Sunday, August 9, 2009

GULA BIKIN ORG JADI GILA

Bismillahirahmannirahim..

Semalam seorang teman menelepon aku menyatakan di tempat beliau, sukar untuk mendapatkan bekalan gula iaitu di kedai runcit dan pasaraya mini, pagi ni aku pun pergi ketempat yang berkenaan, memang betul peniaga mengatakan tiada gula, kemudian aku pun pergi kesebuah pasaraya mini dan menanyakan kepada pekerja, disitu, pekerja-pekerja di situ mengata kehabisan gula, kebetulan sewaktu aku hendak keluar aku terserempak dengan taukeh pasa-raya itu yang aku kenali, aku menanyak pada apek itu " uncle! i mahu beli gula, lalu uncle itu menjawab, berapa u mahu?... Disini jelas menunjukan bahawa mereka hanya menjual pada yang dikenali, sekarang jelas peniaga di sini telah berpakat menyorokan bekalan gula. Yang pasti harga gula akan naik lagi dan setiap kali perayaan akan menjelang pasti ada barang yang naik, aku dapati harga telur pun dah naik, kemanakah perginya pemantau barangan yang telah di tubuhkan dulu, nampaknya juga bermusim seperti empat
musim juga. Kita sekarang ni terlalu sebok dengan perkara-perkara yang lain seperti terlalu fokus pada dunia politik yang sering bertelingkah, tapi lupa atau terlepaskan pandang pada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama keperluan asasi. Rakyat yang hidup susah dan miskin terlalu terasa dengan kenaikan barang-barang keperluan harian, tapi bagi pemimpin-pemimpin apa mereka peduli tiada berikesan apa-apa pun.

Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang baik, kemiskinan adalah sesuatu yang memalukan. Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang buruk, kekekayaan adalah sesuatu yang memalukan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

2 comments:

  1. Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang baik, kemiskinan adalah sesuatu yang memalukan. Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang buruk, kekekayaan adalah sesuatu yang memalukan.


    Waaa..best gile ayat ni..perbandingan yg ckp2 bwt orng berfikir sejenak.tahniah2..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. mendalam maksudnya tu syah.. hanya untuk mereka2 yg ingin mengetahui jer.. huhuhu... i luv u full... hahahaha...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.