Wednesday, September 9, 2009
KEPALA LEMBU : 12 DIDAKWA ESOK
Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.
Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini.Difahamkan, mereka yang bakal dibawa ke mahkamah termasuklah:
- Rahimuddin Md Harun, timbalan pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (Atom) dan timbalan presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris),
- Mohd Zurit Ramli, setiausaha Gabungan NGO Malaysia,
- Mahyuddin Manaf, pengerusi jawatankuasa bertindak,
- Ibrahim Sabri, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak, dan
- Zainudin Md Yusuff, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23.
Mereka dipercayai akan dituduh di mahkamah Shah Alam pagi esok.
Semalam, peguam negara berkata mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi berkenaan akan didakwa menghasut.Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan... didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.Kira-kira 50 penunjuk perasaan meluahkan keberangan mereka di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam dengan ucapan berapi-api dan memijak kepala lembu yang diusung dari pintu masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut.
Mereka membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dari Seksyen 19 Shah Alam.Mereka menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22". - Malaysiakini.
BS: Hahahaha... polis ramai2 kat situ pakat dok tengok jer. Ditambah lagi bersepahnya gambar dalam internet.. Dengan ayat tolol dia mengatakan "mereka x dpt dikesan". hahahaha.. Ayat org bodoh.. Kalau PR punya org bercerita tentang kebenaran siap dgn bukti tup2 terus kena ISA. Ni puak2 tiga suku sakat dia org buat, yang terang2 menjejaskan perkauman, baru nak kena dakwa jer ke? Aku dah faham sgt cerita tamil nih.. Confirm lembu2 tu x kena tindakan apa2 punya. Sebab lembu2 bodoh yg ditindik hidung ni ditaja oleh Si bangsat pengkhianat. Lagi2 gani 4 tahil ni punya kenyataan.. mati hidup semula pun aku x percaya.. poodahhhh...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
3 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Hahhahha.. BODOH punyer kenyataan.... Kenyataan ikut skrip lah tu....
ReplyDeletehttp://messengerofgodtoday.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam
Sahabat..minta jasa baik tolong flag blog diatas...
blog Kahar
Serba salah la bro.. igt nak buat posting dan komen untuk blog dia tu... but org yg x cukup kuat iman akan terpedaya dan percaya apabila mereka tgk blog si kahar ni..
ReplyDelete