tentang iman, Islam, dan ihsan. Rakyat Malaysia seluruhnya perlu diberi penjelasan sebenar tentang kebaikan Islam dan hukumnya.
Kemudian sementara menunggu perlaksanaan sepenuhnya, sebab kedua bagi mensabitkan hukuman hudud boleh diguna sebagai percubaan. Hal ini kerana terlalu berleluasa mereka yang mengandung di luar nikah pada hari ini. Mereka itu seharusnya didakwa dan dihukum dengan yang setimpal bagi menyedarkan orang lain bukan sekadar melindungi di rumah pemulihan akhlak sahaja.
Benar mengikut pendapat di atas, wanita yang rogol tidak boleh sabitkan sebagai zina dan tidak boleh dikenakan hukum hudud. Kes ini samalah juga dengan kes yang empat orang saksi lelaki yang tidak cukup syarat untuk mensabitkannya.
Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa apabila mereka disyaki oleh pemilik hotel terdapat pelanggannya dan kemudiannya berjaya dikesan oleh empat pegawai penguat kuasa agama, hudud tidak boleh disabitkan kerana mereka tidak dapat melihat secara jelas perbuatan zina itu. Walaupun ujian DNA menunjukkan mereka telah berzina, hudud tetap tidak boleh dikenakan kepada mereka.
Sungguhpun begitu, kita kena ingat apabila syarat untuk mensabitkan kesalahan itu tidak dapat dipenuhi, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, tetapi ada gantinya. Kesalahan mereka wajib dihukum dengan takzir. Hukuman takzir adalah menjadi hak hakim sama hendak mendendanya dengan wang, atau penjara, atau rotan yang jumlahnya tidak menyamai kadar hudud.
Perlu ditegaskan di sini, undang-undang jenayah syariah yang sekian lama dijalankan di negara kita kini adalah berdasarkan takzir. Hukum ini tidak bercanggah dengan Islam kerana syarat untuk sabit hudud tidak dapat dipenuhi. Jadi, hukum takzir hakikatnya adalah undang-undang Islam juga.
Oleh sebab itu, adalah keterlaluan kalau ada dalam kalangan umat Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang syariah di sini dengan pelbagai tuduhan liar. Tuduhan bahawa undang-undang itu sebagai tidak Islamik adalah salah kerana takzir juga sebahagian daripada hukum Islam.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
Islamkah Malaysia..?
Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:
Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia
Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.
Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana
perlaksanaan undang-undang berasaskan fahaman terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Mereka sekadar menafsirkan Perlembagaan menyatakan Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.
Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:
Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan undang-undang selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh mengatasi arahan bapa. Persoalan lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif (Perdana Menteri), YDPA/Sultan, dasar-dasar parti politik, dan semua badan/individu tertakluk di bawah Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah Perlembagaan. Sebarang undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan bertentangan dengannya menjadi terbatal dan tidak sah. Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama bagi Persekutuan.
Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara 11 (1) memperuntukkan Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Alasan Ringkas
Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi kerana:
Issue: Samada undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi?
Reason:
1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi
2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan
3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan
4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan kesemua ibadah mengikut Al-Quran & Hadis
Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mematuhi kesemua ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, termasuk mengutamakan perlaksanaan undang-undangnya. Oleh itu ini bermaksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah tertinggi.
Kenapakah salah faham ini terjadi? Pertamanya penjajah memahami Islam seperti agama lain, iaitu mendefinisikan Islam sekadar syahadah, bersolat, membayar zakat, berpuasa dan mengerjakan haji. Pemahaman ini kemudian diwariksn kepada pengamal undang-undang, dan akhirnya menjadi undang-undang yang mempengaruhi jentera kerajaan dan masyarakat Islam keseluruhan. Ini adalah fahaman ke atas Islam yang sangat jauh terpesong:
Artikel penuh di http://muslimvillag e.wordpress. com
Saturday, July 4, 2009
Aku Nak Mancing...!!!!
RM10,000 jika dapat tangkap ikan naga di Tasik Kenyir
MOHD. ADHA MOHD. ZAIN 
Kerajaan Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menangkap ikan naga atau nama saintifiknya, Arapaima Gigas yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tawaran itu dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.
''Ikan naga merupakan spesies ikan besar dikatakan berasal dari Sungai Amazon dan menjadikan ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.
''Adalah dikhuatiri ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Madziah Mohd. Lada iaitu balu kepada Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir baru-baru ini, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh di sini hari ini.
Ahmad berharap Arapaima Gigas itu dapat ditangkap hidup-hidup kerana kerajaan negeri bercadang menghantarnya ke Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman.
Beliau memberitahu, walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies
ikan yang besar, tetapi ia tidak menyerang manusia.
Katanya, ikan Arapaima Gigas hanya menjadikan ikan- ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.
''Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram,'' katanya.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui berapa jumlah sebenar ikan itu di dalam Tasik Kenyir.
''Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya lagi.
Mengenai prosedur tangkapan Arapaima Gigas, Ahmad memberitahu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui penguatkuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan tersebut.
Jelasnya, kaedah menangkap Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran serta kekili dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
''Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Ketengah bagi tujuan keselamatan," katanya.
- UTUSAN
Friday, July 3, 2009
Cekup isteri curang
Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com. my
KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.
Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.
“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami
memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.
“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.
Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.
Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.
Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.
Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini
--
Anak Derhaka
" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n
kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,"
jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan
itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu
dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk
keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut
menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan
sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana
sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan
tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
sendiri
pun tak dapat bantu."
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.
" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si
gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
anaknya
itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida
menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah
ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?
"
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.
" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan
saya
memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke
arah
saya.
" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang
yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal.... .."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan
gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja
kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya
emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.








