Sunday, August 9, 2009

KOT-KOT KORANG PUN PERNAH TERMAKAN TAK...

Bismillahirahmannirahim..

Saya sekadar berkongsi apa yang sy jumpa di Pasaraya Bintang (di Tmn Mewah Kajang, di depan kondo Taman Sepakat, berhampiran seksyen 7, Bdr Baru Bangi ) pada 18/07/09 sekitar jam 9.30 malam.

Malam tu sy ke Bintang untuk membeli ikan bilis. Bintang selalu tutup pukul 10:00 mlm, tapi sy terpaksa beli juga bilis tu mlm itu juga, so sy pergi juga la walaupun dah nak tutup. Dengan rushing nyer sy ke section ikan bilis. Bila sy sampai di area ikan biis tu, sy nampak ramai orang (sekitar 20 orang kot) tengah berkumpul di bahagian menjual daging lembu... dalam hati sy cakap "agaknya ade lelong barang kot" so sy terus ambik bilis n timbang. Kemudian sy tanya la staff yg timbang ikan bilis tu.. "ada apa tu?"

then staff tu (perempuan bangsa India ) kata lebih kurang nya "ada client jumpa daging babi bercampur dengan daging lembu" ...

sy punya la terperanjat yang amat sangat .. sy boleh rasa muka sy panas.. rasa darah tersirap ke muka, terkejut yg amat sangat.

Then sy bercakap dengan client yg jumpa daging khinzir tu .. perempuan (orng kita, sy panggil Kakak A)... dia kata dia akan masukkan TV3, sy harap dia berjaya. Kata Kakak A, pihak atasan Bintang jumpa 4 lagi paket daging khinzir antara daging lembu yang di jual. Dia kata lagi, even staff (melayu) yang potong daging tu pun tak tahu beza antara daging tu.

Mengucap panjang sy malam tu. Sy kata pada suami sy Bintang akan termasuk dlm senarai pasaraya yg akan sy boikot bermula malam itu. Sy tak kira samada pihak Bintang membuat silap ini secara sengaja atau tidak. Bagi sy sekali ni cukup la. Tak de lagi Bintang dlm senarai sy dah.

Nak percaya atau tidak, terpulang. Sy sekadar menyampaikan.

Wassalam.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

6 comments:

  1. eeuwww...gelinyee.syukur sy xdok sane..

    ReplyDelete
  2. euwwwwwwwwwww...
    gile la..
    tamau p psaraya tue..

    ReplyDelete
  3. najis tuu.... uwekkkkk........ nasib baik ada org perasan.. klau x selama ni mmg dok mkn babi jer jari2 kot... wakakaka... i luv u full.. ha..ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  4. aishh,.. ade jugak gitu eh,..
    dulu ade gk dgr pasal daging burger bcmpur ngn dging babi,..
    tp yg neh len plak,..
    mcm2 la cr dorg neh nk suh org islam mkn babi,..

    ReplyDelete
  5. hadoi jijik sungguh. itu pasal lah aku tak penah beli daging ke ayam ke even ikan skali pon kat supermarket. nak makan daging ke ayam...tunggulah balik beli kat pasar di kampung. yg sah2 org tua yg smelih tu org kg yg dkenali. lagi aman damai nak makan.

    ReplyDelete
  6. Tau xper shima... hahahaa.. i luv u full...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.