Sunday, September 6, 2009

TUHAN BARU TELAH MUNCUL

Bismillahirahmannirahim..

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut membaca laporan dalam sebuah akhbar hari ini yang melapurkan tentang kegiatan beberapa gadis Melayu yang besedia menjual "tubuhbadan" mereka untuk mendapat dan mengecapi kehidupan mewah.

Apa yang mengejutkan kebanyakan mereka berusia antara 16-18 tahun dan masih bersekolah. Modus operandi mereka ialah dengan memikat golongan yang dilihat mewah dan berpendapatan tinggi dengan meleseri beberapa pusat hiburan dan lain-lain.

Sambil berpakaian seksi, mereka akan memikat atau pun akan dipikat oleh golongan ini. Setelah pancing mengena, mereka tanpa segan silu rela dibelai dan dan di "anukan" oleh puak-puak durjana ini, janji "Baby-Baby" ini mendapat imbuhan yang lumayan.

Ada yang terus dibela oleh "sugar-daddy" durjana ini, malahan ada yang tanpa segan silu mengaku dibela oleh 15-20 "sugar-daddy". Imbuhan yang diperolehi sangat lumayan, ada yang sekali "screw" dibayar sampai RM1,500-00!

Saya sendiri pernah menerima aduan daripada sahabat-sahabat di IPTA dan IPTS yang mengadu ramai pelajar-pelajar perempuan Melayu hari ini yang sanggup di "bela" oleh para "sugar-daddy" durjana ini hanya untuk hidup mewah, dan juga untuk menampung kos pembelajaran mereka.

Dizaman dimana pencapaian matereliastik menjadi "Tuhan" baru bagi generasi muda, apa yang mereka kejar hanyalah.. kehidupan mewah, ingin memiliki handphone yang canggih dan "up-to-date", bermobil sekurang-kurangnya Staria GTi atau Suzuki Swift, berpakaian jenama mahal dan minum sembang di Starbuck dan lain-lain kafe yang boleh merobek poket si penoreh dan drebar teksi.

Apa nak jadi dengan generasi Melayu hari ini. Dimana silapnya maka kita melihat keruntuhan akhlak yang melampau dikalangan masyarakat kita.

Saya teringat pesan Hujjatul Islam Imam Ghazali yang pernah menyatakan, "generasi muda hari ini adalah cermin masadepan sesuatu bangsa akan datang. Jika kamu mahu melihat nasib masa hadapan sesuatu bangsa akan datang, lihatlah kepada generasi mudanya hari ini". Kalau ini yang menjadi ukuran kepada nasib masa depan bangsa Melayu, saya gerun melihat gelagat dan akhlak generasi cyber kita yang ada pada hari ini! Apakah kita sedang memupuskan bangsa kita sendiri? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing!

Inilah yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w bahawa"berhala umatku di akhir zaman bukannya patung batu atau kayu tapi Dinar dan Dirham.--ijoks2009-

Wassalam.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

12 comments:

  1. Di selolah pedalaman pun dah berlaku,ada yang berbangga bagi tahu rakan-rakan keesokannya.Bangang punya budak,mintak dijauhkan dari terjadi pada keluarga kita.

    ReplyDelete
  2. salam singgah..
    apa nak jadi la dengan remaja skrg..
    tu semua sbb xde didikan agama..
    dlm hati hnya tau nak enjoy n hidup senang je.

    ReplyDelete
  3. semoga dosa-dosa mereka terampun..

    semoga terbuka hati mereka untuk bertaubat sebelum terlambat..

    saya sebagai seorang ibu, terlukanya hati bila membaca tentang kerosakan akidah remaja2 zaman sekarang..

    semakin nak akhir zaman, semakin banyak manusia terkeluar dari landasan Agama Islam..

    Nau'zubillah..

    ReplyDelete
  4. saya juga ditaja.. tapi tajaan dari sumber- sumber yang dihalalkan.. he2

    saya pernah berada dalam keadaan tersangat dilema di saat saya terpaksa duduk serumah dengan seorang penzina.. terkadang saya masih terasa berdosa krn duduk diam membatu tanpa berbuat apa2 walau kemungkaran berlaku di depan mata.. selemah-lemah iman, saya hanya mampu membenci kemungkaran..

    moga tuhan mengampuni hambanya ini..

    ReplyDelete
  5. MARSHITAH KATA BOLEH MELACUR,,,,,,,,

    ReplyDelete
  6. YaAllah lindungi lah 4 anak dara ummi jua anak rakan blogger serta muslim yg lain drpd gejala syaitan ni.

    ReplyDelete
  7. umat akhir zaman bang....memg mcm2 dh berlaku..mgkin dorg belum sedar y akan kiamat yang bakal tiba...

    ReplyDelete
  8. Pak Uncu,Masitah tu mufti negara Israil ke pakuncu...macam2 hal Masitah tu.Dia masih tak tarik balik tu fatwa dia tu..

    ReplyDelete
  9. dunia skrg mcm2...kalo xckup ilmu agama...kurg pendidikan ibu bapa...
    moga dijauhi!

    ReplyDelete
  10. semua impikan kemewahan...
    ketenangan...
    sehingga menciptakan tuhan...
    untuk mendapatkan ketenangan...
    esok mintalah pada tuhan...
    jika tuhan mampu memberikan...
    sepertimana Allah memberikan...

    ReplyDelete
  11. Usalah bimbang jika diri kita tidak dihargai, akan tetapi kita perlu bimbang jika diri kita tidak berharga lagi.

    ReplyDelete
  12. dunia akhir zaman macam ne la... sume slh pemimpin skarang ni...

    ingatlah rsk seorg rmj dsebabkan ibubapa..rosak ibubapa adalah disebabkn pemimpin...dan rosk pemimpin itu adlah dsebabkan mufti

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.