Friday, June 19, 2009

MELAKA DARUL RASUAH

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada Rabu lalu atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM10,000 pada November 2003. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata wang tersebut adalah bagi menghapuskan denda lewat menyiapkan projek membina medan selera di Merlimau, Melaka. Bagaimanapun lelaki itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, seorang peniaga ditahan kelmarin atas dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM25,000 pada Mac 2003 dan sebanyak RM10,000 lagi pada Oktober 2003 sebagai upah menolong mendapatkan tender membina medan selera di Merlimau daripada Majlis Daerah Jasin. Peniaga berusia 51 tahun itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. - Bernama

BS: Ali ketam rasuah x kena tangkap plak ?

3 comments:

  1. Dunia dah semakin dipenghujungnya, amalan rasuah dah jadi satu kemestiaan dan jadilah kisah "kau memaksa aku terpaksa"...yg kaya semakin kaya dan yg miskin semakin miskin..

    ReplyDelete
  2. yup.. yang senang semakin kaya.. yg susah semakin papa... wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Sekarang duit adalah raja.itu yang masalh.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.