Saturday, September 12, 2009
PENGUNDI INDIA MENYAMPAH DENGAN BN, BUKAN MENYAMPAH DENGAN SAYA - SAMY VELLU
'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.
Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.
"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.
"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.
MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN - Malaysiakini
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
6 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
saya suke sammy velllu..huhu
ReplyDeleteYang tua tak semestinya jadik ketua...
ReplyDeletedan..
tak semestinya mampu pegang jawatan sampai ke tua...
patut ada pmbaharuan..
jangan sampai jadik parti syok sndiri..
(dia sama dia... jek yang meriah dalam parti..
sampai kat rakyat...semua jelek!!!)
p/s Skadar pndgn peribadi...
ayoyo..!! samy vellu pun.. ada hati nak jadi pemerintah kuku besi ke? udah2 laa.. kalau rasa sihat lagi, sammy vellu patut bawak bini pegi menjelajah serata dunia, jalan2 makan angin, jadi pegembara dan bawak balik pengalaman disepanjang perjalanan.. politik ni serahkan pada orang baru pulak..sayang ke nak serah kuasa? atau nak serah kuasa pada yang boleh kaotim seterus nye nanti yer?? kat situ cari makan kat situ buang najis, isk! isk! isk! yenna deyy..
ReplyDeleteitu samy sudah keliru. dia sudah tidak faham keadaan. tak benci tapi benci BN. siapa dalam BN. oooo itu vellu jugak...
ReplyDeletesusah mau kasi ini orang faham...
eloklah tu geng samy mengekalkan status qou dalam kepimpinan MIC ianya adalah manifestasi awal keputusan PRU 13 nanti...
sami tu ketua samsing macam mana nak jatuh. tapi kelakar lavideo tu benda atas jatuh bawah la mana ada benda bawah jatuh atas. memang jawapan dia la. satu lagi jawapan dia yang sakit hati ialah kes banjir kalau tak silap" saya bukan tuhan yang kasi hujan tanya sama tuhan la... budak sekolah rendah pun boleh jadi menteri kalau jawap macam tu.
ReplyDeletemmg pengundi india benci samy dan benci BN..tuh pasai pilihanraya ker 12 hari tu.....BN kalah kerusi banyak...kan takat pengundi india..pengundi cina pon..eHh..pengundi melayu pon sama laaa...hahahaha......betul ler kata samy belu tuh kan?...apa tak betoi laks......hahahah
ReplyDelete