| Jimadie Shah Othman | May 18, 09 6:50pm |
| kemaskini 8.24pm Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini. Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut. Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. "Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang. BUJANG SUSAH: Elehh... takut x cakap... |
Tuesday, May 19, 2009
BN enggan lawan PKR di Penanti - malaysiakini
1 comment:
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
e2 taktik
ReplyDeletepolitik macam2
kankan?