Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
IPOH[3.30 pm] - Beberapa orang lelaki ala samseng telah dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk membantu "rampasan kuasa speaker" sebentar tadi. V.Sivakumar telah diheret keluar secara paksa dan tempat duduk speaker telah digantikan oleh R.Ganesan. Tidak diketahui siapakah individu yang menceroboh ke dalam dewan yang mulia itu. Namun, difahamkan mereka adala anggota pasukan polis yang memakai pakaian preman untuk menggangu perjalanan sidang DUN.
BUJANG SUSAH: Ni kejadahnya semua ni.. Ni kerja polis la ni? Polis ni betul2 dah xder kerja lain la. Klau bukan kerja polis kenapa polis yg ramai2 kat situ xde ambil tindakan kan. Yang lagi bestnya siap boleh tolong zamry n the gang lagi tu. ( http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/bn-berjaya-rampas-kerusi-speaker-dengan.html )Betul la mcm org kata polis ni dah tukar kerja. kerja polis sekarang ni memastikan BN terus dapat memertintah walau dengan apa cara sekalipun. Dah gila ker main heret2 speker mcm tu jer. UMNO ni dan nak mampus ke. Klau ni semua kerja orang awam, bila ada persidangan dun kat mana2 negeri nanti boleh la sapa2 masuk dan heret kluar speker . polis pun x boleh marah la kan. Malaysia ni betul dah jadi gila, kerana ORG GILA YG MEMERINTAH MALAYSIA SEKARANG NI....!!!!!!
Adun BN lantik speaker sendiri Adun BN yang dihalau tak mahu keluar dewan Adun BN punya mic ok manakala mic PR tak ok Adun BN buat sidang sendiri Adun BN buat usul sendiri dan sendiri sokong
Yang bestnya semua ni dibuat sebelum sidang DUN bermula iaitu selagi wakil Sultan Perak tidak merasmikan DUN manakan boleh DUN ini bersidang.
tu pasai walaupun speaker haram BN menangguhkan dewan semua adun BN tak berani keluar dewan sebab takooooottttttt speaker yang benar (halal) memulakan sidang DUN.
nampaknya tak semua adun BN bersetuju dengan apa yang Zambry buat...
oleh peihong
BUJANG SUSAH: BN ni buat sidang dun ni mcm main pondok2 jer ... Apa la punya bangang org2 BN ni..
Kawan tak tau apa nak jadi dengan awak ni, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nak kawan tuduh awak ni buta dan pekak, tak elok sangat kawan buat gitu. Masuk ni, dah dua hari Raja Petra Kamarudin siarkan artikelnya yang bertajuk "The mystery of the missing confession".
Tapi, kawan nampak awak buat pekak je, buat buta je. Tak eloklah awak buat perangai macam lembu kenyang, Datuk Seri. Setakat suruh anak-anak buah pertikaikan sumber RPK je, orang tak heran. Tak ubah macam lembu kenyang yang dah tak kuasa nak bergerak, setakat kibas-kibaskan ekor menghalau lalat yang menghurung punggung. Apa barang, Datuk Seri!
Kalau betul RPK mengada-adakan cerita, mengemukakan sumber yang tak wujud, mau bikin drama, berbohong hidup-hidup, ambiklah tindakan, Datuk Seri!
Kalau kawan orang tuduh isteri kawan sampai macam tu, kawan tak duduk diam, Datuk Seri! Jam itu jugak kawan bingkas melawan. Miskin-miskin kawan pun, kawan pergi pejabat lawyer, mintak dia ambik tindakan undang-undang. Sanggup kawan gadai tanah yang sekangkang kera untuk ambik peguam bersihkan nama isteri kawan.
Ni awak, kawan tengok buat perangai lembu kenyang je. Heran kawan. Takkan tak nak jaga maruah!
Sebelum ni kawan dah mohon awak saman RPK. Tak de satu benda pun yang kawan dengar.
Bukan setakat buat perangai lembu kenyang terhadap tuduhan RPK; ayah politik Datuk Seri suruh bersihkan nama pun, Datuk Seri buat perangai lembu kenyang jugak. Satu dunia tahu Tun Dr Mahathir Mohamad minta Datuk Seri bersihkan nama.
Jangan macam tu, Datuk Seri. Rakyat Malaysia tak nak orang bertanya dengan kata-kata, "Perdana Menteri awak tu lembu kenyang ke?"
Itu pun dah kira nasib baik kalau tanya begitu. Macam mana kalau dia tanya, si ****** tu bunuh Altantuya Shaariibuu ke? Kalau dia tak bunuh, ke mana hilangnya pistol yang bunuh Altantuya sebelum mayatnya dia diletupkan?
Negara 'One Malaysia' yang diidamkan Najib menjadi negara 'One Penjara' apabila semakin ramai rakyat ditangkap hari ini. Bermula dengan tangkapan Jurucakap Bersih, Wong Chin Huat diikuti dengan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu malam ini kira-kira 14 orang lagi rakyat yang tidak berdosa ditangkap.
Maka layaklah negara 'One Malaysia' dipanggil 'One Penjara' kerana negara kita sudah tidak bebas lagi. Sikit-sikit tangkap, tidak ikut selera BN tangkap, lawan BN tangkap. Tangkap,tangkap, tangkap ...............apa lagi yang mereka pandai selain tangkap. Kerajaan nampaknya bermusuh dengan rakyat.
Mereka yang ditangkap malam ini ialah Temme Lee, 23, koordinator SuaramJohn Liu, 26, koordinator SuaramLiau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivilChan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivilLaw Teck Hao, 29, editor akhbarLee King Thim, 41Liew Thin Choi, 47 Melissa Wong Yuet Fun, 25.
Semuanya ditangkap kerana berhimpun memberikan sokongan moral kepada Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berhubung siasatan Akta Hasutan.
Posted by SOFI WAHAB
BUJANG SUSAH: Itu dia.. keganasan umno telah bermula... Polis sekarang ni nampaknya kena kerja lebih masa. kerana ramai lagi pemimpin serta penyokong pembangkang yg masih belum ditangkap. Biaq p la dengan perompak, penyamun, perogol, pengedar dadah, pembunuh dan samseng2 seangkatan dengannya. Dah x bimbang la mereka ni nak buat jenayah lepas ni. Polis dah ada tugas baru. Bukan menjaga keselamatan rakyat dan negara. Tp menjaga orang2 umno agar mereka sentiasa selamat sejahtera.. bravo pak polisi....!!!!
"Salam & Tahniah serta Syukur Alhamdullilah kepada Allah kerana memberi kudrat kepada tenaga kerja TKO untuk kembali beroperasi.
Melihat kepada kerajinan dan ketangkasan Ahli-ahli dan para pemimpin UMNO sering membuat laporan polis, kami ingin memberi cadangan supaya pejabat UMNO di buka di dalam balai polis atau di buka bersebelahan kaunter balai polis bagi memudahkan para pendokong UMNO membuat laporan polis.
Sekiranya para pendokong UMNO merasakan laporan polis boleh menarik minat rakyat pada UMNO. Mungkin boleh diibaratkan para pendokong UMNO dan polis bagai Aur dan Tebing iaitu saling memerlukan antara 1 sama lain. Kekadang kesian juga polis sering disibukkan dengan kes-kes bacul pemimpin UMNO untuk berdepan dengan pembangkang secara demokrasi sehinggakan kes hendak bersidang DUN pun memerlukan polis. Nasiblah polis mengikut membabi buta. Sibuknya polis sehinggakan rumah OCPD sendiri dipecah masuk perompak, itu belum cerita pasal kes jenayah-jenayah yang berleluasa sekarang di media & akhbar.
Kepada pengecut usahlah berselindung di belakang polis, berdepanlah dengan semangat kejantanan. Ingat bila jadi perampas mesti kena berani, tapi jangan lupa pulak kuasa Allah lebih besar dari segala-galanya. Itupun kalau masih rasa diri lulusan UIA lah.
Diharap polis tidak terlalu membazirkan masa pada kes-kes UMNO sahaja, banyak kerja lain yang perlu diuruskan, sudahlah kes aduan UMNO polis Cepat bertindak, kes aduan pembangkang dibakul sampahkan sahaja. Perlu diingat Bukan pemimpin UMNO sahaja yang membayar cukai dan gaji polis. Dinegara Jepun, parti UMNO tak memerintah disana pun polis dinegara jepun dapat hidup lagi senang, jadi jangan ingat hanya parti UMNO sahaja boleh memerintah negara & membayar gaji polis.
UMNO ibarat budak manja yang sering mengadu pada keluarganya. UMNO akan terus selesa kerana dijaga oleh polis, tetapi perlu ingat berjuta-juta rakyat sedang memerhatikan kebaculan pemimpin-pemimpin mereka mempergunakan Akta-akta ciptaan UMNO yang pengecut. "
Bagai babak drama sedih, seorang anak mangsa ragut berusia tujuh tahun terpaksa dipeluk ibu saudara bagi menenangkan keadaan selepas beberapa kali bertanyakan ke mana ibunya pergi.
Puteri Norashikin Salleh tidak berhenti menangis apabila mengetahui ibu tercinta, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi semalam selepas 36 jam koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Dia gagal ditenangkan ahli keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di luar bilik mayat HSA, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu dapat ditenangkan apabila ibu saudaranya memeluk dan menyuruhnya menghadiahkan al-Fatihah buat bekalan ibu di alam barzakh.
Kenyataan hidup yang dihadapi Puteri Norashikin bersama adiknya, Mohd Khairi Ridwan, 5, begitu pahit kerana dia bukan saja kehilangan ibu tersayang, malah tidak sempat menimang adik selepas arwah disahkan mengandung lebih dua bulan.
Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.
Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.
Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.
Suami mangsa, iaitu bapa tiri Puteri Norashikin, Razali Ahmad, 41, berkata dia berkahwin dengan Jamilah selepas Aidilfitri kira-kira enam bulan lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser.
“Saya mempunyai dua anak berusia 17 dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, manakala arwah mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun,” kata peniaga makanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu.
Katanya, kejadian ragut menyebabkan nyawa Jamilah melayang itu adalah yang kedua.
Pertengahan tahun lalu, arwah pernah diragut di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ketika menunggang motosikal.
Dia kehilangan beg tangan yang juga diletakkan dalam raga.
Menurut Razali, berikutan kejadian itu, seorang rakan mengajar arwah untuk menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelaknya mudah dilarikan peragut.
“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.
Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.
Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.
“Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,” katanya.
- HARIAN METRO
BUJANG SUSAH:
Encik2 polis... tolong jangan tangkap peragut tu.. dia setakat meragut dan membunuh org awam jer. Bukan menggugat kesetabilan politik menteri2 umno pun. Kerja polis skrg ni kan menjaga keselamatan menteri serta orang2 umno jer kan. Baik tangkap mat sabu dan cikgu bard. Dia orang tu bahaya. Ajak org ramai2 sembahyang hajat. Baik tangkap pemimpin2 PKR yang buat ceramah. Pukul dan sembur air pada org2 yg datang ceramah. Senang sikit. Dia org x melarikan diri. Tak payah kejar2, dia org x da senjata berbahaya. Klau peragut, perompak, penculik dan pengedar dadah susah nak tangkap. kena kejar dulu tu pun belum tentu dapat. buat apa kije susah2 yer x? inilah rupa pasukan keselamatan dalam negara ku. (PRDM) Polis Raja Di Malaysia..
Saya dilahirkan diKedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang IndiaMuslim dan mak saya orangBanting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke Indiadan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telahpergi ke Johor Bahruuntuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksatidur di stesen keretapi. Saya telah bertemudengan seorang paderi bernamaFather Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan danminum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasaInggeris.Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu denganseorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin HjAhmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing,Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agamaKristian di Gereja JalanGasing dan dibina khas! untuk orang Melayuberagama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana,saya telah dihantarke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-carauntuk sembahyang orangmati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia . Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpinAgong Wanita Kristian seluruh Asia dan BendahariAgong wanita Kristianseluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia,kemudian dilantik sebagaipendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantarpula ke Filipinaselama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalambahasa Inggeris danBahasa Malaysia kerana terdapat orangMalaysia,Singapura dan orangFilipina.Kemudian saya balik ke Malaysia sebagaipendakwah dibayar RM60.00sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.Selepas itu dihantar keSingapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan MelayuKristian Singapura. Beliaujuga adalah bekas Tentera Udara Di Raja danberhenti memegang jawatansetiausha agong Kristian Singapore . Apabiladilantik ke gereja saya masihlagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh,dibekalkan duit RM1,400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untukmengkristiankanpelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu denganTuan Ibrahim, Kadi daerahIpohdan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perakdan En Azlan, Pengarah JabatanAgama dan saya terusbertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telahdikristiankan, terutamapenduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoidan Rapat Setia (Perak).Carahendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam,berbaju putih, bertalileher hitam, bawa beg James Bond (elaun satuhari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di KualaLumpur - Daya Bumi,KotaRaya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutamapencari kerja. Pendakwahakan belanja makan apa saja, mempelawa tempattinggal(asrama 120 katil,makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajaksembahyang dengan diberi satu cross selepasdibawa sembahyang akan diberisejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidahmenjadihitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga haldakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untukorang Islam sahaja. Kewangangereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah,Serawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini(terletak di PetalingJaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawangterlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismailorang Sungai PetaniKedah.Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidupterpengaruh dengan Kristian.Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialahVictoria Institution.Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telahKristian-susah untukdiberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteridan datuk-datuk. Di IpohSekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orangSekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila sayatanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. BantingKamariah bt Sidek -lepasansekolah ditarik oleh seorang guru Cina(pendakwah Cina dibayar RM165.00sehari) En Salleh Omar yang menawarkan ceksebanyak RM10 juta kepada YusofNoor untuk mengadakan persidangan Kristiansedunia (sebagaimana tersebardiakhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah,Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya adasalib. Punca terjebakdalam Kristian: 1. Desakan hidup 2.. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orangkepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan KebajikanIslam Perak. Beliaumendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawansatu Malaysia/Brunei kepadaKristian. Padri Besar di Malaysia ialah KamaruddinHj Ahmad. PairinKetinganadalah penaungnya dan saya sebagai timbalanpadri itu. Beliau telahdihantarke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergisetiap masjid bertanya imamdan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islammalas ke masjid. Selepasmesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah,tidak sampai sebulan 400orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,ada yang tidak tahuFatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.Cara untuk masukKristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duitsetem $7.00 pergi kemahkamahdi Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.Nama dalam kadpengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangankepada1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Biladibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob(Pengarah Anti Dadah,BatuGajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. EnAbd Rahman adalah berdakwahdidalam bahasa Inggeris.. Beliau sebagai padridikenakan 4 syarat 1. Tidak boleh hisap rokok2. Tidak boleh minum arak3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah4. Tidak boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padriKamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, merekapernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walausatuayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "NescayaAllah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu danmengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersamauntuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kitasayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'....maha suci Allah. ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...
Apa dah jadi dengan Malaysia ni… semakin hari semakin berserabai lagaknya, segalanya-galanya sudah tidak bebas lagi. Pendekatan yang diambil oleh Kera..jaan negara ini adalah bertentangan sekali dengan hak dan amalan Demokrasi di negara ini.
Kisah satu : Menyorot kepada kes aktivis Bersih diseret ke mahkamah, apabila polis telah menahan aktivis sosial, Sdr Wong Chin Huat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Adalah difahamkan beliau ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh barisan nasional di Perak. Klik di sini
Salahkah jikalau esok 07 Mei 2009, semua rakyat Malaysia berpakaian serba hitam, apa yang kerajaan takut sangat. Semua ni kerja orang gila saja yang dah tak tahu nak tutup kesalahan dan kelemahan mereka.
Kisah dua: Sebelum ini, kerajaan melarang pihak media elektronik membuat sebarang ulasan dan menyebut nama penganalisis politik Abdul Razak Baginda sewaktu melaporkan kes bunuh Altantuya Sharibuu, kemudiannya dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau di larang membawa gambar atau sepanduk Altantuya Sharibuu.
Hari ini pula tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba “menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu”, wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.
Kisah tiga: Imam di Bukit Damansara dipecat susulan khutbah Jumaatnya yang menyeru "pemerintahan adil dan telus". Tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut.
Kalau sudah tidak boleh bercakap tentang kebenaran dalam Islam, eloklah jikalau semua ahli Parlimen, Dun, Datuk, Datin, dan entah apalagi gelaran dunia yang diorang pakai ni dari kalangan Parti UBN yang mengaku Islam supaya tukar kepada agama yang lain.
Janganlah menyusahkan orang lain pula dengan kehendak gila babi korang semua. Lagipun dunia ni bukannya mak bapak korang yang punya… baghal, bodoh, banggang… haramjadah punya manusia… ehhh… itu sifat manusia ke…? ooopppssssss… sorry… orang yang menentang Islam bukannya manusia… tetapi syaitan yang bertopengkan manusia saja… sebab mak dia tersalah melahirkannya…
Kisah empat: Jika benarlah spekulasi ini, yang mengatakan Datuk Jamaluddin Jarjis akan dihantar sebagai Duta ke Amerika Syarikat, maka benarlah Kerajaan yang ada sekarang ini sebuah Kera…jaan gila.
Apakah seorang yang tidak bermoral dan tiada akhlak hendak diangkat sebagai Duta mewakili negara. Sudahlah nama dan imej Malaysia tercalar dengan isu Altantuya, kini seorang peraba bontot dan peminum arak pula hendak dijadikan Duta. Pergh… bodohnya orang yang melantik beliau kerana membuat penilaian dan keputusan mengunakan kepala lutut.
Kisah lima: Di Perak pula, apabila SUK dan Ketua Polis Ipoh yang bersekongkol dengan UBN, yang tidak menghormati Speaker DUN. Klik sini.
Isa : Malaysia Boleh, Malaysia Gila sebab yang mentadbirnya adalah puak makhluk dari parti Gerombolan GILA.
IPOH[7.00 pm] - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto)ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada jam 3.15 petang hari ini selepas didapati cuba menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin kanan parti politik itu ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan."Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya.
Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Jadi sila ambi perhatian kepada para hakim dan juga peguam jangan pakai baju hitam kalau tidak anda turut ditahan hahahah......apa punya mengong KPN ni, masih tak sedar-sedar amaran yang diturunkan Allah swt ke atas diri kamu itu. Takkan nak tunggu jadi macam Rahim Nor kot dah teruk baru nak insaf.....
Kepada tokeh2 kedai pakaian juga anda dilarang memaparkan atau menjual pakaian bewarna hitam kepada pembeli!!! kalu tidak nasib anda akan sama ditahan polis kahkahkahkah....Malu la beb kalu negara luar tahu sikap polis Malaysia yang tidak profesional!! peragut, mat rempit, jenayah samun tak mau konsisten 100% tapi tangkap orang berpolitik 300%.
Apa punya jenis peraturan lah!! PB pun tak tahu, apa-apa pun kita tunggu dan lihat lah apa akan berlaku esok.
Posted on Wednesday, May 06 @ 07:00:00 MYT by Paktam
Oleh Adnan Ibrahim
"Berani buat berani tanggung." Seringnya ungkapan seperti ini dituju kepada golangan belia yang terlajak dalam pergaulan . Terlalu bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan masalah gejala sosial.
Hasil hubungan bebas itu, kerapkali berlaku perempuan mengandung anak luar nikah. Apabila sampai kepengetahuan keluarga atau insentif perempuan itu sendiri bagi mengelak malu, maka diancam bohjan supaya bertanggungjawab. "Sudah buat kena bertanggungjawab."
Sekiranya bernasib baik si bohjan mengambil sikap bertanggungjawab maka selamat nama baik kedua keluarga terbabit. Bagaimanapun tidak kurang juga yang menghilangkan diri sama ada mahu menjaga nama baiknya atau keluarga beliau kerana perbuatannya merosakkan anak orang.
Atau mungkin juga kerana perangainya yang jahat dan suka lari daripada tanggungjawab. Kalau sebut soal taubat jauh sekali. Malah orang seperti ini boleh memangsakan gadis lain pula. Kejahatan orang seperti ini mungkin kerana ada uminiti, orang berpangkat dan terhormat atau memang perangainya jahat.
Perangainya yang jahat mungkin kerana feelnya jahat. Malah kejahatan ini boleh menjadi orang seperti itu cukup licik yang boleh mengelak daripada undang-undang sama ada menggunakan keilmuan undang-undang atau taktikal sebagaimana yang dikatakan "tidak termakan dengan undang-undang."
Kalau Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tetap membisu dalam menjawab isu debat beliau mencabar bekas Menteri di Jabatan Perdana, Dato' Zaid Ibrahim, beliau seolah seperti bohjan tidak bertanggungjawab tadi.
Kenapa Rais berani 'buat', maksudnya kenapa Rais berani mencabar Zaid berdebat. 'Sampai mengandung gadis itu' - Zaid menyambut cabaran debat tersebut. 'Berani buat berani tanggung' - Berani cabar kena berani sahut.
Menteri berkenaan mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.
Rais juga dilaporkan pernah berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design". Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.
'Sudah buat tidak pula mahu taubat'. Kalau tidak berani berdebat minta maaf kerana mencabar Zaid. Bertaubat tidak mengualngi kerana cabaran beliau itu memberi implikasi bahawa beliau yang betul dan orang lain salah. Jangan mahu tegak benang basah dan menunjukkan orang lain tidak betul.
Sebaliknya kemuncak drama ini 'bisu'. Apakah keputusan Rais sama ada ambil tanggungjawab atau hilangkan diri (membisu). Dimana prinsip Rais ini?
Nanti hilang kredibiliti kerana Najib tetap melantik beliau dalam Kabinet walaupun kalah dalam pertandingan dalaman Umno. Sepatutnya Rais kena jaga nama baik beliau.
Apakah Rais sudah silap pertimbangan dalam usaha menjaga nama baik ketuanya kerana berkelulusan Phd dalam bidang undang-undang yang lebih tinggi keilmuannya daripada Zaid, rupa-rupanya tersilap mencabar 'harimau yang ada taring'.
Di mana hilangnya keberanian Rais yang mencabar Zaid sehingga tiba-tiba timbul pengcut dan membisu seribu bahasa sebaliknya pandai pula berdalih dengan alasan bagi mengelak kenyataannya kepada media berhubung sahutan debat Zaid.
Rais kena buang sifat pengecut. Tunjuk kejantanan sepertimana jantannya bekas Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chik bersedia berdebat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Julai lalu, di Dewan Bahasa dan Pustaka disiar secara langsung oleh televisyen swasta.
Buktikan keilmuan 'pengajian habis darjah' yang diperolehi beliau itu betul-betul bermanafaat pada negara dan mempertahankan ketuanya daripada serangan musuh politik Najib. Jika tidak apa faedahnya Najib melantik beliau yang ada ilmu tinggi tetapi langsung tidak mampu menjadi barisan pertahanan Najib menangkis dakwaan pembangkang.
Atau apakah Rais berhasrat menggunakan penyimpan mohor diraja bagi mengumumkan debat terpaksa dibatalkan seperti mana pernah berlaku pada 1986 dimana penyimpan mohor tersebut mengumumkan melalui televisyen bahawa debat antara PAS dengan Umno tidak jadi.
Debat tersebut bagi membincangkan tuduhan Umno mengatakan PAS mengkafirkan Umno. Semua tarikh dan masa serta tempat debat ditentukan Umno. PAS tidak memberikan apa-apa syarat bagi menjayakan debat tersebut. PAS menyebut debat tersebut sebagai muzakarah sebaliknya media terus menggunakan istilah debat.
Selama ini penyimpan mohor diraja hanya keluar tiga kali dalam televisyen Malaysia iaitu bagi menentukan tarikh berpuasa, menyambut raya Aidilfitri dan tarikh tentukan raya Aidiladha.
Apabila penyimpan mohor keluar televisyen pada hari tersebut bagi mengumumkan debat tidak jadi ia cukup mengejutkan rakyat Malaysia.
Jadi siapa sebenarnya yang mainkan raja-raja Melayu?
Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.
Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.
Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.
Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya .
Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.
Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.
Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.
Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.
Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.
Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.
Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.
"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.
Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:
"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."
Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.
Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.
Nampaknya, imej Elizabeth Wong (foto)yang sudah tercalar baru-baru ini, kini dimainkan semula oleh para blogger upahan Cyber Trooper UMNO karat. Ini berikutan pendedahan terbaru gambar Eli sedang berbaring diatas kerusi dengan imej "pusatnya yang bersubang" di keluarkan dalam laman blog pro-kerajaan yang dikenali sebagai "Naluri Rakyat". Antara lain PDO ingin memetik tajuk panas yang tulisan Zul Sakhtee tersiar di laman itu hari ini iaitu "Milik Siapakah Subang Ini?". Dalam laporan terbabit jelas sekali menggambarkan imej Elizabeth Wong sedang berbaring dalam keadaan yang cukup mencurigakan. PDO tidak pasti apakah gambar yang dipaparkan itu benar belaka atau satu rekaan terbaru puak-puak blogger berkenaan untuk sekali lagi mencemarkan nama baik Eli di mata rakyat. Mereka masih tidak puas hati bila Eli kembali bertugas dan tidak meletakkan jawatannya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan. Soalnya sekarang, kenapa gambar-gambar itu masih lagi dimainkan?. Siapakah sebenarnya dalang disebalik insiden ini sebenarnya?. Apakah benar, bekas teman lelaki Elizabeth iaitu Helmi Dato' Malek terlibat? Atau ini mungkin satu lagi konspirasi jahat mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Semua ini menimbulkan persoalan yang amat menarik. Jika dulu, pihak polis mengatakan gambar Eli itu diedarkan dalam internet oleh teman lelakinya. Maka kenapa hingga sekarang mereka masih belum dapat menjejaki Helmi. Sedangkan PDO sudah mendedahkan sebelum ini bahawa Helmi sebenarnya berada dalam negara dan bukannya seperti yang diwar-warkan. Pihak polis dipercayai sengaja tidak mahu menangkap Helmi kerana gusar beliau akan mendedahkan kisah sebenarnya disebalik penyebaran gambar-gambar Eli itu. Kami sedang menunggu laporan terkini di mana lokasi sebenar Helmi buat masa ini untuk didedahkan kepada umum. Tambah menghairankan, beliau kini memang tidak diganggu oleh pihak polis apatah lagi untuk menangkapnya. Polis hanya melaporkan beliau berada di Batam, Indonesia. Kenapa tidak memohon kerjasama polis Indonesia untuk menangkap dan membawa pulang Helmi ke Malaysia jika benar beliau berada di sana?.
"Kami tidak dapat menyiarkan link blog berkenaan secara detail demi maruah dan imej peribadi Elizabeth Wong"
[PDO amat yakin bahawa apa yang berlaku terhadap Elizabeth Wong adalah satu perancangan jahat yang dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri. Apa masalah dengan gambar-gambar exco berbangsa Cina itu sedang tidur?. Bukankah ia adalah hak peribadi beliau dan tidak harus dikacau ganggu oleh mana-mana pihak. Namun, kenapa gambar itu bocor?. Sedangkan PDO telah mendedahkan sebelum ini bahawa kediaman Helmi telah diceroboh dan gambar-gambar itu telah diedarkan di internet oleh pihak ketiga dan bukannya Helmi sendiri. Justeru itulah, Helmi masih dibiarkan bebas hingga ke saat ini. Walhal, dengan kecanggihan dan profesionalisme pasukan polis di Malaysia, apalah sangat susahnya untuk menangkap Helmi jika benar beliau berada di Batam, Indonesia pada ketika ini ?].
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kerana mengajak orang ramai pakai baju hitam esok, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat (gambar paling kiri) ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Siasah difaham, Wong akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan tahanan reman oleh polis.
Wong ditahan malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk siasatan.
Namun selepas tengah malam, dia telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Pagi semalam, Wong bersama rakan Bersihnya mengadakan sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur meminta orang ramai memakai baju hitam 7 Mei esok dengan menamakannya sebagai 'IBlackMalaysia'.
Ia adalah sempena persidangan Dun Perak esok yang antara agendanya adalah memecat Speaker Dun Perak, V Sivakumar.
Kejadian ini berlaku di Palpa, Nepal. Dengan sadisnya si ibu memotong daging anak sendiri untuk dimakan. Yang aku tau..sebelum sempat makan anak dia tu..si ibu sudah ditangkap polis.
Gambar di bawah adalah sangat ngeri. Siapa² yang lemah semangat..jangan klik link di bawah
UNTUK SUAMI (Sebuah Syair Renungan Singkat Bagi Laki-laki)
Pernikahan atau perkawinan, Menyingkap tabir rahasia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah ... Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah... Pernikahan ataupun perkawinan, Mengajar kita kewajiban bersama ... Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya, Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya, Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya, Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing) -nya, Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ... Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya, Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya, Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya ... Pernikahan ataupun perkawinan, Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ... Untuk belajar meniti sabar dan ridho, Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana, Justru kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As, Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah, Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ... Amiiin
UNTUK ISTRI (Sebuah Syair Renungan Singkat Bagi Wanita)
Pernikahan ataupun perkawinan, Membuka tabir rahasia, Suami yang menikahi kamu, Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim, Pun tidak setabah Isa atau Ayub, Atau pun segagah Musa, Apalagi setampan Yusuf Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman, Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh ... Pernikahan ataupun Perkawinan, Mengajar kita kewajiban bersama, Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya, Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya, Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penuntun kenakalannya, Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya, Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar obatnya, Seandainya Suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun Perkawinan, Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, Untuk belajar meniti sabar dan ridho, Karena memiliki suami yang tak segagah mana, Justru Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ... Amiiin
~Untuk sahabatku yang akan menjadi pengantin, semoga senantiasa mendapat keberkahan dan kebaikan dari Allah.
Mungkin ada diantara kita yang tertekan kerana tidak dapat melayari beberapa website kerana diblok oleh admin yang mengawal internet.. Pelajar di universiti terutamanya selalu mengalami masalah ini.. Di sini saya ada cara untuk bypass segala webfilter yang mereka gunakan dengan surfing secara anonymous… Ada banyak cara untuk bypass tapi cara ini adalah yang terbaik bagi saya kerana amat mudah, berkesan dan laju. Cara ini amat berbeza dengan penggunaan proxy kerana ia menggunakan virtual private network (VPN)… penggunaan proxy sudah lapuk kerana banyak admin yang telah memblok sama sekali penggunaan proxy ini…
Di sini saya tunjukkan caranya…
1. Sign up di https://www.relakks.com/ .. di sini ada trial untuk 30 hari … dah habis trial sign up la lagi.. hehe.. Sila ingat username dan password anda..
2. Pergi ke network connection komputer anda dan pilih ‘ Create a new nework connection‘
3. Tekan next sampailah anda jumpa ‘network connection type’. sila pilih ‘ connect to the network at myplace’ dan klik next seperti rajah di bawah..
4. Di ‘Network Connection’ sila pilih ‘ Virtual Private Network Connection’ tekan next..
5. Untuk ‘Connection name’ masukkan apa2 name yg anda suka… seperti rajah dibawah ini amatlah digalakkan menggunakan nama ‘jauze best‘.. :P
6. Sekarang anda akan sampai di pilihan ‘Public Nework’.. Sila pilih ‘ Do not dial the initial connection‘.. klik next lagi
7. Untuk ‘VPN Server Selection’ , sila masukkan ‘pptp.relakks.com‘ seperti rajah di bawah.. klik next lagi.. tekan finish dan anda telah selesai setting VPN anda..
8. Kotak dial up connection akan muncul.. Sila masukkan username dan password yang anda telah daftarkan di https://www.relakks.com/ seperti dibawah.. tekan connect…. connection akan dimulakan… kalau tak nak surf secara anonymous, disconnect je connection tu..Connection itu akan muncul di network connection komputer anda. Semoga berjaya..
Posted on : 27-06-2008 | By : EiNS | In : Internet, P2P
18
Panduan ini ditulis berikutan ramai pengguna bertanyakan kepada penulis mengenai setting terbaik menggunakan Deluge. Penulis berharap panduan ini dapat membantu pengguna untuk memahami tentang cara-cara download torrent menggunakan deluge atau men-deluge demi mencapai tahap kelajuan yang optima.
Anda juga boleh cuba mengikuti panduan ini meskipun anda tidak menggunakan Deluge kerana pada pendapat penulis panduan ini adalah global kepada semua torrent client. 1. Hack Tcpip.sys > Increase max half open connection
Default max half open connection windows adalah 10. Untuk meningkatkan lagi kelajuan internet terutamanya p2p download dan online gaming, anda boleh ubah nilai tersebut kepada lebih tinggi misalnya diantara 500-600 (penulis menggunakan 512).
Download dan run, tidak perlu install. Restart komputer selepas hack tcpip.sys.
Setelah selesai hack tcpip.sys sila run client Deluge anda. Tekan help > Run Configuration Wizard. Penulis mencadangkan anda menggunakan port 49152-65535, sila rujuk gambar.
Untuk bahagian seterusnya, anda perlu setting connection. Pengguna Screamyx 1Mbps, pilih 384k untuk upload speed, manakala Screamyx 512Kbps sila pilih 256k. Pada max half open connection, masukkan nilai yang telah anda ubah (tcpip.sys hack), misalnya penulis memilih untuk menggunakan 512. Sila rujuk gambar.
Sudah selesai. Cuba download torrent dengan seeders yang banyak untuk mencuba keberkesanan Deluge.
3. Portforward (Sekiranya anda menggunakan router)
Tekan start > run > taip cmd > ipconfig untuk mendapatkan ip local dan ip router. Kebiasaannya ialah 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 atau 192.168.2.1 manakala ip router penulis ialah 10.10.10.1 (diubah secara manual ).
Masuk browser internet anda, pada adress bar taipkan ip router anda untuk akses kedalam configuration router anda. Sila rujuk GUIDE ini. Kebiasaannya ia dikenali sebagai virtual servers bagi sesetengah router, router linksys dalam Application & Gaming > Port Range Forward.
Tiada setting untuk portforward Deluge mengikut router anda? Jangan bimbang, buat secara manual!!! Atau anda boleh cuba mengikut configuration Utorrent, cuma perlu ubah application name dari Utor1 kepada Deluge.
Application name : Deluge Start Port @ Range: 49152 End Port @ Range: 65535 Type: TCP (Linksys sila ambil Both) IP Adress: Masukkan local ip anda (10.10.10.2 bagi penulis) Save…………………………………..dan selesai.
Anda tidak faham? Kreatif sikit…x perlu ikut bulat2 apa yang penulis cakap. Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri mencuba pelbagai perkara demi bypass tmnet throttle keatas penggunaan p2p dan torrent.
Semoga berjaya. Fuh~dekat sejam gak tulis panduan ni.
Anda kenal RavmonE, Flash10, RVHost, Brontok dll? Untuk pengetahuan anda, itu bukanlah nama seseorang individu tetapi ialah nama kepada virus\worm\trojan yang biasa menyerang sistem windows anda melalui peranti mudah alih seperti pendrive .
Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu software yang dapat melindungi komputer anda daripada jangkitan virus melalui pendrive, iaitu Ninja Pendisk. Ianya sangat ringan malah ianya juga percuma dan mudah alih (portable) dan amat digalakkan untuk digunakan dimana - mana komputer.
Ninja Pendisk akan segera mendelete file-file yang dicurigai seperti Autorun.inf yang biasa digunakan oleh penulis virus untuk melancarkan file-file atau kod-kod malicious yakni virus yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah menjangkiti komputer host.
Ninja Pendisk juga akan memberi imunisasi kepada pendrive anda agar ianya tidak mudah dijangkiti virus sekiranya anda mencucuk pendrive tersebut di komputer lain yang dijangkiti virus.
Mungkin ramai yang menganggap menggunakan wireless broadband seperti Celcom Broadband hanya boleh digunakan untuk satu komputer sahaja. Tetapi tanggapan itu silap kerana anda sebenarnya boleh berkongsi internet sehingga 10 orang dengan hanya menggunakan 1 modem sahaja. Saya akan tunjukkan caranya untuk membuat networking tersebut.
Untuk membuat networking, satu komputer diperlukan untuk dijadikan server.. Komputer tersebut akan sambung kepada internet secara terus dan akan berkongsi talian dengan komputer lain melaui local area network (LAN).. Berikut adalah caranya
di network Connection, sila klik kanan pada wireless modem anda dan pilih properties
pilih tab ‘advance’ dan tick pada ‘allow other network users to connect…’ seperti di bawah dan tekan ok
3. Pilih local area connection (LAN) di network connection dan pilih properties 4. Sila isikan nonbor ip seperti dibawah ini dan tekan ok.
5 Sambungkan wayar LAN dari komputer anda kepada Wireless router. Sila setup wireless router anda kepada ‘ Automatic configuration - DHCP’
6. Selesai.. Anda sekarang boleh berkongsi internet sehingga 10 komputer atau lebih.. goodluck
Pendrive sangat berguna untuk membawa data anda ke mana-mana sahaja.Tetapi dengan menggunakan pendrive, anda berhadapan risiko data anda diakses oleh orang lain jika anda kehilangan pendrive tersebut.Oleh itu anda memerlukan satu sistem sekuriti jika ingin memastikan data anda selamat.
Terdapat banyak perisian yang menawarkan fungsi untuk lock folder di dalam pendrive, tetapi berani saya katakan 99% merupakan perisian berbayar.Manakala yang percuma hanyalah perisian yang langsung tidak bagus.Dalam pencarian saya, saya telah terjumpa dengan perisian ini iaitu KaKa Folder Protector yang senang digunakan, dan semestinya percuma.
Tips:
1.Untuk menggunakannya didalam pendrive, hanya copy software ini ke dalam pendrive anda.
2.Bagi unlock folder anda, copy perisian ini ke dalam folder tersebut dan double klik software ini.
3.Untuk memastikan folder tersebut kembali lock selepas anda membukanya, pilih option Virtual Disk dan masukkan password anda.
Walaupun saya mengatakan software ini percuma, tetapi ia masih berstatus shareware dan ada sedikit function yang terhad.Tetapi anda dapat melakukan apa yang dinginkan iaitu lock folder!