Sunday, October 18, 2009
SIAPA LEBIH MEMBOSANKAN
Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang teman wanita atau isteri.
Teori demand and supply menjelaskan segalanya.
Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.
"Dia kacak tetapi membosankan, " antara kenyataan mereka.
'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.
Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.
Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.
Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
18 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Ada orang perempuan kalu bercakap sampai tak sempat tarik nafas. Punyalah panjang tak henti henti selagi tak sampai 20,000 perkataan sehari. Jangan dilayan, tukar topik cepat2.
ReplyDeletetak semua perempuan bercakap sampai tak sempat tarik nafas...ada juga lelaki yang banyak berahsia...apa guna berkahwin kalau tak jujur...itu lah lelaki yg paling membosankan hidup aku....bg aku lelaki/suami yg jenis begini baik jer layan ala kadar.....kalau lelaki/suami yg tak jujur/banyak berahsia lebih baik buat tak reti ja dari makan hati.....
ReplyDeletehehehehe.. dah start gaduh dah.... tp xper kdg2 gadoh2 tu la yang menambahkan lagi kasih sayang... hehehehe
ReplyDeletePEREMPUAN LAH YANGMEMBOSANKAN...CONTOH SEMASA BELUM KAWIN BERAT BADAN 48KG JER..DAH KAWIN BERAT 76KG...
ReplyDeleteTAK MACAM SAYA NI...SAMA JER....JANDA TENGUK LANGSUNG TAK MEMBOSANKAN....
KAH....KAH....KAH...
hahahahaa.... bang... jangan sampai org rumah terbaca ni... kena tido luar nanti... hahahahha
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebosan ke x bosan ker.
terpulang kt depa la..
yg penting kita yg laki2 ni mesti cari yg berakal dan beragama.
ya x?
salawat
hi thanks..
ReplyDeletebosan suatu perasaan yang xkira dialami oleh lelaki atau perempuan (rata2 manusia xingin bosan -kalo bleh nk heppy n bahgia slalu)...
ReplyDeletenamun ia juga akan datang secara diundang ataupun tidak...
*kadang2 kawe pon bosan jgk...dan kawe pon agak membosankan....heeee~
kalau pegi blog pompuan semua ada lagu...kalu best takpe jugak...mmg bosan la cam gini ... hehehe
ReplyDeletetapi...kenkadang best jugak lagu dorng letak tu...
(cover balik bro)heheh
Salam.
ReplyDeletemasing2 membosankan bila tiba ketikanya.;p
salam encik BUJANG :D
ReplyDeletehurm..dua-dua ade sisi bosan masing-masing kot..sy ade banyak kali jugak jumpe dengan lelaki-lelaki bosan..sampai saya naik bosan dengan deorg..
dan kdg2 sy rasa diri sy membosankan org..sebab ade lelaki yg saya jumpe, mase mula-mula je selalu contact..lame2..humph..mcm tahi ayam..mula-mula je panas..hehehe=)
manusia ni mcm2 variasi. ade yang sesuai dengan cara kita..ada yang tak sesuai dengan cara kta..
so..pandai-pandai la..
X tau laa.. sy sendiri pun xder isteri lagi... makwe pun xder... sebab bosan la tu agaknya... hehehhehe
ReplyDeleteLelaki dan perempuan sama-sama bosan..
ReplyDeleteSituasi Pertama
Si suami kaki bola, kalau nak bergebang dengan isteri yang tak minat bola memang bosankan.
Situasi Kedua
Si Isteri minat drama bersiri Indon, malang si suami x minat langsung dan menyampah, si isteri cuba kongsi cerita dengan suami dan si suami buat do no aje... bosankan..
Jadi yang tidak bosan bila perasaan kasih sayang antara suami dan isteri sering dipupuk untuk kesejahteraan rumahtangga.
salam...4 me lelaki yg paling membosankan ialah lelaki yg kuat merajuk, banyak membebel mcm perempuan dan bila bercakap asyik nak menang jer...
ReplyDeletebosan kalau benda yang sama dilalui hari2. gunakan kreativiti dan inovasi untuk mempelbagaikan penampilan, gaya, cara, susun atur dsb.
ReplyDeleteada benar pendapat2 kat atas ni.. tapi yang paling ketara, yg prmpuan tuding lelaki, yang lelaki tuding perempuan.. (mesti diri je yg best.. :P )
ReplyDeletesebenarnya, bosan tu global.. smua org rasa bosan.. camner nak atasi je.. kadang2, ngan tdo pun leh atasi rasa bosan.. bangun2 je balik kdg2 dpt ilham..
lelaki, perempuan.. dua2 makhluk, ada hati, ada perasaan, ada naluri.. boleh pupuk, yang bosan jadi menyenangkan.. jangan bila dh bosan, ditinggalkan.. macam2 alasan diberi..
kadang2 kita perlu 'membosankan' orang, supaya org tak anggap kita ni selalu hebat.. hehe..
bosan kalau benda yang sama dilalui hari2. gunakan kreativiti dan inovasi untuk mempelbagaikan penampilan, gaya, cara, susun atur dsb.
ReplyDeleteistilah kata bohai
dan asik men
Salam 'alaykum...
ReplyDeleteKomen ana..
Bila dah nama manusia, sesuatu perasaan konfem ade dalam diri...manusia ni memang dicipta untuk berperasaan (erm..maksud ana mempunyai perasaan...). X kira la bosan ke,sedih ke,marah ke,takut ke..sume ade..
Allah jadikan makhlukNya dengan sebaik2 kejadian, dan dengan perasaan sebenarnya menyempurnakan hidup kita...hidup x berperasaan, konfem x syok..
cuba bayangkan kalau kita x bosan dengan semua benda, mesti semua kita nak...haru la dunia..huhu..kadang2 kita kena lepaskan sesuatu perkara buat sementara, untuk kebahagiaan..
hehehe..ntah ape la ana mengarut..
sekadar pendapat..