Sunday, July 26, 2009

BILA KATAK TERINGIN MENJADI BARUA SEMULA


Ibrahim Ali Mahu Buat Kecoh 1 Ogos?

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.

Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".

Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.
"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dengan berpakaian hitam dan merah.

Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Posted by kijang59

1 comment:

  1. salam.. si ibrahim katak ni igt dia tu pandai.. dia igt itu caranya menyelesaikan masalah.. nak tunjuk baik dgn najib la tu.. sudah la berahim...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.