Thursday, June 4, 2009

bicara kakak nasi lemak


Sewaktu aku membeli nasi lemak di gerai kakak ni, van penguatkuasa melintasi gerai tersebut dan penguatkuasa di dalamnya memerhatikan gerai tersebut tetapi terus berlalu. Kakak tersebut menarik nafas lega, "setiap kali penguatkuasa lalu akak rasa macam nak mati..takut dik! Kalau dirampas apa kakak nak buat? Ni jelah mata pencarian akak. Laki akak ni dah tak kerja. Kencing manis teruk!"

Suami kakak tu hanya tersenyum tak berkata apa-apa.
"Jangan risau kak! diorang tak kacau punya asalkan akak jaga kebersihan, meniaga di sini tak ganggu sesiapa pun, selamat tak ganggu jalan!" kata kawannya yang melepak di situ. Bini kawannya ini pun menyampuk, "Ya! Sekarang PKR memerintah sini, apa ada hal? Mereka akan tolong rakyat!"

kakak nasi lemak pun tersenyum, "Ya! PKR menjaga rakyat! Tengok kat Ampang, apa ada hal? Mereka boleh berniaga sebab kita rakyat Malaysia!"
Aku terharu kata-kata itu datang dari rakyat marhaen sebegini. Betapa besarnya harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang selalu mengatakan mereka akan menjaga kebajikan rakyat.

Aku tanya adakah kakak sokong PKR?
kakak tu menjawab, "Kami akan sokong orang yang nak tolong rakyat seperti kami!"

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat! Dengarlah suara salah seorang rakyat di sini yang menaruh harapan yang tinggi kepada kamu. Teruskanlah berjuang untuk mereka dan janganlah hendaknya terpedaya dengan pangkat dan kedudukan.

"Suara Rakyat Suara Keramat!

3 comments:

  1. salam....
    bro...orang melaka ke?

    ReplyDelete
  2. Yup... nape .. nak belanje makan ke..? hehehe

    ReplyDelete
  3. salam....
    insyALLAH...boleh je bro....hehehe...
    aku pun orang melaka gak....dok bukit rambai....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.