Saturday, December 19, 2009

6 JENIS WANITA MALANG

بسم الله الرحمن الرحيم



“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

15 comments:

  1. bismillah...

    jauhilah perempuan yg demikian..
    dan andai ditakdirakan mndapat isteri yg punya sfat dmikian maka redhakan la..
    kerana anda merupakan satu anugerah yg ALLAH hadirkan untuk mereka..
    anugerah yg kan merubah mreka atau sebaliknya mrupakan musibah untuk anda jika anda terikut-ikut sifatnya..

    maka renung2kan lah...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Bujang. Adakah ciri-ciri yang enam itu diambil oleh al-Ghazali daripada hadis Nabi s.a.w. atau ciri-ciri yang digambar al-Ghazali pada zamannya. Saya berpendapat ia hanya merupakan pandangan al-Ghazali. Jika benar, larangan mengahwini wanita yang enam hanyalah nasihat yang tidak semestinya perlu diikuti. Pada zaman sekarang, susah nak mencari wanita yang tiada salah satu daripada ciri tersebut. Kesannya, Bujang akan terus membujang...

    ReplyDelete
  3. oh!mmg sesuai dgn perempuan yg berotot tu!haha

    ReplyDelete
  4. salam bujang,
    geli pula tengok gambar td tu...walau apa pun bujang isteri yang solehah sentiasa redha dengan kekurangan dan kelebihan suami.

    isteri cerdik yang solehah
    penyejuk mata,
    penawar hati,
    penajam fikiran
    dirumah dia isteri
    dijalanan kawan
    diwaktu kita buntu
    dia penunjuk jalan

    pandangan kita diperteguhkan
    menjadikan kita tetap pendirian
    ilmu yang diberi dapat disimpan
    kita lupa dia mengingatkan

    nasihat kita dijadikan pakaian
    silap kita dia betulkan
    penghibur diwaktu kesunyian
    terasa ramai bila bersamanya

    dia umpama tongkat si buta
    bila tiada suatu kehilangan
    dia ibarat simpanan ilmu
    semoga kekal untuk diwariskan

    ReplyDelete
  5. Berhubung perkara ini, mari kita sama2 membaca sebuah artikel dalam web ni...http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.php?name=News&file=article&sid=4168

    ReplyDelete
  6. ambillah pedoman ini wahai lelaki.

    ReplyDelete
  7. hehe mybabah..salam.. ..salam bjang..ooo bro..betapa malangnya 6kategori wanita2 ini..lantas ats kemalangan e2lah diah trus jd bodybuilder tuu..

    ReplyDelete
  8. syukran for sharing this info...moga diriku tidak termasuk dlm golongan yg enam tu...insyaAllah...aminnn

    ReplyDelete
  9. moga Allah pelihara diriku daripada enam sifat itu

    ReplyDelete
  10. Salam,
    aku menyampah betul bila nak kahwin je mencirikan wanita itu ini, knp tak keluarkan ciri jantan munafik yg tak patut dibuat laki apatah lagi suami? Yg makan hasil pendapatan isteri, yg isap dadah, rokok, yg main depan belakang (biseksual),yg tak ade maruah, yg pemalas, yg mengharapkan duit jatuh dari langit, yg kerje berwirid kt masjid tp berlengkar kt rumah tunggu bini kasi nasi,yg cerita di kedai kopi lebih dari separuh hari?kenapa....?sebab blog ni ditulis oleh LELAKI. Peh, benci...

    ReplyDelete
  11. salam sohabat..
    mncari sorg y smpurna sbg pasangan smemangnye diimpikan.. namun, mustahil dan memg mustahil.. same2 mperbaik kelemahan y ada itulah y terbaik..

    ReplyDelete
  12. salam,saya x tau saya ktgori pmpuan mana.harap2 x ada pn 6 gologan trsbut dalam diri saya,insyallah

    ReplyDelete
  13. tq sbb komen blog saya. saya x brapa pndai buat blog ni pn saja2 cuba, kadang2 segan gak tguk blog org lain smuanya krif tulisan n mnarik. saya buat blog hanya untuk dairy khidupan saya dan minta org bagi motivasi dalm hidup saya.x ada yg mnarik pn dalam blog saya.

    ReplyDelete
  14. syukran for sharing such a beautiful article .....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.