Sunday, November 8, 2009

PAPRIK AYAM MUJAHIDAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar Hiasan je..

Bahan Wajib

Baca Bismillah,Selawat,Sepanjang memasak basahkan lidah dengan zikir Ya Latif Dan berdoa agar makanan ini menjadi sumber hidayah dan pengikat kasih sayang antara ahli keluarga.

Bahan-Bahan A

3 biji bawang besar – dipotong semi bulat
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
Cili api – dibelah tengah (bilangan cili api ikut pada kepedasan yang diidamkan )
3 biji cili merah – dipotong sendeng
1 biji lobak merah- dipotong memanjang (macam fries)
6 biji jangung muda - dipotong sendeng
1/3 Bahagian Kubis Bunga - dipotong memanjang
4 batang kacang panjang - potong ikut suka :D

Bahan-Bahan B

3 Sudu Cili Kisar
4 Sudu Sos Tomato
3 Sudu Sos Cili
Kicap Manis Secukupnya
Garam Secukupnya

Bahan-Bahan C

2-3 biji limau nipis – diperah untuk mendapatkan jusnya
3-5 helai daun limau purut – diramas

Bahan-Bahan D

Ayam sebelah di potong 8 - Digoreng separuh masak dengan kunyit dan garam
(Ayam boleh digantikan dengan isi udang, daging atau sotong)

Cara-Caranya

Panaskan minyak secukupnya di kuali.
Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau,
Masukkan lebihan semua bahan-bahan A, gorengkan sehingga ianya sedikit layu.

Ketepikan bahan-bahan A tadi (masih dalam kuali) dengan minyak yang tinggal tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram dan kicap manis secukupnya. Tumis hingga naik bau dan masukkan sedikit air + jus perahan limau tadi dan biarkan ia mendidih sebentar.

Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan ramaskan daun limau, kecilkan api dan gaul perlahan-lahan agar paprik tadi mesra dengan ayam. Apabila aroma paprik menusuk hidung tutup api dan sedia dihidang.

Selamat Mencuba Resipi Mujahidah.

nurmentari-resipi.blogspot.com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

5 comments:

  1. salam...urmm..bestnyer...mnarik2...(",)",)/~

    ReplyDelete
  2. Baru tengok resepi dah telan air liur.Selalu buat memang tak muak.Selain ayam,sotong,udang,ketam pun best....

    ReplyDelete
  3. nyum33,.. cam sedappp,..
    tetibe lak rs lapor,..uhuhu,..

    ReplyDelete
  4. ermmm sedap gler...bru mlm td mkn tu..nk ag ar...

    ReplyDelete
  5. paprik ni memang feveret kalau gi kedai tomyam.. ni menu utama aku

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.