Monday, May 18, 2009

Gempar buaya tembaga di Melaka


Selang seminggu selepas KOSMO! memaparkan perbuatan khurafat yang berlaku di Pulau Besar, semalam negeri ini digemparkan pula dengan penemuan seekor buaya tembaga di tebing muara Sungai Klebang sejak empat hari lalu.

Kemunculan reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu dan dipercayai berjemur di tebing berkenaan telah menimbulkan tanda tanya.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, buaya itu dilihat berjemur di situ sebanyak dua kali sehari.

“Buaya ini berjemur di tebing Sungai Klebang selama dua jam mulai pukul 9 pagi ketika air surut dan menjelang tengah hari ia menghilangkan diri sebelum berjemur semula pada pukul 4 petang sehingga air pasang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, kemunculan buaya berkenaan bukan kali pertama dilihat oleh nelayan di situ sebaliknya seekor buaya pernah muncul dan berjemur di situ selama beberapa hari tiga tahun lepas sebelum menghilangkan diri.

Namun menurutnya, buaya yang dilihat kali ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada sebelumnya.

Seorang lagi nelayan, Mat Sahat Taib, 53, pula berkata, kemunculan buaya itu disedari nelayan di situ sejak empat hari lalu.

Katanya, keselamatan nelayan di situ terancam dengan kemunculan buaya berkenaan selain dibimbangi akan menjejaskan pendapatan mereka.

- KOSMO!


BUJANG SUSAH: Buaya Darat... hehehehhe...

2 comments:

  1. jgn sampai buaya ni makan org sudaa

    ReplyDelete
  2. wakakakka... tp klau kat melaka ni bahaya lagi ketam dari buaya... wakakakak

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.