Wednesday, May 6, 2009

Ini Negara Bapak Aku Punya!!!!


Apa dah jadi dengan Malaysia ni… semakin hari semakin berserabai lagaknya, segalanya-galanya sudah tidak bebas lagi. Pendekatan yang diambil oleh Kera..jaan negara ini adalah bertentangan sekali dengan hak dan amalan Demokrasi di negara ini.

Kisah satu : Menyorot kepada kes aktivis Bersih diseret ke mahkamah, apabila polis telah menahan aktivis sosial, Sdr Wong Chin Huat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Adalah difahamkan beliau ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh barisan nasional di Perak. Klik di sini

Salahkah jikalau esok 07 Mei 2009, semua rakyat Malaysia berpakaian serba hitam, apa yang kerajaan takut sangat. Semua ni kerja orang gila saja yang dah tak tahu nak tutup kesalahan dan kelemahan mereka.

Kisah dua: Sebelum ini, kerajaan melarang pihak media elektronik membuat sebarang ulasan dan menyebut nama penganalisis politik Abdul Razak Baginda sewaktu melaporkan kes bunuh Altantuya Sharibuu, kemudiannya dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau di larang membawa gambar atau sepanduk Altantuya Sharibuu.

Hari ini pula tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba “menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu”, wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Kisah tiga: Imam di Bukit Damansara dipecat susulan khutbah Jumaatnya yang menyeru "pemerintahan adil dan telus". Tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut.

Kalau sudah tidak boleh bercakap tentang kebenaran dalam Islam, eloklah jikalau semua ahli Parlimen, Dun, Datuk, Datin, dan entah apalagi gelaran dunia yang diorang pakai ni dari kalangan Parti UBN yang mengaku Islam supaya tukar kepada agama yang lain.

Janganlah menyusahkan orang lain pula dengan kehendak gila babi korang semua. Lagipun dunia ni bukannya mak bapak korang yang punya… baghal, bodoh, banggang… haramjadah punya manusia… ehhh… itu sifat manusia ke…? ooopppssssss… sorry… orang yang menentang Islam bukannya manusia… tetapi syaitan yang bertopengkan manusia saja… sebab mak dia tersalah melahirkannya…

Kisah empat: Jika benarlah spekulasi ini, yang mengatakan Datuk Jamaluddin Jarjis akan dihantar sebagai Duta ke Amerika Syarikat, maka benarlah Kerajaan yang ada sekarang ini sebuah Kera…jaan gila.

Apakah seorang yang tidak bermoral dan tiada akhlak hendak diangkat sebagai Duta mewakili negara. Sudahlah nama dan imej Malaysia tercalar dengan isu Altantuya, kini seorang peraba bontot dan peminum arak pula hendak dijadikan Duta. Pergh… bodohnya orang yang melantik beliau kerana membuat penilaian dan keputusan mengunakan kepala lutut.

Kisah lima: Di Perak pula, apabila SUK dan Ketua Polis Ipoh yang bersekongkol dengan UBN, yang tidak menghormati Speaker DUN. Klik sini.

Isa : Malaysia Boleh, Malaysia Gila sebab yang mentadbirnya adalah puak makhluk dari parti Gerombolan GILA.

1 comment:

  1. Ya ini negara anak cucu aku yang punya didiklah mereka supaya mereka boleh mengubahnya...
    berjuanglah kita untuk anak cucu kita...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.