Friday, August 14, 2009

TUTUP AURAT TAK BOLEH MASUK KOLAM.

Bismillahirahmannirahim..

SEORANG model, Meccaa Laalaa menunjukkan pakaian mandi burqini dilarang pengendali kolam renang di Paris.

Mualaf Perancis cabar di mahkamah

PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.

Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

BS: Banyak kerja lain boleh buat.. yang mengada-ngada nak berenang kat swimming pool tu apa kejadahnya plak.. Mandi jer la dalam bilik air kat umah kan senang.. xder pun terjun jer la kat mana-mana sungai, lombong atau tasik.. nak berenang sambil pakai jubah pun xder org nak marah.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

  1. Setuju sangat2 BS aku ngan komentar BS.Dah xder kejer lain ker g mandi kat kolam renang bercampur laki2 pompuan..

    ReplyDelete
  2. salam..

    kat malaysia bagaimana pula?

    i luv u full!

    ;)

    ReplyDelete
  3. both of u.. i luv u full.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Salam BS...

    Ada no tepon budak pompuan ni tak..kak zai nak bagi dia berenang kat kolam baby yg kak zai beli kat anak kak zai tu..sayang dah lama tak pakai.. :)

    ReplyDelete
  5. Wakakakaka... kak zai ni buat lawak plak... i luv u full kak ... hahaha

    ReplyDelete
  6. kesian dia, nak berengan pun tak boleh, jadi hal besar lak...

    ReplyDelete
  7. haha..nak nyebok sat..

    takyah kt france..kat mesia ni pun tak bagi g swimming kalau pakai tudung.

    padahal tu takde sp yg mandi kat situ.. yang menegur pulak si pekerja Islam kita. and he said "kalau nak mandi kena bukak tudung".

    biadap sungguh..kuciwa i xleh nak mandi..ergh~

    ReplyDelete
  8. Isu ini memang nampak kecil.Tetapi kita lihatlah bagaimana undang-undang mereka menekan orang Islam.Kalau dia menang dimahkamah kita akan nampak betapa seriusnya dia terhadap sesuatu perkara.Mereka hendak menekan dan hapuskan pegangan secara halus.Bila mereka menang ini akan jadi rujukan dinegara lain.Jadi isu ini adalah isu besar.Apa hak mereka untuk menghalang dari berpakaian begitu ketika mandi dikolam.Memang boleh mandi ditempat lain tetapi kita juga punya hak untuk mandi ditempat itu.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.