Wednesday, August 26, 2009

UJIAN DEMENTIA

Bismillahirahmannirahim..


Anda selalu rasa anda lebih bijak dari orang lain kan? So.. saya nak tengok betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera OK ?. Kalau nak fikir 2-3 hari dulu, budak terencat akal pun boleh jawab. So, stanby jam anda..!!! setiap soalan x boleh lebih dari 5 saat untuk menjawabnya, dan kiraan akan bermula sebaik saja anda habis membaca setiap soalan. Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....


Ready? GO!!!

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?








Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..







Jawapan: Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100. Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.

Soalan keempat: Soalan ni saya beri anda masa 10 saat untuk menjawabnya.

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?





Jawapan: Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?









Jawapan: Anda x boleh jawab ke...? Jawapannya senang jer.. dia cakap jer la dia nak beli cermin mata hitam, sbb dia bukan bisu pun. hahaha...




HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASKAN DIRI MEREKA BIJAK.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

7 comments:

  1. huiii
    susah dr kuiz add math ni
    haha
    asal ana kira salah ek??

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    best3x
    selepas sy terkena
    sy dah kenakan member2 sy
    hahaha... ni dah wat pahala posa sy kurang ker?
    hihihi...

    ReplyDelete
  3. Rasanya x kot klau niat nak menyedarkan org2 yang rasa diri dia bagus sgt.. wallahualam...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.