Wednesday, August 26, 2009
SIS BUAT KECOH LAGI.. MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MANA ? DAH DIMANSUHKAN KE..?
Kes Kartika Sari: Empunya diri dah redha dengan hukuman, orang lain pula yang sibuk-sibuk
CUBA anda baca komentar yang dihantar oleh Norhayati Kaprawi, 25 Ogos 2009 di Malaysiakini. Sungguh menyedihkan, dan cukup menghinakan.
Penulis yang mendakwa pernah bertugas sebagai Pengurus Program Sisters In Islam (patutla beliau guna logik akal, dari SIS rupanya) dengan begitu biadap dan kurang ajar cuba mempersoalkan hukuman yang dikenakan ke atas Kartika, yang didapati bersalah mengambil minuman keras (arak) semasa di sebuah Kelab Malam di Cherating.
Bagi beliau, kesalahan Kartika (meminum arak) tidak memudaratkan sesiapapun, dan untuk menjustifikasikan logik akalnya itu beliau telah membuat perbandingan dengan mat-mat rempit dan peragut.
Tindakan beliau ini bukan bertujuan menegakkan Islam dan hukum, tetapi semacam menggalakkan lagi orang Muslim meminum arak. Atas alasan minum arak tidak memudaratkan sesiapapun.
Yang empunya diri sudah redha dan ikhlas ingin menjalani hukuman sebat, atas kesedaran bahawa apa yang beliau lakukan adalah salah dan haram di sisi agama. Orang lain yang dok sibuk-sibuk tak tentu pasal ni kenapa? Islam bukan berjalan dan tertegak dengan logik akal sepertimana yang kamu anuti itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang hebat dan cepat bertindak, kenapa kamu tidak keluarkan fatwa dalam hal ini? Sepatutnya Sisters In Islam ni dah lama dimansuh dan diharamkan macam Al Arqam. Kehadirannya bukan menerangkan, tetapi menyesatkan.
Posted by PEMUDA PAS KEMAHANG 1
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
3 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
hurmm..
ReplyDeletepertama sekali nye yang kaki sebok ni sebenarnya adalah refleksi pada diri sendiri yang pernah minum arak, atau masih lagi minum arak..bukan simpati tu..tapi precaution kalau diri sendiri pulak tertangkap boleh la buat rayuan..
kedua nye pulak SIS <<--memperjuangkan logik, bukan memperjuangkan hukum islam..mmg la x memudharatkan sesape, tapi SIS tidak memandang dari segi image akhlak dan hukum sebagai seorang islam..
Setuju sangat kalau SIS ni di mansuhkan..ada nye orang2 sebegini yang sebenarnye memudharatkan..
Wallahualam..
Suruh dia pergi kat tempat tu ganti Kartika.Mahu tak.Tambah 1 rotan lagi sebab buat tulisan yang menghina.
ReplyDeleteSIS ni memag patut diharamkan dari dulu lagi tapi kenapa kerajaan buat pekak badak je pasal ni.Sudah banyak kali kenyataan SIS menghuna Islam.Kalau kes politik cepat pulak dia siasat.
ReplyDeleteYang SIS ni pun satu dia ingat umat Islam dalam Malaysia ni pondan ke,berani dia buat kenyataan hina Islam lagi.inilah salah satu contoh Islam plastik yang Tokguru cakap tu.